Pages

Friday, March 18, 2011

petua rumahtangga - 8p from ustazah siti nur bahyah

selamat pagi
hari ni tetiba terajin pulak mood nak update serba sedikit pengetahuan tentang petua rumah tangga nih

hani tengok dekat blog orang..saje saje blogwalking
so ternampak la beberapa petua yang hani rasa amat penting untuk semua pasangan suami isteri
so...jum kite ramai2 aplikasikan petua nih
insy...........bahagia hidup....dunia akhirat

PETUA 8P

1) P yang pertama ialah ‘puji’ iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.

2) Katanya, P kedua ialah ‘peluk’ yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

3) P seterusnya ialah ‘penghargaan’ di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.
 





4) ‘Perhatian’ adalah P keempat yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan, katanya yang menulis buku Cakar Harimau - Tips Kebahagiaan Rumah Tangga, Amalan Ibu Mengandung dan Panduan Mencerdaskan Minda.

5) Siti Nur Bahyah berkata, P seterusnya mewakili ‘persefahaman’ amat penting.

6) Menurutnya, P selanjutnya membawa maksud ‘pergaulan’ iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

7) Beliau berkata, satu lagi P adalah ‘percutian’ di mana kita perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.



8) Katanya, P yang terakhir ialah ‘permohonan’ iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia. Amin. Ini lah yang teramat penting sebagai Hamba Allah.



ok...semoga kita semua dapat jadi yang terbaik untuk pasangan dan sentiasa bahagia...kalau gadoh-gadoh tu adatlah kan..pada hani kita kene bertolak ansur walau apa situasi pon...

ni sume peringatan untuk hani jugak.............

p/s : today......i'm married for 3 months

No comments:

♥kawan-kawan, tinggalkan link anda supaya saya mudah menjenguk page anda semula♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© Hanidatul's Blog | Templates by : Nurulchumel's Design | All Rights Reserved™