Pages

Wednesday, April 27, 2011

kisah sembelit??

mornings.....
wheee.....kekerapan menghapdet blog sejak akhir akhir nih
mungkin hormon kerajinan sudah mula menyerlahkan dirinya barangkali

sembelit??
korang pernah rasa tak???
perit nak teran.....dan berhari hari baru nak 'boleh'
haahahahahha


ekceli i got dat problem when i change in new places

anywhere it can be

tak tahu kenapa.....orang kata kene minum air yang banyak.....maybe sebab pengurangan pembuangan sisa pepejal kat badan ni disebabkan air yang tak berapa nak banyak dalam badan so die susah nak proses

lepas tu ada gak yang cakap......jangan minum air milo sebab ia penyebab kepada masalah sembelit nih.....yang ni tak tahu la hani nak cakap macamana sebab dulu kan....bile hani minum milo je mesti nak membuang tapi sekarang bila minum milo, dah takmo lak...iskk....perot ni banyak songeh taw!!!!

ada jugak yang hani dengar sembelit ni terjadi sebab kurang makan sayur pelawas macam petai....
FYI, hani memang tak makan petai!
hihiihhihi......tapi kan...hani rasa kawan-kawan hani yang  tak makan petai tu elok je membuang....hari hari pulak tuh..haih....ape sebenarnya masalah kat perut hani nih???

tiap kali jumpe doctor, die akan suggest hani makan sayuran hijau
hani makan jugak tapi sama la......still takde perubahan.....dan mungkin juga sebab hani tak makan sayur secara rutin..kalau rasa nak makan baru makan...tu pasal lah jadi macam nih

hani tak tahu nak describe macamana permasalahan ni sebab yang hani faham 'sembelit' hani ni akan terjadi bila hani berubah tempat

berubah tempat tu maksud hani sebagai contoh, hari ini hani tidur rumah mentua or rumah mak hani
hani takkan boleh membuang, macam tu lah jugak kalau hani berkursus
sepanjang tempoh berkursus tu lah hani takkan membuang
euwwwwwww.....sangat kronik ok!!!

ada satu tahap tu hani sampai pening sebab tak membuang!!
dah tak tahu nak buat macam mana dah......
dulu, cara hani yang paling ideal la

hani beli teh orang kampung sebab teh tu akan membuatkan hani rasa nak membuang sepanjang masa, ekceli teh tu tujuan untuk menguruskan badan taw tapi hani beli sebab nak membuang jek! badan memang takkan kurus dah rasanya....hahahaha


cara lain yang hani buat ialah hani beli ubat yang cairkan sisa pepejal nih
ada dua jenis yang hani selalu pakai
dulcolax (yang jenis pil tuh) dengan ada satu ubat cecair botol putih, hani dah lupa la ape nama die

lepas tu pulak.....hani selalu minum air fabermax tuh
agak meloyakan tekak tapi tepaksa telan sebab nak membuang punya pasal
kalau tak....memang akan peninggg dan perot kembong

hani tak tahu la. kenapa dan macam mana cara nak kurangkan masalah nih
but since hani kawen, 4 bulan dah lebih kurang
ada la sesekali je hani guna ubat untuk membuang
dan sekarang hani banyakkan minum air suam jek ataupun air kosong
itu pun agak susah la tapi nak buat macamana kan
kene la tanggung......mungkin ni dah memang sistem perot hani kot!

hani saja cari cari info pasal masalah ni dan ni hani paste kan yek...

selamat membaca !

*************************************

Sembelit

Pengenalan
Sembelit ialah apabila kekerapan untuk membuang air besar berkurangan dan kesukaran
untuk membuang najis. Sembelit merupakan satu gejala, bukannya satu penyakit. Setiap
orang pernah mengalami sembelit dalam kehidupan mereka dan selalunya ia disebabkan oleh
amalan pemakanan yang tidak baik.

