Pages

Tuesday, July 30, 2013

.

Semoga mood raya kalini tidak menambahkan kesedihan/kebencian dihati. 



Deary TTC

Lagu raya

Mood mendengar lagu raya dah start! But suka lagi dengar lagu lagu lama dari yang baru....

X saba nak balek kampung!!!!








P/s : next week bos baru datang...haihh..tukaaaa lagi







Monday, July 15, 2013

jawapan bagi 'harta akhirat' - "doa anak yang soleh" tapi kita tiada anak...baca ye

Terima kasih kepada kengkawan yang komen mengenai entry CURIOUS yang lepas...berkenaan kedudukan kita di akhirat sebab kita tiada zuriat, adakah tiada doa yang kita dapat dari anak-anak....so tadi, hani cuba cari dan cari...hani terjumpa satu page ni...hope kawan-kawan luangkan masa baca n faham isi kandungannya....Alhamdulillah....lega rasa hati ni.....

hani copy paste balek ye....selamat membaca !

=====================================


Soal Jawab : Tiada Anak Untuk Mendoakan Ibu Bapa


Salam…
Ustaz Love menerima pertanyaan daripada saifull :
Bila kita dah meninggal nanti, maka terputuslah amalan kecuali 3 perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa anak yg soleh….boleh ust terangkan maksud anak yg soleh tu? kalau seseorg tu tiada anak mcm mana ust…


Ini mafhum daripada sebuah hadis riwayat Imam Muslim. Secara zahirnya, semuanya memahami akan maksudnya sebab hadis ni memang masyhur sejak jaman kita kecik2 lagi. Cuma timbul masalah berkenaan dengan isu anak ini.. dan kadang2 ianya menjadi alasan pada para suami untuk bernikah lagi (sbb isteri mandul) dan nak dapatkan anak yg soleh.. sedangkan belum tentu lagi anak yg bakal dilahirkan itu akan menjadi soleh (dah ayahnya pun bukanlah soleh sangat.. kihkih)
Anak soleh ni bukan saja berguna semasa kita dah masuk dalam kubur, bahkan waktu kita masih kat dunia lagi. Sbb maksud soleh ini adalah baik.. anak yang baik mengikut definisi agama.. iaitu anak2 yang mentaati Allah dan RasulNya serta mentaati dan menghormati kedua ibu bapanya dan melakukan perkara yg makruf (baik) serta meninggalkan perkara yg munkar.
Jadi, bagi ibu bapa yg mempunyai anak yang soleh, sudah tentu ianya merupakan harta yang tak ternilai dalam kehidupan mereka. Harta boleh dicari, tetapi anak soleh ini perlu dibentuk. Kadang2 menjadi, kadang2 tak menjadi. Ada juga yang ibu bapa mereka soleh, tapi anak2 jadi hampagas. Tapi jarang ibu bapa yang buruk akhlak, anak2nya menjadi baik akhlak. Sebab lumrahnya, ibu bapa itu yang akan mencorakkan anak2.
Masalah ibu bapa pada hari ini, bila harta melimpah ruah, pendidikan tahap tertinggi.. tapi anak2 jadi kurang ajar, tak hormat orang tua, tinggal solat, buat maksiat dsb.. sehinggakan ibu bapa pun tak tahu nak buat mcm mana dah. Masa tu baru rasa kesal, sedih, terharu, terkaget dsb. Hantar anak2 ke pusat pemulihan akhlak, berkawan pula dengan yang memang dah rosak akhlak.. maka bertambah2 lagi kerosakannya.
Kemudian baru tersedar, yang selama ni dah banyak lalai dan jauh dari Tuhan. Lalu cuba nak mendekatkan diri dengan masjid, ikut kuliah dsb.. tapi masa tu, umur pun dah lanjut.. kubur pun dah melambai2.. rasa takutnya nak mati sbb amal kurang, anak pun tak menjadi..
Maka, berbahagialah mereka2 yg soleh serta mempunyai anak2 yg soleh. Kalau anak je yang soleh, tapi ibu bapa kaki maksiat, pun tak guna juga. Setiap orang akan dipertanggungjawabkan atas amalan masing2. Kalau dah buat dosa besar, maka diri sendiri kena bertaubat sebelum mati.. doa saja tak mencukupi untuk menghapuskan dosa2 besar itu.
Cuma mereka2 yg soleh ini, biasanya akan melakukan amal jariah yg banyak atas dunia (banyak bersedekah, memberi zakat kepada yg berhak dsb), menyampaikan perkara2 yg baik kepada manusia (yg menjadi ilmu bermanfaat yg dikongsi2 kepada orang2 yg lain) dan mendidik anak2nya menjadi anak yg soleh, yg mendoakan keampunan untuk dirinya walaupun ketika ibu bapa itu masih lagi hidup. Maka, bila dah mati, tiada lagi amalan yg memberi manfaat kecualilah 3 perkara ini.. akan sentiasa mendatangkan manfaat pahala walaupun dirinya dah berada di dalam pusara.. cewahh..
Sebab itulah, anak yang soleh ini dikatakan harta yang tak ternilai harganya.. sbb walaupun kita dah mati, tapi disebabkan amalan kebaikan yg dilakukannya (yg mana kita yg mengajarkan dia melakukan kebaikan), kita juga akan mendapat pahala tersebut. Itu belum masuk lagi amalan yg diniatkan pahalanya untuk kita.. dia baca al-Quran, sedekah pahala untuk kita.. zikir, sedekah pahala untuk kita.. seolah2nya, kita duduk rehat dalam kubur, tiap2 hari ada je bekalan yang sampai untuk kita.
Tapi, bagi ibu bapa yg mengajarkan anak2nya melakukan maksiat (anak dah baligh, tapi diajarkan berpakaian seksi dan membuka aurat contohnya), maka selagi anak itu membuka aurat, selagi itulah dosa akan sampai kepada ibu bapa.. kerana merekalah yg menjadi pembuka jalan anak2nya melakukan maksiat dan dosa.
Berbalik pada persoalan bagi orang yg tiada anak (disebabkan mandul ataupun anaknya meninggal di usia muda), maka tiada masalah. Sbb walaupun zahir hadis menyatakan ‘anak soleh’, tetapi maksud hadis adalah lebih umum daripada itu. Iaitu doa orang2 soleh juga memberi manfaat kepada si mati di dalam kubur.. tak kira la adik ke, kakak ke, anak sedara ke, anak angkat ke.. Sesiapa saja yg berdoa untuk kita, insyaAllah, akan memberikan manfaat kepada kita sama ada di dunia mahupun di dalam kubur. Cuma, susah sikit la nak harapkan orang mendoakan kita.. sbb kadang2, mereka nak mendoakan diri mereka sendiri pun jarang2, apatah lagi nak mendoakan orang lain. Berbeza dengan anak2 soleh, insyaAllah, mereka akan sentiasa kenangkan jasa ibu bapa dan sentiasa akan mendoakan mereka.
Maka, bagi mereka2 yg tiada zuriat (dan tak berhasrat nak berpoligami.. kihkih), ambillah anak yatim untuk dipelihara.. betapa banyak ganjarannya memelihara anak yatim ni.. even usap kepala mereka pun dah memberikan pahala, apatah lagi kalau kita menjaga dan mendidiknya menjadi insan yg soleh.. insyaAllah, bila kita dah tiada atas dunia ini, mereka ini akan menjadi ‘harta yg tak ternilai’ buat kita, walaupun mereka cuma anak angkat. Tapi, disebabkan didikan kita dan doa mereka, insyaAllah, amalan kebaikan kita takkan terputus, walaupun nyawa kita telah terputus.
Kesimpulannya, sebelum kita nak fikir persoalan anak soleh, kita dulu yg kena buat persediaan untuk menjadi insan soleh dan anak soleh kepada ibu bapa kita.. insyaAllah, kebaikan ini akan berterusan dengan kita mendapat anak2 yg soleh, serta anak2 kita akan melahirkan zuriat (cucu2) yang soleh..


