Pages

Wednesday, May 30, 2012

waktu terbaik berdoa


1. Waktu sahur.
2. Waktu selepas azan.
3. Waktu 1/3 malam.
4. Waktu hujan lebat.
5. Waktu melihat Kaabah.
6. Waktu tawaf dan sa'ei.
7. Waktu setiap kali lepas sembahyang.
8. Waktu setiap kali lepas membaca al-Quran.
9. Waktu hampir untuk berbuka puasa.
10. Waktu berpuasa wajib atau puasa sunat.
11. Waktu di antara dua khutbah Jumaat.
12. Waktu di antara iqomah dan sembahyang.
13. Waktu berkumpul dalam majlis ilmu atau majlis zikir.
14. Waktu dalam kesedihan, kesusahan dan penderitaan.
15. Waktu semasa meminum air zam-zam.





sumber : http://doaharian.blogspot.com/2005/12/waktu-yang-terbaik-untuk-berdoa.html

Thursday, May 24, 2012

tumpang tanya

Kepada sesiapa yang pernah ada pengalaman, pagi tadi jumpa EWCM, lepas tu buat OPK,  memang tak naik double ke??? 

Tadi buat OPK, CD17, jam 1.40 thari, satu line je naik.....

ke tak dah ovulate???



dear blog

Happy Anniversary my dear blog!!!

uhuk...ekceli this is my 2nd blog......1st blog tu Hani delete atas sebab-sebab tertentu.
Blog ni dah buat lama sangat buat but afta 8 months blog ni dibuat, baru hani aktif sikit sikit berbelogging.

Pape pon...tahniah la ek kat kamu wahai bloggieDiaryku kerana masih setia menerima entry-entry entah pape dariku...hhuhuuh....

semoga kau terus sukses.! hahaha.....


ok da merepek...babai !

nak celebrate ngan blog...........hurm....guane nak buak???

EWCM

entry menggelikan......so kalo tak sanggup nak baca......pangkah je k !!

Pagi tadi masa nak mandi, hani terperasan ada lendir lendir panjang la kat tuttttt.....huhuhu...pastu letak kat jari, memang panjanggggggggggg.........ada hani amik gambar...tapi takot korang geli pulak....so korang bayang kan je la eh.....



harini CD17, OPK hani terlupa bawak pulak (ini entry sebelum 30 minit yang lepas)..hani pause jap buat entry ni then.................












now


Alhamdulillah........ada kawan sudi tolong bawakkan hani pergi Guardian, beli OPK
takpe lah...invest sikit..even mahal sesangat rasanya...demi baby....segala2nya tak kesah...cewah

hani beli yang ni...

RM46.78

selalu hani pakai yang ni jep.....

RM1.90

jaoh kan beza?? tapi fungsi yang sama...


thanx buddy coz sudi tolong Hani ;)


kawan kawan, doakan kejayaan hani k!

alamak..!!!

harini CD17, OPK lupa bawak!!!!!!!!!!

camne eh......ade cadangan lain....huhuuhuh

huwaaaaaaa

Wednesday, May 23, 2012

OPK CD16



gerammmmmmmmmmm.....penat taip kemahen panjang pasal OPK harini...tetibe plak bley ilang?!

ok, dipendekkan cerita, line kedua harini agak terang sikit dari yang sebelumnya. Dalam erti kata lain, masih lagi negatif.

sekian.

Monday, May 21, 2012

susah mencari kawan sama menangis

betul tak??? susah kan??? n if ada pon, bukan keseluruhannya menangis bersama. But...alhamdulillah....me found u....thanx alot...hanya Allah yang membalas jasamu. Dia seorang kawan yang menyenangkan. Semua ni nampak bila disaat zaman kejatuhan. Hanya dia yang setia dan iklas berkawan...

