Pages

Tuesday, April 26, 2011

kucing boleh menyebabkan pembelanya mandul?

salam korang
today nak buka topik pasal kucing
ekceli guys
suami hani n family memang penggemar kucing
bayangkan kucing kat rumah tu (umah mentua) dekat 16++ekor dan akan ada ++ lagi..InsyAllah...

dan kalini hani cuma quiry sikit
ni hani dapat pon dari kawan-kawan yang banyak bagi info pasal kucing dan kehamilan
ekceli for da 1st time, hani tak percaya
ye lah....rezeki tu datang dari  Allah
dan kita ni hanya berusaha sebaik mungkin, kalau dah ditakdirkan tade tu,....berserah je la

before....hani ada bela dua ekor kucing
2months afta da marriage
hani yang request kat suami nak bela kucing
then muncullah TECHIK in our life
honest...jaga kucing macam jaga baby
i love her....
then my asben bawak lagi seko kucing hitam
named..CHIKO
so cute!!

others said dat kucing ni boleh penyebab hani tak mungkin dapat baby
tersentap!
honest...feels like want to cry...but then i think it's depends on Allah....he's da only one who gives us what should he give....
dan  hani bertawakal.....sebab kan keguguran hani last 2 months....hani tak pernah terfikir pasal kucing ni

and one day....last sunday ekceli
hani suarakan pendapat hani to en asben about adopt kucing ni
hani cakap nak biarkan kucing ni kat mentua hani
let her take care bout our cats for awhile
sebab kami dalam proses merancang
for a minutes.....kami diam dan berfikir
is it true??!

en asben kemudian setuju dengan cadangan hani.....
masa nak balik tuh, kami suarakan pendapat kami to parents then my mother in law setuju cuma hani tak bagitaw sebab kenapa hani nak tinggalkan kucing tuh
then, masa nak balik tuh......i dont know why.....kucing tu pun makhluk Allah...punya hati dan perasaan.. TECHIK n CHIKO tetiba jadi manja sangat ngan kami
owhhhh.......sebak jap
masa nak balik tuh.....bayangkan TECHIK n CHIKO pandang kami macam muka sedihhhh
sayunya nak tinggalkan mereka
then kami pon bertolak balik ke KL...(PIL stay kat Bukit Mahkota)
belum pon sampai kat tol
me dah menangis kaw kaw punya
huhuhuhuhuhuuhuhu
i feel so sad just becoz of others rumours about the cat
so we need to separate for awhile n i'm on my way...trying to conceive


all night long....me still crying then my asben also join venture
hahahahaha.....dunno why...
dulu..before kawen...hani penah cakap kat asben, takmau bela kucing sebab kami berdua bekerja
at last.....hani sendiri rela hati nak membela kucing sebab hani memang sayang ngan kucing.....not too fanatic sangat cuma suka dengan kucing....

then bila dah bela since die kecik hani amik til now a bit besar sikit......segala gelagat tu hani dah faham......looks like a baby....membesar depan mata kata orang..eekek

then hani n asben berserah....kuat semangat...
n now kucing kat rumah dah takde, cuma tinggal kucing jalanan yang kami bagi makan hari-hari.....tu je la peneman sementara menunggu kami dapat baby

hani tak mengharap....cuma hani berusaha...orang kata kalau bela kucing ni susah nak dapat baby dan contohnya terlalu banyak yang hani dapat....

cuma a bit kecewa sebab berpisah ngan my kitties...they're so cute n notty !!!
even selalu kene cakar cakar but they make my day happy..n happy....

untuk melegakan hati supaya dapat terima kenyataan...hani cari punca dan penyebab "ISTILAH BELA KUCING NI TAK BOLEH DAPAT ANAK"

mungkin betul....hani setuju sebab contoh depan mata dah banyak yang berlaku....hani terima dengan redha.............

