Pages

Friday, July 8, 2011

mee kungFu

semalam

teringin nak makan mee kungfu

ingat nak buat la...nak masak lepas balik kerja

lepastu suggest kat en suami suruh belikan mee

die tanak!!!

die cakap
 
makan je la kat kedaiiii
tak payah buat kerja rumah sangat......take a gud rest for awhile katanya


hurm...tak dapat nak masak semalam

so, hani teringat plak tiba tiba

minggu ni kan kene grounded

tak boleh jalan jalan

so ingat nak masak mee kungfu lah

hihihihih


korang kalau nak makan, cari yang mee tu die salut ngan telor taw

ade kedai kan, die letak mee sanggul tu jep

tak best!!

hhihiih..ni ikot taste hani la



ok now, ni resepi die ek....


MEE KUNGFU / MEE HONGKONG / MEE KANTONIS

bahan A
500 gm mee kuning
5 biji telur [ dipukul]

Bahan B
100 gm udang basah [buangkan kulit]
150 gm ayam [dihiris]
1 biji panjang fish cake [potong nipis]
3 ulas bawang putih [dicincang]
100 gm brokoli [dipotong]
100 gm bunga kobis [dipotong]
100 gm carrot [potong kecil dan panjang]
5 tangkai baby corn
2 sudu besar minyak masak
2 s/b tepung jagung ]
1 cawan air ] bancuhkan
1 cawan air rebusan ayam
2 s/b sos tiram
1 s/b lada sulah
garam
minyak

Cara:
1. Panaskan minyak dan goreng telur dan mee dalam kuantiti sikit [satu portion untuk 1 pinggan] hingga agak garing. Ketepikan.
2. Tumis sedikit bawang putih hingga agak garing dan masukkan ayam, udang dan fish cake.
3. Masukkan air rebusan ayam bersama lada sulah, sos tiram, baby corn dan carrot.
4. Masukkan tepung jagung yang telah dicampur air dan kacau-kacau supaya tepung tidak bergentel.
5. Campurkan brokoli dan bunga kobis. Tutup api dan kacau.
6. Tuang kuah ke atas mee dan hidangkan. Sedap dimakan panas-panas.

3 comments:

aDieyZa said...

zana mmg suka mihun kungfu.. suka sgt2!! tp pernah sekali, ada kedai tu letak mee sanggul tu.. terus hilang mood nak makan.. makan 2 sudu lps tu keluar dr kedai dgn muka hampa..

eKa said...

eka pun suka benda berundurkan kung fu specially bihun kungfu....penah try buat...kuah tu jadi, tp tang bihun salut telur tu tak bape rangup cam kat kedai thai...tp masih lagi dlm meng upgrade resepi tuh


ei tak aci tau letak mee sanggul pulak...benda berkungfu ni setahu eka mesti kene salut dgn telur.baru betul berkungfu

Anonymous said...

aik..setahu saya lah kan..yang salut dengan telur tu mee/kuew teaw hong kong..kalau pecah telur dalam kuah tu baru kung fu

♥kawan-kawan, tinggalkan link anda supaya saya mudah menjenguk page anda semula♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© Hanidatul's Blog | Templates by : Nurulchumel's Design | All Rights Reserved™