Tanpa diduga dengan tujuan asalnya hanya untuk meluah perasaan....she's willing to help me. Memberi pendapat dengan pelbagai cara untuk menangani 'stress'. ya.....hani sangat stress memikirkan kehendak orang lain yang diluar kemampuan hani sendiri, dan dalam keadaan tekanan sebegini, kawan tu datang menyelamatkan  pemikiran. terima kasih kawan. Ya Allah...semoga persahabatan ini kekal. Terima kasih kerana pertemukan aku dia.

p/s: korang yang baca ni pon kawan hani :)...terima kasih susah senang bersama sudi membaca luahan dalam blog yang tak seberapa ni.....terima kasih sebab banyak beri pendapat  yang sangat bernas. Untuk rakan-rakan TTC, kalian adalah sahabat alam maya terbaik yang pernah ku kenali...Alhamdulillah...

wordless monday.......alhamdulillah



Saturday, May 19, 2012

OPK CD12

Jam 2.10 petang, result -ve. Line kedua more light than yesterday.....hurmmm.......xde hint hint nk ovulate pon.....

Isoke, will try for da next day ! Pray for me....aminn


P/s : happy saturday ;)

Sent from my BlackBerry® smartphone powered by U Mobile

Friday, May 18, 2012

OPK lagi

ok...nak amik gambar pun rasanya macam tak berapa nampak
tapi hani nampak line kedua tu
sangat light light....samar samar

so, not ovulate again...on CD11

hani buat, jam 2.50 petang..was it the right time to do it???

or hani perlu buat lewat lagi????


p/s : susah jugak nak taw time ovulate nih........hurmm....

novel dan koleksi









entah.....sejak dua menjak ni
makin menjadi jadi pulak minat hani kat novel
pantang keluar jumpa POPULAR or MPH
mesti akan sambar paling kurang pon 2

sampai asben naik bising dah
hahahah


bulan ni je...hani dah beli 24 novel !!!!!!! 
baca.....n hani baca n now tinggal dalam 4 story lagi tak baca


best kan???? asben sekarang ni
siap cakap lagi, kalau dah gila sangat nak beli novel, dia akan stopkan pembelian majalah bulanan yang selalu hani beli
n hani setuju!!!!!
hehehe

antara majalah bulanan yang WAJIB hani beli
INTREND, Mingguan Wanita, NONA, EH, Harmoni, Kosmopolitan

haaa.....so sekarang ni....stop beli majalah...better beli novel =p


owh lupa......disebabkan semalam hani sambar lagi 2 biji novel, so hani 'mengapikan' asben untuk beli buku ni



ehehhe...buku Dr. Mahathir....balik je rumah semalam
terus asben belek2 buku kesukaan dia nih

tebal sangat bukunya, so hani suruh asben baca then dia akan ceritakan kat hani

heheheeheh

my OPK


confirm tak jelas kan???
hahah...tapi saje nak tepek jugak
sebab semalam hani cuti taw......
asben memang rancang suruh hani cuti semalam
and kami pergi ke Mid Valley untuk habiskan masa menonton wayang

nasib baik hani ingat, semalam hani CD10
sebab hani ada terbaca dalam satu blog katanya kalau kita amik clomid
kite boleh test OPK ni pada cd10

so semalam, lepas tengok wayang, dalam kol 3.50 petang lebih kurang
hani pergi toilet, then hani test la
memula tu tak naik, ok la...hani simpan test strip tu kat beg
dalam kereta hani tengok balek
ada dua line naik tapi satu tu samar sangat

kalau tengok kat gambar tu macam tade je kan....tapi sebenarnya nampak la jugak.....kualiti kamera tak jelas
harap maaf ye

tapi sebenarnya, OPK ni bukan macam UPT
kalau UPT, nampak line kedua naik tu kita dah kategori orang pregnant
but OPK ni, kalau line kedua samar tu, maknanya belum ovulation day lagi
so hani kene buat harini n esok
kot kot dua dua line terang
baru boleh diklasifikan sebagai waktu subur

so kengkawan, doakan hani eh.......doakan taw !!!!
 

Wednesday, May 16, 2012

berkat / aura???

