Pages

Wednesday, June 22, 2011

gangguan bekalan air

kengkawan
rumah korang ada air tak????
ekceli hani baru dapat taw semalam yang gangguan bekalan air akan berlaku
tapi semalam
kawan hani ada bagitaw
beberapa kawasan sekitar lembah kelang akan berlaku
dalam maklumat yang diperolehi
kebanyakkan disekitar damansara dan petaling jaya


tapikan


ekceli hani tak sure lembah klang tu meliputi kawasan mane sebab yang hani taw petaling jaya adalah kawasan lembah kelang

tapi area Keramat n Hulu Klang tu termasuk dalam lembah klang punya area ke ek??
hani cari tadi
ni yang hani dapat

Lokasi

Lembah Klang terletak di tengah-tengah negeri Selangor dan Kuala Lumpur. Air Sungai Kelang mengalir ke Selat Melaka di sebelah barat.
Lembah Klang mempunyai lebih dari 3 juta orang penduduk, dan merupakan pusat industri dan perdagangan di Malaysia.
Antara bandar utama yang terdapat di sini ialah Kuala Lumpur, Shah Alam, Petaling Jaya, Subang Jaya, Puchong, Klang, Pelabuhan Klang, Subang, Ampang, Gombak, Selayang, Cheras dan banyak lagi.


Hulu Klang tak termasuk kan???
mintak2 la rumah hani ade air sebab tak tadah ape pon lagi
aiyooooooo


tapi ade kawan cakap, seluruh Kuala Lumpur

hurmm................................

====================================================
selang beberapa minit kemudian.....





ok ni yang hani dapat info kat fesbuk



NOTIS MAKLUMAN : GANGGUAN BEKALAN AIR SEMENTARA DI BEBERAPA WILAYAH SYABAS AKIBAT KERJA-KERJA PENYENGGARAAN DAN MENAIKTARAF  LOJI RAWATAN AIR SUNGAI SELANGOR FASA 1 (SSP1) OLEH SYARIKAT PENGELUAR AIR SUNGAI SELANGOR SDN BHD (SPLASH) SERTA KERJA-KERJA MENAIKTARAF SISTEM BEKALAN AIR OLEH KONTRAKTOR SYABAS .

Kuala Lumpur – Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) ingin memaklumkan terdapat beberapa kawasan di Wilayah Kuala Lumpur, Petaling, Gombak dan Hulu Selangor akan mengalami gangguan bekalan air sementara akibat kerja-kerja penyenggaraan Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1) oleh Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (SPLASH) serta kerja-kerja menaiktaraf sistem bekalan air oleh kontraktor SYABAS.

Berikut merupakan tarikh pelaksanaan kerja yang akan dijalankan mengikut jadual:

1.         TARIKH/MASA GANGGUAN
8.00 pagi, 22 Jun 2011 (Rabu) hingga 8.00 pagi, 24 Jun 2011 (Jumaat)
SEBAB-SEBAB GANGGUAN
Hentitugas Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1) bagi Kerja-kerja Penggantian Injap ’Sluice Valve’ DN 1350 Pam No. 8 di Rumah Pam Air Bersih dan Pencucian Kolam Imbangan ’Compartment B’.

KAWASAN-KAWASAN TERLIBAT

Wilayah Kuala Lumpur
Keseluruhan kawasan Bukit Kiara; Kelab Diraja Selangor; Bukit Kiara Resort; Pusat Sukan Bukit Kiara; Pusat Sains Negara; Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN); Suruhanjaya Sekuriti; Bahagian Teknologi Pendidikan; Pusat Konvensyen Sime Darby; Jalan Segambir; Jalan Belimbing; Jalan Setiabistari; Jalan Setiamurni 1 hingga 12; Jalan Setiabudi; Jalan Setiarasa; jalan Setiaraya; Jalan Setiajaya; Jalan Medan Setia; Jalan Setiabakti; Jalan Setiakasih; Plaza Damansara; Taman Seri Beringin.

Wilayah Hulu Selangor
Kampung Serai, Kuang; Kampung Kuang, Kuang; Kampung Cempedak, Kuang; Kampung Gombak, Kuang; Kampung Baru, Kundang; Kampung Melayu Sri, Kundang; Kampung Permata, Kundang; Taman Desa, Kundang; Bandar Baru Kundang, Kundang; Kundang Jaya, Kundang; Taman Rahmat Jaya, Kundang; Kawasan Industri Kundang; seluruh Bandar Tasik Puteri.

