Pages

Saturday, April 16, 2011

Rumah tangga...suka dan duka

Assalamualaikum
Selamat petang...hani sekarang ni menuju ke rumah mak hani di jalan klang lama. Agak lama tak balek rumah since parents balek kampung from perak then jamukan my hubby durian. O00ppss....sori la yek....hani tak makan durian. Ramai cakap durian tu sodap but for me...tak bley blah la kata orang.

Ok kita berbalek pada tajuk entry harini, berkisar tentang rumah tangga. Untuk makluman semua harini hani sudah 3 bulan dan 29 hari berkahwin. Seronok??? Haruslah seronok kan.....kawennn..perkara yang rasanya semua orang inginkan. Hidup bersama orang tersayang. Setelah meniti beberapa tempoh masa dari berkawan, bercinta, merisik, bertunang, dan finally diijabkabulkan. Perasaan sehidup semati (ada orang cakap, sehidup tapi mati lain-lain) bersama pasangan adalah sesuatu yang paling manis dalam hidup semua. Begitu jugak hani. Alhamdulillah, berkat kesabaran akhirnya tercapaila apa yang kami usahakan selama ni. Nak story lebih lebih pun, hani masih baru dalam dunia rumah tangga. namun, percayala.....hidup berumah tangga ni berbeza dengan hidup bujang taw. FYI, masa kami berkawan, kami tak pernah bergaduh pun, kemudian bertunang, ada gaduh sikit sikit dan finally berkahwin, bergaduh suda...hihihihi...tapi jangan cuak yek bagi yang belum kahwin sebab ini adalah sesi pengenalan bersama pasangan dengan lebih baik dan dekat. Jangan mudah mengalah. Banyak banyaklah beristigfar sebab syaitan ni memang suka merobohkan sesuatu yang baik. Berkongsilah segalanya bersama pasangan dan hormatilah pasangan. Hani nak story banyak banyak pun tak berape nak boleh sangat sebab kata orang mula mula kawen ni...semuanya indah2 belaka...tapikan..kepada semua B2B, bersedialah dari segala segi sebab pada hani perkahwinan mengajar kita untuk lebih matang,berdikari dan lebih bijak dalam menguruskan urusan dunia. Bertindaklah secara adil dan saksama sebab bila salah seorang mula mengungkit, pada hani itu sudah mencacatkan keharmonian rumah tangga yang dah dibina. Hehehehhe...pandai je nak nasihat orang kununn...

But ekceli korang, hani bukan da best. Cuma nak share sikit sikit sebab banyak benda yang tak terjadi kat hani sebelum kawen, dah terjadi sekarang.

Berfikirlah sebelum berkata sesuatu, dan membuat keputusan. Semoga korang happy happy dan ceria ( eh, bukan same ke maksud? ) Hihihihihih

Selamat pengantin baru pada yang nak kawen tuh. Semoga dipermudahkan segala urusan. Aminnnnn

P/s : ekceli hani dalam kete ni....jalan jem. Teringat lak ley create blog by phone. So........inilah hasilnya. Maaf kalau ada yang salah yek...saya budak baru belajar :)


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

2 comments:

Mrs Fazlee said...

betol ah life lepas kawen memang berbeza compare masa bercinta/tunang kan.. xpe, ni semua proses matangkan kita ye x sis? btw, selamat pengantin baru :)

hanidatul shatira said...

yups...berbeza amat....betuah dapat kawen nih...hahahaaha



pengantin baru lagi ke nih..hahahaha.....tengss...u too....cantek gambo kawen. :)

♥kawan-kawan, tinggalkan link anda supaya saya mudah menjenguk page anda semula♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© Hanidatul's Blog | Templates by : Nurulchumel's Design | All Rights Reserved™