Kat ofis ni, memang tak pernah putus putus orang  mengandung, bila orang tu dah bersalin, orang ni pulak mengandung dan seterusnya. So, macam biasa lah, bila dah bersalin, mesti dorang akan datang ofis bawak baby memasing kan. Yang lain kat ofis ni memang akan mengkerumuni la orang yang lepas  pantang tu dan babynya sekali. Angkat sana sini. and kita yang tade baby ni, mesti orang akan sebut sebut dan panggil suruh kita angkat baby orang tu. Katanya ambil berkat. owh.......ekceli ni memang dah lama dengar cuma tak pernah sangka dalam hidup akan dapat lalui perkara macam ni. Agak sedih. Agak terasa. But terus terang Hani tak berapa berani nak pegang baby yang baru lahir nih. Rasa macam baby tu akan menangis je kalau Hani yang pegang.....huhuhu...takot !!!!!

and kemudian, orang akan terus cakap, "pegang Hani, berkat" 

ye meh????

Mungkin benar........entah. Tak berani nak cakap. Sebab pegang je baby, tak lekat-lekat pon!

hahaha..... Allah sedang menguji ku...Alhamdulillah

i am 26 with no kids around

Salam

Pagi ni, tak berpuasa. Sebab?? Asben cakap tak payah la puasa harini, die nak belanja crushers from KFC
hahaha


ok......berkisarkan tajuk di atas, tadi dapat satu news from kawan lama. Kenal beliau since me 12 years old til now....haa..kire la sendiri k...math lemah sket !

she said that she's pregnant ! Again for the third times.........Allahuakhbar....

Alhamdulillah....n sincerely congrats to her

rasanya now da semakin positifkan diri dan dapat terima kenyataan pasal pregnancy ni. Seriously, dulu kalau dengar je orang pregnant, confirm akan down sekejap.

And today, alhamdulillah.....emosi tu dah dapat di kawal.... Thanks Allah !!

And honestly i'm happy for her. Rasa seronok pulak bila dengar orang pregnant ni. 

FYI, ini adalah anak ketiga beliau. And kami sebaya.

OMG !!! im 26 with no kids around n she's 26 with 3!!

Kuasa Allah kan??!! Dia penentu segalanya.... Alhamdulillah

and the best part is, people's around keep pray on me.....to get pregnant like them !! me likeyyy!!!!!

Semoga berkat doa kalian yang sedang hamil ni dimakbulkan Allah.



p/s : sambil tu sempat berseloroh, hani cakap, insyaAllah hani nak twins 3 orang sekaligus so that hani boleh 'lawan' tentera dia...hehehehe...just jokes !!! Mudah-mudahan dimakbulkan..amin

Tuesday, May 15, 2012

nafsu ketika daku berpuasa

selamat pagi
 
 
 
Harini nak story pasal Hani berpuasa semalam. Alhamdulillah.....dah lama berniat nak berpuasa tapi tak dapat nak buat sebab.............ehhehe....biase la kan.....orang pemakan ni, pepagi je dah kebuluran. Agaknye sebab dah niat malam Ahad sebelum tidur, memang nak berpuasa hari Isnin, so semalam....alhamdulillah....dipermudahkan perjalanan puasa hani. Langsung tak rasa lapar.....cuma ada keinginan nak makan itu ini. haih....ni yang susah sikit nak tahan nafsu. Tetibe teringin nak makan Satay Kajang...hahaha..........................tak lapar tapi keinginan nak makan.....hurmmmmmm...camne tu ek?

Lepas tu pulak, nak makan makaroni goreng tapi........................yang dimasak oleh Hani sendiri je Hani nak makan....bukan orang lain masak. Dah cakap kat asben semalam nak beli serba sedikit barang dapur sebab hani langsung dah takde bawang, cili, beras semua...memang kosong ! tapi asben cakap tak payah, makan satay je....tu semua nafsu katanya !! .............................................akur

Lepas balik kerja, kami bersiap nak ke Kajang....tapi tak sempat nak berbuka disana sebab dah azan Maghrib. Asben belikan hani roti butterscotch dan air kosong. Hani makan dalam 3 keping roti tu pastu air mineral. Perut yang kosong terus kenyang. Rasa dah tak payah nak makan satay daah tapi sebab asben yang kebuluran mengalahkan orang puasa ni nak makan, so kami pergi la jugak.

