Pages

Tuesday, March 26, 2013

Hurmm...

Semalam..pergi jumpa doktor untuk pastikan hormon hani yang rendah tu...die cek 6 hormon so far normal but only progestron je rendah...hani ingat die bagi clomid...hani pergi klinik keluarga taw...tapi die kasi hani ubat belle vie 4life.

Hani cuba carik pasal ubat ni....macam x ramai je guna ubat ni...


Rm197


Baru pagi tadi makan sebijik. Camne ye....perlu tak hani refer pakar or teruskan ubat ni untuk 3 bulan??



Monday, March 25, 2013

4life

Product 4life bagus ke?? Belle vie

Ade sesiapa yang ada pengalaman x makan ubat ni..share plz!

Wednesday, March 13, 2013

hormon rendah = PCOS

Sabtu lepas, Hani nekad nak start buat treatment. 1st yang Hani buat, Hani ambil darah pada CD21. Temujanji dibuat malam hari sebab siang doktor tade. So malam tu, berserah la Hani buat rawatan. Ambil darah je pun. Ye la...agak cuak sebab tak pernah seumur hidup ambil darah. 

Turn dah sampai. So masa doc nak cari urat kat tangan Hani. Die da bebel2 sebab kat tangan or lengan Hani tade nampak urat. hhuhu....ye la...tangan gebu !

Even nurse pon siap cubit-cubit tangan Hani katanya gebu sangat...hahahaha......sakit ok!

Ada 4 tempat die cuba ambil darah tapi semua tak dapat. Sampai la part last sekali, baru la darah tu nak kasi kerjasama. Katanya darah Hani pekat likat n gelap. dats mean banyak kolestrol

Ambil darah je. Pastu Hani bayar RM160 then balik tunggu result.

haaa..sampai bengkak la urat doc tu nak carik darah...huhuhuhu...xpelah...berkorban sket



Few days before......Hani ambil OPK untuk test ovulation Hani
tataw camne bile upload pic jadi terbalik plak

pic bawah ni CD20, 8/3/13 jam 2.15 ptg...
tapi pic ni diambil keesokkannya, so maybe line tu dah blur sket.
 


haaa...memula tak nampak then almost  CD19-20 baru terang kan.....bajet time tu ovulate la....tapi senanya tak bila Hani dapat result from doc yesterday.......


paras hormon progesteron Hani rendah........

bile Hani search pasal ni, hurmmm....im PCOS actually......

doc suruh ambil ubat kat die before CD5...

bile dapat taw result tu orang pertama yang Hani bagitaw, husband then mak Hani. Kebetulan masa tu Hani kat rumah mak semalam sebab Hani cuti, husband kerja....

Memula tu ok, then bile husband balek je...huwaaaaaa


terus menangis..........chances to a bit low!!!! 
takkan nak happy kan?!!!!


mmg tataw nak cakap camne dah....benda yang Hani tanak tu tak sangka kene plak kat diri sendiri.

Then bile baca2......most PCOS ni mmg payah but chances tu tetap ada.......kan???





lemah longlaiii...til today, pergi kerja.....memang tade mood !!! 

sedihnyaaaaaaa ;(



Tuesday, March 12, 2013

Hormon progesteron

Kawan TTC....camana cara nak tingkatkan hormon ni??? Just got da call from doc...she said hormon progesteron hani rendah...



*perlutabah*

Friday, March 8, 2013


SELAMAT HARI WANITA

saya masih TTC

Sehingga kini, masih lagi belum menunjukkan tanda-tanda untuk hani menamatkan tempoh TTC ni. Selama berdiam diri, memang betul tiada apa-apa usaha untuk kami menamatkan tempoh TTC ni. Segalanya berjalan seperti biasa. Selama berdiam diri ni, gangguan emosi yang MAHA HEBAT berlaku antara kami. Ye...sangat mengganggu. Tak perlu lah nak state apa gangguan tersebut. Rasanya pada siapa yang dalam golongan ini, pasti akan tahu atau pasti akan terusik sedikit sebanyak tentang 'khabar berita'.

Yup, Hani tanak sebut n kalau boleh tanak amik pusing pon hal tu....but as u knows, kita hidup bermasyarakat, berkeluarga, berkawan. Semua tu pasti akan menusuk dalam telinga ni sampai dah tak terkata 'nanahnya' untuk menahan. Pedih. Kecewa. Too Deep Depressed........(pebenda ayat ntah!)


Some people will alert 'bout our emotions but MOST of people would NOT ! 

Tak kata orang jauh, mereka yang terdekat tu penangannya amat melampau. Ye....sangat !


Alhamdulillah. Kami golongan terpilih. Syukur Ya Allah.

