Pages

Friday, November 26, 2010

saya mengalami masalah kekembungan

salam readers!
seperti tajuk entry di atas
disini ingin saya tegaskan bahawa sejak dua menjak akhir akhir ini....kekembungan selalu terjadi pada saya
dan saya amat lah tidak berpuas hati kerana kekembungan ini kerap menghimpit saya walaupun saya tak mao!
hahaahahhaahha
so...pagi pagi lagi di awal pagi hari ini di pagi hari....[jap..jap...hopefully korang faham]
saya terus search kat tenet punca punca kekembungan....so...now saya paste kan ape maklumat yang saya jumpa
..
..
..
..
..
..
..
BAGI wanita, gejala perut kembung yang menyebabkan rasa ‘sesak’ dan tidak selesa sebelum haid adalah perkara biasa kerana masalah ini akan hilang secara perlahan-lahan sepanjang tempoh haid.

Namun, ada juga yang mengalami ketidakselesaan ini walaupun setelah haid, terutama selepas makan.

Sebenarnya, masalah kembung perut atau pengembangan abdomen tidak berlaku pada perut, sebaliknya di dalam usus kecil. Ia boleh dianggap masalah biasa yang dihadapi ramai orang di seluruh dunia, termasuk tanpa mengira jantina dan umur.

Biasanya, kembung perut disebabkan proses penghadaman yang tidak teratur dan mengakibatkan penghasilan lebih banyak gas daripada biasa. Kehadiran gas berlebihan ini menyebabkan perut terasa sesak dan tidak selesa, walaupun kita makan sedikit.


Gejala kembung perut menandakan kita mengalami masalah tidak toleran makanan — maknanya ada jenis makanan yang boleh mengakibatkan kita berasa tidak selesa.


Perkara ini berlaku pada 75 peratus penduduk dunia seperti tidak toleran laktosa, iaitu gula dalam susu yang menyebabkan sakit perut dan cirit-birit.

Bagaimana masalah berkenaan boleh berlaku? Ketika proses pencernaan di dalam usus, makanan dipecahkan kepada komponen nutrien untuk diserap semula sebagai tenaga. Bahan yang tertinggal ini bergerak ke dalam usus besar untuk dibuang sebagai najis.

Sesetengah bahan sisa ini menghasilkan gas metana, oksigen dan nitorgen. Namun apabila gas dihasilkan secara berlebihan, ia menolak dinding usus yang menyebabkan kita beras ‘kembung’ dan tidak selesa.

Antara faktor lain yang menyumbang kepada masalah ini ialah:




Pengambilan sumber serat (sayur, buah atau kekacang) yang terlalu banyak secara mendadak. Masalah boleh diatasi dengan menambah pengambilan sumber serat secara berperingkat


Ketegangan sebelum haid. Ia akan hilang apabila haid bermula


Pengambilan pil pencegah kehamilan


Terlalu banyak minum minuman beralkohol atau berkarbonat. Gas karbon dioksida dalam minuman berkarbonat terperangkap dalam perut dan memperlahankan proses pengosongan perut


Terlalu banyak makan makanan masin atau yang diproses


Kekurangan protein


Kekurangan air. Ramai orang menganggap kembung disebabkan terlalu banyak minum air, namun hakikatnya minum banyak air boleh mengurangkan masalah ini kerana garam berlebihan dalam badan dibuang melalui air kencing


Tidak toleran laktosa


Alahan makanan


Makan terlalu banyak makanan berlemak kerana ia memperlahankan proses pengosongan perut mengakibatkan perut terasa kembung

Beberapa langkah boleh diambil untuk mengatasi masalah ini iaitu:


Makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran, tetapi penambahan jumlahnya biarlah secara berperingkat


Minum banyak air, sekurang-kurangnya lapan gelas sehari


Elak minuman berkarbonat


Elak mengambil makanan yang banyak garam, termasuk sup


Pilih makanan segar dan elak makanan segera


Kurangkan pengambilan makanan yang banyak lemak


Bersenam secara teratur sekurang-kurangnya selama 20 hingga 30 minit, tiga kali seminggu. Senaman dapat meningkatkan penghasilan hormon yang merangsang aktiviti dalam usus


Bagi individu yang mengalami masalah tidak toleran laktosa, jangan hentikan pengambilan susu. Minum susu sedikit demi sedikit


Elak makanan yang terlalu panas atau sejuk


Jangan makan makanan yang boleh merangsang masalah ini seperti coklat, kopi atau teh kerana ia memberi rangsangan berlebihan pada usus


Buat catatan bila anda mengalami masalah kembung. Cara ini membolehkan anda mengetahui jenis makanan yang menyebabkan kembung dan secara tidak langsung ia memudahkan anda mengurus serta mengatasi ketidakselesaan sedemikian.

p/s : PUNCA DAH TAHU, SO SEKARANG TERPULANG LA DIRI SAYA DAN KORANG UNTUK MENGELAK KEKEMBUNGAN DARI TERUS BERLAKU....almaklumlah..nak dekat hari hari bahagia nih...kang tak pasal pasal kembong atas pelamin...sape mao jawab tuh??????

Thursday, November 25, 2010

maaf mendiamkan diri seketika

salam guys.....

almost 2 weeks jugak tak dapat nak mengupdate new entry sebab bz a.k.a sibuk dengan pelbagai persiapan + terpaksa menghadiri kursus disaat saat akhir persiapan menjelang perkahwinan....
.
.
.
.
.
.
.
.
kursus ni la yang terpaksa saya hadiri
BIRO TATANEGARA

ekceli kursus ni mostly kawan kawan seangkatan saya dah ramai yang menghadiri tapi saya tak tahu la kenapa nama saya selalu keciciran dalam list kementerian
tub tub plak......genap sebulan dah nak kawen nama naik
hurmmmm.........
pada permulaan,.....saya tak mau pergi sebab ye la kata orang tu darah tengah manis gile kan...hakhakhak
manis ke??? 
entah....semut tak pulak singgah singgah..hehehhhehe
.
.
.
macam ni..
.
.
.
masa nama saya naik untuk pergi ke BTN 
ada sebilangan kawan kawan sarankan untuk saya teruskan dan pergi
ada sebilangan cakap tak perlu or tak payah sebab takot papehal terjadi tengah darah darah manis nih
hurmm...musykill sebentar
parents pon ekceli tak bagi green light cume bila saya dah terangkan kedudukan dan kepetingan kursus ini untuk jangka masa panjang
baru lah mereka boleh menerima dengan berat hati
hehhehehheheh
.
.
.
.
now
.
.
.
saya dah pun menjalani kursus tersebut dan pulang dengan selamatnya dari KEM BINA NEGARA, BESUT
umangggaiiii................
sangatt jauhhh okay!!!!
nasib baikkkk la kursus sekali dalam perkhidmatan......
;
;
hihihihihi

Monday, November 1, 2010

love quotes for today

If you judge people, you have no time to love them

♥kawan-kawan, tinggalkan link anda supaya saya mudah menjenguk page anda semula♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© Hanidatul's Blog | Templates by : Nurulchumel's Design | All Rights Reserved™