Sesampai kat sana, Hani cakap kat asben nak satay daging je sebab hani tak suka satay ayam dan hani TAKKAN pernah habis makan satay tu. Selalu order 10 cucuk satay, hani paling tinggi akan makan 6 cucuk je. Tapi semalam, asben Hani pulak yang lelebih. Die order 15 cucuk ayam n 15 daging. Bayangkan hani hanya makan 6 cucuk saje yang lain semua die hentam !! hehehe.....fyi, asben hani sangat pemakan dan tak cerewet dalam memilih makan.......sangat senang nak jaga kan? heheh..alhamdulillah

Lepas je makan 6 cucuk tu, rasa nak termuntah sangat sangat. hish...ni yang tak suka ni. Dah baca bismillah dah sebelum makan tapi perut terus full. Full sesangat !!! sendawa macam nak muntah. Agaknya sebab makan roti 3 keping sebelum tu kot....tu la jadi macam tu...

Hani nak cuba berpuasa penuh seminggu ni...InsyaAllah..harini masuk hari kedua Hani berpuasa dalam minggu ni. Ekceli tujuan sebenar Hani nak berpuasa ni sebab Hani nak ganti puasa yang tak habis diganti. Lagipun bulan puasa dah nak dekat kan.....serik dah ganti last minit. Pernah tahun bile ek...Hani tak ingat, Hani kene bayar fidyah sebab tak sempat nak ganti puasa, tapi even kite dah bayar fidyah pun, puasa tu tetap kene ganti jugak kan...serik serik serikkk

And lagi satu, Hani nak ajar sikit perut ni jangan asyik nak makan je. Seriously, badan hani ni dah overweight ! Hani takot nanti ia menyusahkan lagi hani nak conceive. So, untuk langkah awal, berpuasa ni adalah jalan terbaik. Hani nak kawal pemakanan sikit. Nak kurangkan ais. Bukan nak berdiet cuma nak kontrol perut ni jangan asyik nak makan je. Hani tak boleh la kalau sebut diet, nanti lagi tambah scale tu kalo timbang...huhuhu....

Seronoknya semalam, Hani dapat kawal nafsu makan ni taw.................lately ni, Hani memang kuat la sangat makan. Rasa nak makan kek, kuih, pizza, burger blablabla......semua nak. Tapi alhamdulillah...........semalam tu rasa bangga dengan diri sendiri sebab berjaya kawal nafsu...heheh....semoga pasni akan lebih baik dan baik lagi. Semua ni untuk kesihatan diri Hani dan bakal baby nanti..heheh....insyaAllah..doa2kan eh..




p/s : Fasha Sandha da pregnant, baru 2 weeks kawen, hani dah 1 tahun 4 bulan, belom ada tanda bunting....bunting lemak adalah...huhuh....ape ape pun, semuanya dah tertulis....

Monday, May 14, 2012

clomid kali pertama

Alhamdulillah
 harini cycle day ke 7
dah selamat dah pusingan clomid kali pertama hani semalam
 
hari ke-2 hingga hari ke-6
waktu makan : sebelum tidur

kesan :

sebelum ni sememangnya period hani hari ke-5 baru bersih
but sejak awal tahun ni...hari ke-3 or ke-4 dah bersih

dan sejak makan clomid, back to normal balek
hari ke-5 bersih

petanda baik la kan.....


tanda-tanda or simptom-simptom pelik selepas ambil clomid??

tade rasa ape...huhuh.....sebab hani makan sebelum tidur kot

ada yang kata nanti cramp perut, dan macam-macam la
 


tunggu dan lihat je la k

Friday, May 11, 2012

Jamu Susuk Dara....sape pernah guna???