Since merasa keperitan  ni, banyak pengajaran yang Hani perolehi dari keadaan sekeliling, malahan diri Hani sendiri. Syukur. Syukur. Syukur. Terima Kasih Allah kerana memberi suami yang sangat memahami. Suami yang sangat supportive. Suami yang terbaik. (for sure la puji suami sendiri kan)





Hikmah.




Ye, setiap satu kejadian. Semua ada hikmah. Semakin kita diuji, semakin itulah sebenarnya Allah nak lihat sedalam mana kita berusaha dan meminta kepadaNya. Sedalam mana kita serius. Sedalam mana kita bersedia. Semua tu Hani dapat lihat dalam diri Hani. Dah menjangkau usia perkahwinan yang ke 2 tahun. Most ppl besides said, 'still new', 'keep trying', but..........til when?? Hani mengaku pernah suatu masa, diri ni sangat down.....sangat tak terkata kecewanya sebab kenapa masih belum.....kenapa...???? Bukan untuk menidakkan qada dan qadar yang ditentukan.....sekadar luahan untuk menenangkan hati...ini semua rezeki....ye Hani taw...rezeki Allah.......alhamdulillah...Allah tak pernah sekat rezeki Hani....cuma bab anak tu...ade salah kami yang menyebabkan perkara ini terjadi...diakui.

Suatu hari, dalam proses untuk pulih dari 'kecederaan hati', entah la....tetiba zupppp.....datang satu fikiran or macam terlintas la kata orang.......... Hani sedar Hani tidak istiqamah dalam melakukan sesuatu...... Bile fikir-fikir balik. Kat mana la agaknya usaha Hani buat tu eh...selain dari ........................... Masa tu tersedar. Menangis lagi. Ya Allah.... Hani tidak berusaha, tidak bertawakal dan tidak istiqamah dalam mendapatkan 'hajat'. Memang sedih. Bukan kerana tidak dapat, tapi sedih sebab diri Hani sendiri. Ya amat sedih...........

Mungkin inilah sebabnya kenapa masa tu belum tiba.

Sejak tersedar dari tu, hanya Dia tempat Hani mengadu. Tempat kita semua meminta. Dia yang menenangkan hati. Instinct rasa................................. tak lama dah tu....hahaha...not sure tak lama apa..........

Macam tersedar dari lamunan. Asyik berangan dan berangan. Sekarang ni, bukan lagi masa. 

Allah tu Adil, semakin banyak kita meminta, semakin itu Dia suka. InsyaAllah....Suatu hari, pasti ada.

Nak bangkitkan aura positif dalam diri.....memang payah. Apatah lagi dikelilingi mereka yang tidak memahami. Rasa nak lari...lari dari mereka. Tapi nanti, sama je situasi. Payah nak handle emosi ni....payah

Sejak peristiwa ni terjadi dalam hidup, Hani rasa banyak yang perlu Hani pelajari. Mendalami. Melaksanakan. Itu yang Dia nakkan.....Ikhlas....ikhlaslah keranaNya....Niat. Lillahita'ala....bukan nak cakap kite ni bagus, sebab ini semua pengalaman dan persediaan kita.........kadang-kadang pelik, senang je orang lain dapat, then buang..buat kite yang beria ni....payah sangat....ni lah dugaan....dugaan bagi yang berkahwin...kalau tak kahwin, bile la jodohh nak sampai ni.........pun pusing gak kepala nak fikir kan...so ape perlu buat....redha...usaha....tawakal.....insyaAllah....






Kecewa.


Dulu sangat mengkagumi 'mereka' kerana 'mereka' sangat memberi semangat dan pendorong untuk kami. Mereka tidak mempunya sebarang masalah untuk menyakiti kami. Sumpah. Rasa bertuah. Itu semua dulu. Kini tidak lagi. Actually nak story mendalam but ........ stalker ramai la.... hahaha....hati ni rasa nak je citer tapi xpelah....simpan dulu. Kalau nak....nanti kite private msg k..hhahaha



Cuma apa yang perlu buat sekarang................Hani perlu elakkan diri dari mereka yang menyakiti...hahaha....ELAK-ELAK

Jangan terasa hati. Ini untuk kebaikan bersama. Taknak nanti hati ni berbekam...menusuk..dengan tusukan 'tanpa sengaja' dari mereka. InsyaAllah..untuk sementara sehingga hati ni pulih.




p/s : lama tak update blog ni.....update pendek pendek je. lama tak story bout TTC ni secara details...banyak ekceli tapi biar dulu lah......

♥kawan-kawan, tinggalkan link anda supaya saya mudah menjenguk page anda semula♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© Hanidatul's Blog | Templates by : Nurulchumel's Design | All Rights Reserved™