Wilayah Gombak
Bandar Sri Damansara; Kepong Industrial Park; Kawasan Industri Tago; Sunway SPK; Wangsa Permai; Desa Park City; Taman Bukit Maluri; Manjalara Kepong; Desa Aman Puri; Medan Putra.


 Wilayah Petaling

Taman Bukit Mayang Mas, PJU 1; Kampung Cempaka, PJU1; Dataran Prima; PJU 1; Taman Aman Sari, PJU 1; Taman Bukit Emas, PJU 1; Taman Megah Mas, PJU 1; Ara Damansara; Taman Sunway Mas; Eastin Hotel; Phileo Damansara; Universiti Malaya; Pusat Perubatan Universiti Malaya; Seksyen 17, Seksyen 17A, Seksyen 19 – 22; SS1 hingga SS9 Kelana Jaya; SS 20 hingga SS 26 Damansara; Subang Airport (MAS Kargo, MAS Catering, APAC); keseluruhan Kota Damansara; Kampung Baru Sungai Buloh; Mah Sing; Pinggiran Subang; Subang Bestari; Kampung Sungai Kayu Ara (Jalan Kekwa dan Jalan Dahlia), Damansara; Damansara Idaman (PJU 1A), Damansara; Damansara Lagenda (PJU 1A), Damansara; Damansara Indah (PJU 3), Damansara; Tropicana Golf & Country Resort (PJU 3), Damansara; Tropicana Indah (PJU 3), Damansara; Pelangi Damansara, Damansara; keseluruhan kawasan Bandar Utama (PJU 6), Petaling Jaya; keseluruhan Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh; keseluruhan Perindustrian Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh; Taman Seri Putra, Sungai Buloh; Taman Impian Indah, Sungai Buloh; Taman Matang Jaya, Sungai Buloh; Saujana Akasia, Sungai Buloh; Kampung Matang Pagar, Sungai Buloh; Seksyen 11, 12, 13, 14 dan 16; Seksyen 51A; Kampung Sungai Penchala/ Bukit Lanjan; keseluruhan TTDI; Mutiara Damansara (PJU 7); Damansara Perdana (PJU 8); Flora Damansara (PJU 8).

2.         TARIKH/MASA GANGGUAN
27 Jun 2011 (Isnin) 10.00 malam hingga 4.00 pagi keesokan harinya 28 Jun 2011 (Selasa).
SEBAB-SEBAB GANGGUAN
Kerja-kerja Pemasangan Paip ’Interconnection’ Sepanjang 24 Meter Bersama Sambungan ke Paip Sedia Ada di Meter Point 2, Kampung Tengah, Batu 6 ½, Jalan Gombak.

KAWASAN-KAWASAN TERLIBAT

Wilayah Gombak
Kampung Kerdas dan Kampung Tengah, Gombak.

Para pengguna dinasihatkan agar menyimpan bekalan air secukupnya serta menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan tersebut. Pihak SYABAS berharap pengguna yang terlibat dengan gangguan sementara akan bersabar dan sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan lanjut; sila hubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) menerusi talian bebas tol 1-800-88-5252 atau SMS; dengan menaip PUSPEL, dan hantar ke 39222.Informasi ini juga boleh diperolehi dari laman web SYABAS di www.syabas.com.my; www.twitter.com/puspel dan ’facebook’ dengan menaip ‘puspel’ atau ‘puspel syabas’.

3 comments:

Aty Fared said...

kat area umah ai kat rawang pon tak de air mase balikkerje semalam.. tanye jiran2 kate dari pukul 1..nasib baik sampai kol 7 lebih jer..kalau tak makan luar jer lar..huhu..susah tak de air ni...

: : memeng : : said...

salam.. thanks info ni.. :) smalam abg ipar bgtaw.. tp ingat main2 jek.. alarr.. susah aah xda air.. org tgk duk minum tea kurus asik berak2 susah..~~ hoohooo...
thanks again.. salam perkenalan.. :)

hanidatul shatira said...

aty : taw xpe....air xde susah. letrik tade ok lagi ley pakai lilin....ihihihih

memeng : haaa..same la kite...hehehe..salam kenal jugakk

♥kawan-kawan, tinggalkan link anda supaya saya mudah menjenguk page anda semula♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© Hanidatul's Blog | Templates by : Nurulchumel's Design | All Rights Reserved™