Assalamuaikum....

hhehe..harini hani ada gotong royong kat ofis tapi nama hani tade
n arahan dari ketua pon belum keluar lagi
so dok depan PC jap sambil sambil tengok ape yang patut



korang pernah dengar tak JAMU SUSUK DARA???

lately ni hani tengok macam makin meriah pulak orang update pasal benda nih
hani ada jugak baca testimonial yang dah menggunakannya
mostly semua kata OK!

sebab dia akan keluarkan semua sisa sisa yang tidak diperlukan dalam rahim kita

contoh yang hani faham la kan....

kalau period kite tu ade serpihan yang tak habis keluar, die akan bersihkan
n contoh lain kalau ada sisa air mani suami yang tertinggal....die akan bersihkan...


ni mengikut pemahaman hani la
 
so sekarang ni...hani rasa hani nak cuba
sebab period hani hari ke empat dah bersih
macam sikit la pulak..heheh...
 
sebab selalu dengan orang lain sampai 7-8 hari kan
 
 orang kata bile dalaman bersih, senang nak melekat
 
hurmm....ada sesape pernah cuba tak??
 
yang hani nak faham tu or inginkan orang memahamkan hani
 
benda tu kene dicucuk ke dalam kan....pastu dibiarkan dan dia akan keluarkan lebihan sisa dalam rahim
 
lepastu katanya nanti dalam 3 hari kite kene keluarkan benda tu balek
 
ade yang cakap, benda tu akan keluar sendiri.........IF DIE TAK KELUAR?????????
 
camne???
 
 
ade tak sesiapa berpengalaman.....dan boleh memahamkan hani....sebab hani memang nak cuba benda ni..
 
 
 
tolongggggggggggg eh.....ehh...ehhhh


Thursday, May 10, 2012

cacamarba








 serba sedikit gambar ketika hani ke USS, Singapore

tak ingat dah bile dah tarikh tu...dalam sekitar pertengahan April
hani berkursus ke JB tapi dalam schedule kursus tu ada lawatan ke USS
bile lagi nak merasa kan......nasib baik bos hani bagi pergi

alhamdulillah........merasa la jugak

:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:



gambar ni  saje suke suki nak tempek..hehehe

minggu lepas pnye gambar masa sepupu hani kawen kat Galeri Shah Alam






TEMBAM!


 NI BESTIES, KAKAK IPAR HANI.....ABANG HANI PUNYE BINI
die sengal.....n kalau jumpa die, mesti akan ada story kami luahkan bersama

huhuhuh


die memang best !!


ni sepupu hani......die perempuan k!
tapi macam nak 'convert'..hahahaha

jangan salah faham...die masih lagi perempuan even nampak seperti lelaki
tapi die sepupu yang baik....kami rapat sejak kecil sampai la hani kawen
since hani kawen, sampai la ke gambar atas ni
baru la kami berkesempatan nak berjumpa
see.....lame sangat tak jumpa die...n die pon terkejot bile jumpa hani


"SHA..............ko da gemok!!!!!"

tu ayat pertama die..hahah......whatever !!!

pink panther, big apple donut...sooo yummeh !!



semalam dan kelmarin

Seriously suke sangat kat die nih

BIG APPLE DONUT, PINK PANTHER

memula tu beli dua je.....

hani beli 6 pcs....4 untuk hubby...2 untuk hani

pastu entah....semalam...rasa nak sangat makan

hani beli 4 terus untuk hani n 2 untuk hubby

keempat empat donut hani amik pink panther nih

tapi hani makan 2 je sebab dah kenyang

so semua hubby ngap!

hehehe......kire da abih kempunan la.....


balek ni nak makan ape eh??? 

=p



saya dah on clomid !