korang baca lah....hani dapat kat sini


***************************************************************

Toxoplasmosis

Ialah penyakit yang dibawa oleh sejenis parasit yang dibawa oleh kucing yang dijangkiti dari haiwan mangsa dari jenis rodent seperti tikus dan tupai. Kebiasaannya rodent akan “mendapat” Toxoplasma daripada daging mentah. Ia sangat mudah melekat pada bulu kucing dan seterusnya menjangkitinya. Kucing yang telah dijangkiti akan “membawa” parasit ini bersama-samanya sehinggakan di dalam najisnya. Kucing juga mungkin mendapat jangkitan daripada burung yang dimakan, dimana burung pula mendapatnya daripada daun atau rumput yang tercemar dengan Toxoplasma. Berikut ialah kitaran hidup parasit Toxoplasma:


Simptom Toxoplasmosis
  • Demam, keletihan, sakit badan
  • Ujian mengandung yang didapati positif pada minggu pertama bertukar negatif di minggu berikutnya (Parasit ini memakan janin!!!)
  • Sering berlaku bleeding di awal kandungan
  • Sering mengalami keguguran pada usia kandungan antara 1-3 bulan
Jika mengalami simptom-simptom di atas anda dinasihatkan untuk berjumpa gynae dan menjalankan ujian darah. Hasil ujian darah akan mengesahkan samada anda dijangikiti atau tidak. Doktor juga akan memberi nasihat tentang jumlah atau Toxoplasma count di dalam darah anda kerana jika bilangannya tidak banyak ia mungkin tidak akan mengganggu kandungan.
Cara mencegah jangkitan
  • Jauhi kucing samada peliharaan sendiri atau kepunyaan orang lain
  • Setelah disahkan positif  Toxoplasmosis seeloknya berhentilah dari membela kucing
  • Bersihkan kesan najis dan kencing kucing di kawasan rumah anda. Bahagian carpet amat mudah memerangkap bulu-bulu kucing jadi ia harus dibersihkan dengan sempurna
Toxoplasmosis boleh diubati dengan mengambil ubat pada sukatan dan dalam tempoh yang dinasihatkan. Berkemungkinan ubat pertama tidak memberi kesan kepada bilangan Toxoplasma dan dalam kes seperti ini, doktor akan prescribe ubat yang lain. Tempoh mengubat berbeza-beza mengikut tahap dan kekuatan antibody seseorang pesakit itu. Ujian darah akan dibuat sekali lagi selepas tempoh pengambilan ubat tamat.  Doktor akan menasihatkan samada anda boleh mula bersama untuk mencuba dan berharap kandungan anda selamat sehingga waktu bersalin.


***************************************************************

~kucing jejas kehamilan~


Membela kucing boleh memberikan kesan negatif kepada kandungan. Ia berkait dengan sejenis parasit iaitu protozoa Toxoplasma gondii yang membiak di dalam usus kucing dan didapati di dalam najisnya dan tanah.