Tanda dan Gejala
Biasanya gejala-gejala sembelit adalah seperti berikut. Walau bagaimanapun, setiap orang
mungkin akan mengalami gelaja-gejala yang berlainan. Gejala-gejala tersebut:
• Tidak membuang air besar beberapa hari, atau membuang najis yang keras dan
kering.
• Perut kembung, kejang atau sakit.
• Kurang selera makan.
• Gigi mengetap, kaki tersilang, punggung dikepit bersama, muka menjadi kemerahan
apabila kanak-kanak cuba untuk menahan pembuangan najis untuk elakkan
ketidakselesaan.
• Sedikit cecair atau calitan najis lembut pada seluar dalam kanak-kanak.
Sebab-Sebab
Ketika makanan bergerak menerusi kolon, kolon akan menyerap air daripada makanan
semasa ia membentuk bahan buangan atau najis. Pengecutan otot pada kolon kemudiannya
akan menolak najis ke rektum (bahagian akhir pada usus besar). Setelah najis sampai ke
rektum, ia telah menjadi keras kerana kebanyakan air telah diserap. Sembelit berlaku apabila
kolon menyerap telalu banyak air atau jika otot kolon mengecut secara perlahan atau lembab
menyebabkan najis bergerak ke arah kolon secara terlalu perlahan. Akibatnya, najis akan
menjadi keras dan kering. Sebab-sebab biasa berlakunya sembelit ialah:
• Kurang serat dalam diet.
• Kurang aktiviti fizikal (terutamanya di kalangan warga tua).
• Pengubatan.
• Susu.
• Sindrom gangguan semasa pembuangan air besar (Irritable bowel syndrome).
• Perubahan dalam kehidupan yang rutin seperti mengandung, penuaan dan
pengembaraan.
• Penyalahgunaan julap.
• Menahan untuk membuang air besar.
• Kekurangan air.
• Penyakit atau keadaan tertentu seperti strok.
• Masalah dengan kolon dan rektum.
• Masalah dengan fungsi usus (sembelit kronik yang secara tiba-tiba dan tanpa sebab.
Komplikasi
Sembelit yang berpanjangan dan serius mungkin boleh menyebabkan buasir yang disebabkan
oleh menahan untuk membuang air besar atau Anal Fissures (koyakan pada kulit di sekeliling
anus). Ia berlaku disebabkan oleh najis yang keras meregangkan otot Sphincter. Kesannya,
pendarahan rektum mungkin berlaku, di mana darah kelihatan di permukaan najis.
Kadang kala, regangan menyebabkan rektum terkeluar (terjatuh) dan ini boleh menjurus
kepada pengeluaran mukus dari dubur. Rektum yang terkeluar dengan teruk dan kronik
memerlukan pembedahan untuk menguatkan dan mengetatkan otot spinchcter dubur atau
untuk membaiki lapisan yang terkeluar (terjatuh).

Sembelit juga boleh disebabkan oleh najis yang keras memenuhi ruang usus dan rektum
secara amat ketat yang mana penolakan najis keluar secara normal tidak mampu membawa
najis keluar. Ini merupakan Fecal Impaction yang biasa berlaku di kalangan kanak-kanak dan
orang dewasa. Impak ini boleh dilembutkan dengan penggunaan minyak mineral yang
diminum atau disuntik menerusi dubur. Selepas melembutkan impaksi, doktor mungkin akan
memecahkan dan membuang bahagian najis yang keras dengan memasukkan jari.
Rawatan
Perkara utama dalam merawat sembelit ialah untuk memastikan kita memakan serat dan
meminum air dengan cukup. Ini akan membantu najis bergerak menerusi usus dengan
meningkatkan ketebalan najis dan menjadikannya lebih lembut.
Berbincang dengan doktor keluarga anda sekiranya:
• Sembelit masih baru dan jarang berlaku kepada anda.
• Anda mengalami sembelit selama 3 minggu atau lebih.
• Anda dalam kesakitan.
• Anda mendapati najis anda berdarah.
Pencegahan
Dalam banyak kes, tips mudah berikut akan membantu:
• Makan pelbagai jenis makanan. Makan banyak kekacang, bijirin penuh, buahan segar dan
sayuran.
• Minum banyak air.
• Lakukan senaman secara berkala.
• Jangan menahan untuk membuang air besar.
• Ketahuilah yang tabiat membuang air besar yang normal adalah berbeza mengikut
individu.
• Sekiranya tabiat membuang air besar anda berubah, dapatkan pemeriksaan doktor anda.


p/s :mintak mintaklah tak terkena buasir pulak lepas nih

No comments:

♥kawan-kawan, tinggalkan link anda supaya saya mudah menjenguk page anda semula♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© Hanidatul's Blog | Templates by : Nurulchumel's Design | All Rights Reserved™