mula mula tak amik pusing sangat pasal hal ni
tapi macam makin menjadi jadi pulak dorang kan
perlu ke tubuhkan kelab ni??
masing-masing ada luahan dan pendapat masing-masing kan
but ini pendapat hani secara personal la
kalau ada yang tak puas hati tu, hani mintak maaf awal-awal yek
pada hani tak perlu kot kita tubuhkan kelab kelab macam ni
sebab, sebelum kita berkahwin pun
kita secara general nya sudah dan perlu tahu bahawa dalam Islam mahupun agama yang lain
mentaati suami itu adalah wajib hukumnya selagi tidak melanggari syarak
hani nak story lebih lebih pasal ni, ilmu tak tinggi
cukup-cukup makan untuk mengetahui perkara yang umum
so perlu ke kelab ni????
konfius di situ????
kalau macam tu, suami pun perlu jugak tubuh, KELAB TAAT ISTERI
ihihihihihi
p/s : isteri zaman sekarang, dan isteri zaman dulu, berbeza pemikiran tapi tetap sama taraf di sisi suami :)
peace yo !
No comments:
Post a Comment