Parasit ini menyebabkan sejenis jangkitan yang sering ditemui – toksoplasmosis yang tidak membahayakan orang dewasa tetapi boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius kepada bayi di alam kandungan.
Ibu yang mengandung boleh mendapat jangkitan apabila menyentuh najis kucing. Jangkitan ini boleh juga timbul akibat memakan masakan yang tidak dimasak dengan sempurna.
Wanita yang mula-mula mendapat jangkitan toksoplasmosis semasa mengandung mempunyai lebih kurang 40 peratus peluang memindahkan jangkitan tersebut kepada bayi di dalam kandungannya.
Apabila ibu dijangkiti dalam trimester (kehamilan berusia tiga bulan) pertama, sebanyak 15 peratus daripada bayi mereka turut dijangkiti berbanding 30 peratus semasa trimester kedua dan 60 peratus trimester ketiga.
Kesan akibat jangkitan adalah lebih teruk jika ia berlaku di peringkat awal mengandung. Adalah dianggarkan, satu dalam 10 daripada bayi yang dijangkiti mengalami toksoplasmosis yang teruk.
Mereka mendapat jangkitan mata yang boleh menyebabkan buta, pembengkakan hati dan limpa, penyakit kuning dan jangkitan paru- paru. Sebahagian mereka mengalami kehilangan deria pendengaran.
Janin yang mengalami jangkitan toksoplasmosis yang terlalu teruk boleh meninggal dunia semasa dalam kandungan atau ibu mengalami keguguran. Jika dilahirkan hidup, mereka akan menderita kecacatan otak seperti palsi serebral dan sawan.
Jika doktor mengesyaki yang ibu mempunyai jangkitan toksoplasmosis aktif, ujian darah boleh dilakukan untuk mengesan kehadiran antibodi yang mengesahkan jangkitan ini.
Jika ibu disahkan mendapat jangkitan, ujian lanjutan seperti amniosentesis dan ultrasound dilakukan untuk memastikan sama ada bayi dalam kandungan juga telah dijangkiti.
Ibu akan diberi ubat khusus jika bayi disyaki telah dijangkiti, agar gejala-gejala yang akan dialami oleh bayi apabila lahir dapat dikurangkan. Rawatan ini diteruskan ke atas bayi selepas dilahirkan.
Sebaliknya, jika bayi dalam kandungan belum dijangkiti, ibu akan diberi ubat antibiotik khusus supaya risiko jangkitan kepada bayi dapat dikurangkan sehingga 50 peratus.
Bayi-bayi yang baru dilahirkan oleh ibu-ibu yang mendapat jangkitan toksoplasmosis haruslah diuji agar bayi-bayi yang tidak mempunyai sebarang gejala semasa dilahirkan tidak akan tercicir daripada menerima rawatan khusus, jika mereka sebenarnya juga telah dijangkiti.
Ini kerana mereka mungkin dianggap sihat sehinggalah mereka mendapat jangkitan mata dan sebagainya setelah berusia beberapa bulan mahu pun beberapa tahun selepas dilahirkan.
Oleh kerana toksoplasmosis merupakan penyakit jangkitan yang boleh menjejaskan kesihatan bayi dengan serius, langkah-langkah pencegahan seperti berikut dapat mengurangkan insiden ia berlaku. Antaranya:
* Membasuh tangan sebelum mengendalikan makanan
* Mengelakkan pemakanan daging mentah atau tidak sempurna dimasak
* Membasuh dengan teliti buah-buahan dan sayur-sayuran yang tidak perlu dimasak sebelum dimakan
* Menggunakan sarung tangan semasa berkebun atau semasa mengendalikan tanah dan akhir sekali elakkan daripada menyentuh najis kucing.
Sebaik-baiknya, elakkanlah daripada membela kucing semasa mengandung, tetapi jika ini amat sukar untuk dilakukan, hendaklah berhati-hati dan mempraktikkan langkahlangkah pencegahan seperti di atas agar risiko jangkitan berada pada tahap minimum.
Soalan dijawab oleh Pakar Perunding Perbidanan dan Sakit Puan, Dr. Kamsuraini Ibrahim.



p/s : just messege my asben..tell him dat i'm missss my kitties too much!!

 CHIKO......

 TECHIK....

7 comments:

Anonymous said...

salam, saya blog-walking terjumpa la blog awak. nak bagitau..kenyataan itu tak benar. kawan2 saya ramai je yang bela kucing tp syukur alhamdulillah diorg semua mengandung.. even ada yg x dpt mengandung 5 thn, dpt conceive 2-3 bulan lepas dia mula bela kucing. jd isu kucing penyebab mandul adalah salah sebenarnya... cuma isu nya adalah kebersihan jer sebab tahi kucing tu je yg byk parasit.. klu nak bersihkan tahi kucing tu pakai glove.insyaAllah takde apa..

hanidatul shatira said...

hye...thanx for da info...ekceli ini apa yang saya dapat setelah tanya kawan kawan..mostly kawan cakap kucingla penyebab kemandulan sebab ramai dikalangan kawan2 saya yang membela kucing, dan sampai harini masih belum mempunyai anak....btw, saya agak kecewa sebab terpaksa berpisah ngan kucing...ini hanyalah salah satu cara saya untuk conceive....insy...semua rezeki tu ditangan Allah..dan kita hanya mencuba.

Anonymous said...

bela kucing kena ada adab dia.. bawak pi vaccine.. pastikan makanan bg yg elok.. jgn sebarang bagi je makanan manusia.. kena mandikan dia selang 3 hari atau seminggu sekali..

pada lidah kucing dah tercipta utk hapuskan bacteria.. dan pd lidah kucing ada mcm tajam2 tu..

kucing dikenali sbgai haiwan terbersih.. melainkan kita sendiri yg expose dia pada benda2 tak bersih...

tepuk dada tanya diri..

Anonymous said...

hi; saya pon dilema yang sama mcm puan.mak mentua saya ada sepuluh ekor kucing parsi. sekor yg paling muda saya jaga. dan saya paling suka peluk2 kucing saya. puan tahu saja lah bulu parsi~ dan kami suami isteri pon masih lg mencuba setelah gugur ( tp waktu tu tak bela kucing lg. di sebabkan saya rasa down mak mentua saya bagi bela sekor)jika benar bulu kucing effect; alangkah sedih nyer..

Starry Hidayah said...

Huhu..sy pun baru sahaja ambil keputusan sama macam awk. Memang sedey sgt.tapi itulah dari pemerhatian ramai yg membela kucing masih belum dikurniakan anak.sgt kijam rasanya menyalahkan kucing2 yg comel tu tapi rasanya tidak salah kalau kita cuba ikhtiar utk mencegah.sebbnya kalau kita masih belum dikurniakan anak & xbela kucing sekurang2mya kita tidak terus menerus pikir maybe kucing penyebabnya kita belum ada anak.just my 2cents

Yusrimau said...

Saya alergi dgn kucing... Bila dkat dgn mana² kucing, sy akan bersin.. Xkira la kucing jenis ape pn..wife suka kucing..n umah mak mertua penuh dgn kucing..tapi tu la..setiap kali dtg rumah mentua, sy bersin teruk n trus selsema..hmm...masa kawen sy da bgtau wife..mmg xnk bela kucing..n wife setuju...skrg wife da sarat n sy stay rumah mertua sementara tggu wife nk bsalin...selsema n demam teruk...satu lagi cabaran utk sy..saya xbenci kucing..walhal dulu sy sndiri bela kucing..tp tu la kan..nk buat mcm mana...mengenai kucing punca tak hamil..mungkin ada betulnya dan mungkin tidak..utk langkah bhati² saya setuju dgn keputusan anda berdua...
Dilema saya pula sekarang..huhu...demi jaga hati...saya stay je rmh mertua...hmm....bsalin cepat ye syg...����

Unknown said...

saye dh bela kucing sebelum kawen, n xde la pulak nk susah mengandung ke ape..3 bulan lepas kawen, terus melekat..truth is, its all about rezeki dari Allah, Kite dh percaya kenyataan mengarut org ramai bela kucing susah nk beranak..so, tergolong dalam syirik x tu? Saya anggap kucing membawa rezeki, sebab rezeki kami mmg murah walaupun gaji x seberapa tapi cukup untuk kami dan anak2 kucing sebyak 6 ekor kt rumah tu..mmg kita mencuba ikhtiar untuk mencegah..tp berapa ramai pulak yang x bela kucing still x dpt anak?? tolong lah jgn salahkan kucing dalam pemberian rezeki Allah ni. Sedih tau..kesian kucing nk berteduh dgn kita..kita sanggup lepaskan dia demi cakap org lain. Kadang2 Allah nak uji, suruh kita bela kucing untuk belajar menjadi seorg yg penyayang, pemurah, pemaaf etc sebelum dia beri kita anak untuk dididik..pikir kan lah..

♥kawan-kawan, tinggalkan link anda supaya saya mudah menjenguk page anda semula♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© Hanidatul's Blog | Templates by : Nurulchumel's Design | All Rights Reserved™