WA


Saturday, July 13, 2013

Curious

Apakah kita yang tiada anak ini dikatakan tiada harta akhirat???


Ternampak satu pic dimana caption pic tu 'anak harta dunia dan akhirat'

But, what about us??? Xde anak...

Apakah nanti kita dikubur, kita yang tiada anak ni takkan ada yang akan mendoakan kita??? 


Just a bit curious bout diz matter...boleh tak sesiapa terangkan...dimana kedudukan kita yang tiada zuriat bila kita meninggal...



Terima kasih. 

Friday, July 12, 2013

akhirnya...

selepas 83 hari period tak datang......akhirnya today...................

CYCLE DAY 1.....again


alhamdulillah....jangan buat perangai lagi ye....cuaks kite !!

so pasni, tamao dah minum gulshan.....

bulan puasa ni, pepagi just sahur air blend dari kurma+susu kambing...

alhamdulillah....sebab ni kot period datang....berkat bulan pose ni, doa dimakbulkan jugak...even tak pregnant...period datang...semoga lepasni, tetap la ye.....jangan wat hal lagi taw...1st time ever ni awak wat hal...






Thursday, July 4, 2013

Mencari

Nak adopt baby, anything plz email me! 

♥kawan-kawan, tinggalkan link anda supaya saya mudah menjenguk page anda semula♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© Hanidatul's Blog | Templates by : Nurulchumel's Design | All Rights Reserved™