Assalamualaikum semua.....

lamenye tak post entry kat sini
menyendiri sekejap sebab malas nak taip....ekceli banyak story pending
tapi sebab malas nak taip so cerita tu hanya simpanan tetap je la eh

tak rajin nak review balek dah

so now nak story sikit pasal semangat TTC hani

hani da bincang dengan hubby
nak seriously berTTC semula sebab rasa macam kesian pulak kat keluarga mentua
tade cucu sampai sekarang


adeh....rasa bersalah pulak

so now, hani dah nekad
nak telan clomid tu 

hani dah jumpa gynae pada 9 Januari 2012 yang lalu dan die bagi hani clomid ni
tapi hani tak telan lagi sampai la semalam
baru ada semangat nak telan

hehehhehe

tapi hani telan waktu malam
sebab kalau ada effectnye, time tu tido...so mungkin kurangkan sikit beban nak rasai kesannya

insyaAllah.......semoga urusan dipermudahkan


yang buat hani rasa nak berTTC balik sebabnya hani pelik

sebab last month, hani memang tak fikir sangat pasal anak ni
malas nak fikir sebab rasa macam tanak sesakkan pale otak 
orang dok sebok tanya tanya, suruh sabar la bagai tu sume sebenarnye menyesakkan pale otak hani

hahaha...soriii k..bukan tak nak terima nasihat

tapi hani rasa bile korang cakap macam tu, lagi hani tensi.......so sebab tu la hani banyak diamkan diri

malas nak amik port orang......even ada yang suka nak stresskan kita pasal hal anak even kite kata kite tak kisah.....tapi die tetap suka tanya tanya.....haih


da ada anak, dah pregnant, jaga lah diri, anak anak anda k........doakan yang terbaik untuk kami yang TTC ni

tak perlu nak bangga sana sini macam diri sendiri tak pernah alami situasi TTC

maafla....ni pengakuan jujur sikit sebab jari jari ngah rajin pulak nak menaip dengan pantasnya

huhuhu....tak sia siap belajar kelas typing....


maaf sesangat andai ada yang terasa......bukan niat nak marah nak maki ape lagi nak mencaci.....semua TUAH tu dah kalian perolehi

so jangan lah nak riak even nak menunjuk dengan TUAH yang kami belum rasai




ok....ni macam dah luahan perasaan jek......xmo cerita banyak

sambung cerita balek....last month

hani perasan hani banyak dapat tanda tanda ovulation taw

dengan cramp perut, loya semua lepastu hani dapat banyak EWCM

so hani berBD macam biasa dengan asben, tak bagitaw die pon sebab hani rasa benda tu macam biasa je......dalam 3 hari jugak la hani jumpe EWCM tu.....hani mula berfikir taw


eh.....dah time ke?? subur sangat ke?? hahahahah

tapi still tak bagitaw hubby lagi sebab tanak mengharap even tak memikirkan hal tu

hani perasan EWCM tu pada cycle ke 17

lepastu, nak masuk cycle ke 30, hani still belum rasa nak period lagi even tanda tanda kebiasaannya pon tak muncul

hani pon pelik !!!! hani tak makan apa apa ubat langsung even homeopathy punye

hani buat la macam biasa sampai la last 3 days, tetibe rasa nak shishi, so hani ke toilet dan tetibe....eh....period sudaaaaaaaaaa

cuma pelik sebab satu ape tanda pon tak rasa taw taw je period

tu yang rasa ada semangat nak TTC balek tu...hehheheh

selalu hani period, hani akan rasa pening, nak muntah, perut cramp, pastu cam ulu ati tu rasa nak terbakar...huhuhu.....lebih kurang la..tak reti nak describe camne.....

hani rasa mungkin pemakanan hani kot......eh...yeke?? sbb hani da 2 bulan tak masak..hehehehe...

makan di kedai aja...........MALASnye kauuuuuu haniiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii


hihihih....hubby yang suh sebab die skang balek lambat jek....so die kata makan luar je la...xyah beli barang dapor...kan da jimat kat situ =p


hohoh..ok laaa
doa doakan semoga hani berjaya k !!

aminnnn

new spirit

nak seriously TTC for this time !

pray for me :)

♥kawan-kawan, tinggalkan link anda supaya saya mudah menjenguk page anda semula♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© Hanidatul's Blog | Templates by : Nurulchumel's Design | All Rights Reserved™