Pages

Monday, July 11, 2011

petua

ni hani dapat kat blog orang lain
da mintak izin paste kat sini


selamat mengamalkannya yup to al TTC'ians :)
 
 
 
maaf, tak dapat nak carik maksud ayat kat bawah nih........

doa di atas ni jadikan sebagai amalan harian




Amalan pertama.

Selepas Fajar ataupun Solat Subuh
· Baca Bismillah 1 kali
· Kemudian selawat kepada Nabi Muhammad SAW 3 kali.
· Setelah itu sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali
· Dalam sujud tersebut mohonlah kepada Allah apa yang kita hajatkan. (Umpamanya: “Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba mu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat)
· Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali.

Amalkanlah cara ini baik suami ataupun isteri selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil dan jangan merasa putus asa. Sebab Allah tidak suka terhadap orang yang suka berputus asa.


Amalan kedua.

· Suami hendaklah membaca “Ya Mutakabbir” (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan ) sebanyak 11 kali sebelum mengadakan jimak.
· Isteri hendaklah membaca “Ya Awwal” (Yang tiada permulaan adaNya) 333 Kali setiap hari
· Isteri hendaklah membaca setiap hari “Ya Zaljalaali Wal Ikram” 11 kali kemudian tiup di dalam air dan air tersebut diminum.
· Suami isteri hendaklah membaca surah Yusuf / surah Maryam setiap hari.
Amalkanlah dengan penuh harap agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang baik dan mendapat rahmat daripada-Nya.



wallahualam....kita semua berusaha dan selebihnya berserah kepadaNya :)

1 comment:

eKa said...

hani,thanx for sharing :) penah baca juga sblm ni. yg amalan kedua tu mudah sgt, tp salu je terlupa...haiyoooooo

♥kawan-kawan, tinggalkan link anda supaya saya mudah menjenguk page anda semula♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© Hanidatul's Blog | Templates by : Nurulchumel's Design | All Rights Reserved™