Pages

Showing posts with label baby-baby. Show all posts
Showing posts with label baby-baby. Show all posts

Thursday, September 12, 2013

Sarah Nurain

new member of the family


Assalamualaikum...............


 lil baby SARAH NURAIN

3.2kg, 6 September 2013

For the 1st time seeing you, my heart stopped! melting to the max! What a great feeling! A wonderful blessing!...love the smell of heaven...i know you'll be a good girl, good niece, good grand-daughter to us, to family as well...



 lil' sinchan..hehehe...its a unique nickname dat ur paksu gives to you.....hahahaha (please like it!).......you're the precious one in the family...please pray for your aunty yang gebu ni to give you a cousins...aLOT! hahaha....

anak kakak suami, kak ipar, wish we're the next...insyaAllah...








Wednesday, May 16, 2012

berkat / aura???

Kat ofis ni, memang tak pernah putus putus orang  mengandung, bila orang tu dah bersalin, orang ni pulak mengandung dan seterusnya. So, macam biasa lah, bila dah bersalin, mesti dorang akan datang ofis bawak baby memasing kan. Yang lain kat ofis ni memang akan mengkerumuni la orang yang lepas  pantang tu dan babynya sekali. Angkat sana sini. and kita yang tade baby ni, mesti orang akan sebut sebut dan panggil suruh kita angkat baby orang tu. Katanya ambil berkat. owh.......ekceli ni memang dah lama dengar cuma tak pernah sangka dalam hidup akan dapat lalui perkara macam ni. Agak sedih. Agak terasa. But terus terang Hani tak berapa berani nak pegang baby yang baru lahir nih. Rasa macam baby tu akan menangis je kalau Hani yang pegang.....huhuhu...takot !!!!!

and kemudian, orang akan terus cakap, "pegang Hani, berkat" 

ye meh????

Mungkin benar........entah. Tak berani nak cakap. Sebab pegang je baby, tak lekat-lekat pon!

hahaha..... Allah sedang menguji ku...Alhamdulillah

Monday, June 13, 2011

ku mohon

Ya Allah
kau berikanlah kesihatan yang baik
untukku dan keluargaku

Ya Allah
kau murahkanlah rezeki
untukku dan keluargaku

Ya Allah
kau permudahkanlah segala urusan
untukku dan keluargaku
 
Ya Allah
kau berikanlah kekuatan hati dan nurani
untukku dan keluargaku
 
Ya Allah
kau jauhilah kami dari malapetakamu

Ya Allah
sesungguhnya aku memohon
agar kau kurniakan cahaya kebahagiaan dan Kau peliharalah hubungan ini dunia dan akhirat

Sesungguhnya
aku percaya
setiap rezeki itu datangnya dariMu


aku redha........

Thursday, May 26, 2011

TTC?!

ok...TTC tu hape???

trying to conceive

dalam bahasa melayunya

sedang usaha untuk ngandong


haaaa..........ok...ekceli i've just 5 months have been married

many people said, it's too early dear, chillex ngan ur hubby before u get baby or etc.
tapikan....
everyday kami chillex jek
cume start from yesterday

hani godek godek belog orang
then hani dapat jumpa banyak belog TTC ni
so hani pon folo

seronok baca kisah mereka
bermacam-macam usaha dilakukan

hani harap, insy..rezeki tu Allah bagi kat mereka dan hani juga


usaha ?? selepas usaha, tawakal
jalan terbaik.

InsyaAllah, hani takmo fikir 
stress...lagi susah mao lekat, kata orang

afta twice miscarry
so now hani kene keep calm
cool
no stress !




hope i'll be mummy s0on

sume orang nak kan?????

yang tanak tu
ape yang boleh hani cakap is
kamu mengong !


hihihihihi...sowiiiii

Thursday, May 19, 2011

hati sayu time hujan ni

selamat malam 
harini memang mood tak berapa baik la
entahlah...kesian en asben terpaksa menanggung
maaf, wife kamu suka menyeksa sikit

hani sedih :(
tak tahu nak describe macam mana
tadi saja tengok wall kawan-kawan
terpandang satu video tu

sambil tengok tiba tiba rasa sayup je hati ni
dan dupppp...duppp
setitis setitis air mata hani meleleh
dah la kat luar ni hujan lebat
macam taw taw plak perasaan hati hani ni
video tu berkisarkan kisah baby dari saat seminggu sampai la lahir

sedihnya........bila la masa hani tu yek
sayup...........hani dapat rasakan Ya Allahh....besarkan kuasaMu menjadikan insan lain dalam perut ibunya

sungguh!!
hani sayuu sangat sampai menangis nangis dalam bilik nih
en asben tade, wat OT cari duit lebih sikit

semoga rezeki kami murah dan Kau kurniakan kami cahaya hidup dunia akhirat!


aminnnnn

Wednesday, May 4, 2011

untitled...... :(

YA ALLAH....
it's happened again!!

no more....no more 'u' inside......


:(

Tuesday, April 26, 2011

kucing boleh menyebabkan pembelanya mandul?

salam korang
today nak buka topik pasal kucing
ekceli guys
suami hani n family memang penggemar kucing
bayangkan kucing kat rumah tu (umah mentua) dekat 16++ekor dan akan ada ++ lagi..InsyAllah...

dan kalini hani cuma quiry sikit
ni hani dapat pon dari kawan-kawan yang banyak bagi info pasal kucing dan kehamilan
ekceli for da 1st time, hani tak percaya
ye lah....rezeki tu datang dari  Allah
dan kita ni hanya berusaha sebaik mungkin, kalau dah ditakdirkan tade tu,....berserah je la

before....hani ada bela dua ekor kucing
2months afta da marriage
hani yang request kat suami nak bela kucing
then muncullah TECHIK in our life
honest...jaga kucing macam jaga baby
i love her....
then my asben bawak lagi seko kucing hitam
named..CHIKO
so cute!!

others said dat kucing ni boleh penyebab hani tak mungkin dapat baby
tersentap!
honest...feels like want to cry...but then i think it's depends on Allah....he's da only one who gives us what should he give....
dan  hani bertawakal.....sebab kan keguguran hani last 2 months....hani tak pernah terfikir pasal kucing ni

and one day....last sunday ekceli
hani suarakan pendapat hani to en asben about adopt kucing ni
hani cakap nak biarkan kucing ni kat mentua hani
let her take care bout our cats for awhile
sebab kami dalam proses merancang
for a minutes.....kami diam dan berfikir
is it true??!

en asben kemudian setuju dengan cadangan hani.....
masa nak balik tuh, kami suarakan pendapat kami to parents then my mother in law setuju cuma hani tak bagitaw sebab kenapa hani nak tinggalkan kucing tuh
then, masa nak balik tuh......i dont know why.....kucing tu pun makhluk Allah...punya hati dan perasaan.. TECHIK n CHIKO tetiba jadi manja sangat ngan kami
owhhhh.......sebak jap
masa nak balik tuh.....bayangkan TECHIK n CHIKO pandang kami macam muka sedihhhh
sayunya nak tinggalkan mereka
then kami pon bertolak balik ke KL...(PIL stay kat Bukit Mahkota)
belum pon sampai kat tol
me dah menangis kaw kaw punya
huhuhuhuhuhuuhuhu
i feel so sad just becoz of others rumours about the cat
so we need to separate for awhile n i'm on my way...trying to conceive


all night long....me still crying then my asben also join venture
hahahahaha.....dunno why...
dulu..before kawen...hani penah cakap kat asben, takmau bela kucing sebab kami berdua bekerja
at last.....hani sendiri rela hati nak membela kucing sebab hani memang sayang ngan kucing.....not too fanatic sangat cuma suka dengan kucing....

then bila dah bela since die kecik hani amik til now a bit besar sikit......segala gelagat tu hani dah faham......looks like a baby....membesar depan mata kata orang..eekek

then hani n asben berserah....kuat semangat...
n now kucing kat rumah dah takde, cuma tinggal kucing jalanan yang kami bagi makan hari-hari.....tu je la peneman sementara menunggu kami dapat baby

hani tak mengharap....cuma hani berusaha...orang kata kalau bela kucing ni susah nak dapat baby dan contohnya terlalu banyak yang hani dapat....

cuma a bit kecewa sebab berpisah ngan my kitties...they're so cute n notty !!!
even selalu kene cakar cakar but they make my day happy..n happy....

untuk melegakan hati supaya dapat terima kenyataan...hani cari punca dan penyebab "ISTILAH BELA KUCING NI TAK BOLEH DAPAT ANAK"

mungkin betul....hani setuju sebab contoh depan mata dah banyak yang berlaku....hani terima dengan redha.............

korang baca lah....hani dapat kat sini


***************************************************************

Toxoplasmosis

Ialah penyakit yang dibawa oleh sejenis parasit yang dibawa oleh kucing yang dijangkiti dari haiwan mangsa dari jenis rodent seperti tikus dan tupai. Kebiasaannya rodent akan “mendapat” Toxoplasma daripada daging mentah. Ia sangat mudah melekat pada bulu kucing dan seterusnya menjangkitinya. