Pages

Thursday, June 23, 2011

berurut lagi

saya berurut untuk kali ketiga tapi 2 orang tukang urut

paham tak??
means 1st berurut dengan orang lain
2nd n 3rd dengan orang lain (orang yang sama)

perbezaan yang nampak

1st urut 

sakitnya umanggaiiiiiii
berhari-hari menahan
katanya peranakan kembang + senget sebelah
wheeeee...tataw camne ropenye weh

tawakal saja la, mintak-mintak tade pape berlaku


2nd n 3rd

masa pergi 1st time dengan makcik tu
dah dapat bayangkan kesakitan berurut sebab teringat berurut kali pertama
lepas tu bile berurut
alahai, takde la sakit sangat pun macam pertama kali
sekejap je die urut
betulkan mane tak betul
katanya peranakan tinggi seinci
haaaa...camne tu??

tawakal saja lah, saya berusaha selebihnya berserah yang Maha Kuasa

semalam

berurut untuk kali kedua bersama makcik tuh
umanggai
ramainya umat kat rumah die
hani tunggu kat luar rumah sampai dah lengang sikit orang kat dalam rumahnya
masa tengah tunggu turn
ada sekumpulan sedang mengubat seorang makcik nih
katanya termakan 'benda kotor'
wallahualam macam mana

dalam fikiran, ingatkan makcik ni hanya mengurut
rupanya berubat pun boleh
siap sempat lah bersembang dengan pelanggan tetap makcik tu masa menunggu turn
katanya dah lama dia berubat dengan makcik nih
macam-macam kisah, Alhamdulillah dengan IzinNya
ada menjadi ada yang tidak, wallahualam

tiba turn hani
belum cakap pape lagi
"ok, meh kite ke bilik, nak mengurut kan??"
hurmm..yep makcik
(taw taw je kot muka hani muka mintak kene urut)

masa dalam bilik tuh, makcik tu story la sikit-sikit pasal kejadian harini di rumahnya
kenapa ramai-ramai tuh

rupanya, makcik ni pun macam DarulShifaa jugak, yang kat Bangi tu
ada kelebihan dan ada kekurangan
dan mana yang dia tak boleh buat, di panggilnya rakan-rakan seangkatan untuk mengubati

"owhh...baru taw,"

masa tu, cerita lah hani dengan makcik tu pasal apa yang berlaku kat hani
1st time berurut, hani dah delay period 42 days
makcik tu cakap, umanggaiii lama tuh
katanya tanda nak 'menjadi'

lepastu
dia tengok tengok perut hani
katanya ada urat....................(maaf, tataw nak describe macam mana)
ada tanda-tanda nak menjadi

dalam hati, semoga dipermudahkan dengan IzinNya

hani siap tanya ngan makcik tuh
makcik boleh taw ke if saya dah 'melekat' or belum
" bolehhhh.....makcik taw InsyaAllah"

kalau saya ada sakit dalam-dalam ni makcik boleh taw jugak ke
"kalau sakit, lain rasanya.....InsyaAllah"

taw tak kenapa hani tanya macam tuh
disebabkan kerajinan sangat membaca blog-blog mereka yang TTC
hani semakin fobia sikit
sebab??

ada yang suspect preggy tapi rupanya ada sakit lain 
tanda-tanda macam preggy

nak cakap sakit ape, hani pon tataw
cuma taw cyst, fibroid....tu aje
almaklumlah, masih dalam proses belajar
blog-blog mereka banyak info mengenai segala macam hal mengenai hal2 dalaman perempuan
hani suka baca
hani akan follow

dan akan selalu buka blog mereka
untuk mengetahui keputusan, waiting for miracle
ada yang miscarry, ada yang dah preggy

hani seronok, ya...sangat seronok
semuanya terselit info-info berguna untuk hani
sebab tu lah hani tanya makcik tu
hani ada sakit-sakit dalaman tak

InsyaAllah, ini normal

kenapa tak jumpa je dengan doc,boleh scanning dan sebagainya?

hani takmo buat masa nih
InsyaAllah, semoga Allah memberikan kesihatan yang baik-baik untuk hani dan suami
:)

==================

kenyataan di atas bukan mahu mengagongkan makcik tu taw
cuma mahu berkongsi
sebab??
banyak orang urut yang hani jumpa
makcik ni sangat merendah diri
Alhamdulillah

katanya, kita berusaha, kemudian bertawakal
InsyaAllah, dengan IzinNya
hajat terlaksana


"kamu jangan makan ikan pari, jambu batu, rebung, ikan yang berduri atau bersengat, air jeruk, air kelapa"
itu pesanannya
 

InsyaAllah makcik, hani memang tak makan semua tu
tapi makcik tu cakap
"kamu jangan.......ada masa nanti kamu akan teringin"

hurmmmmmmmmm

mungkin ya !

maknanya kat sini, jangan nak ber'riak' sangat kau tak makan tu ini hani !!!!
segalanya di tentukan, dan kau, kene ingat
sebanyak mana pertolongan kau minta dan usaha kau lakukan
segala-galanya datang dari Dia
Allah yang Satu !!!




SEMOGA SEGALA URUSANKU DIPERMUDAHKAN OLEH-NYA

aminnnnn :)

6 comments:

adlyn833 said...

hani>>insyaAllah,nanti ada rezeki.alyn doakan ye.igt nak berurut gak tapi tak tau nak g kat ne.hani g urut kat mana ye..

hanidatul shatira said...

hani buat kat kg. sungai kertas, selayang

~LeeyanaRadhi~ said...

Yana pun ade g berurut.. makcik tu kate rahim yana rendah.. so die da angkat naek..lain2 masalah xde ade kateny :)

hanidatul shatira said...

hani pun same...lain2 xde katanya...hani pulak makcik tu cakap rahim tinggi..so die moderate kan...

Anonymous said...

Assalam Hani..boleh dpat contect tukang urut tu tak.. ? :)

Anonymous said...

Assalam Hani. Makcik tu masih mengurut ke boleh dpat contact tukang urut tu tak? Email ke izahhamid@yahoo.com...tq sgt2..

♥kawan-kawan, tinggalkan link anda supaya saya mudah menjenguk page anda semula♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© Hanidatul's Blog | Templates by : Nurulchumel's Design | All Rights Reserved™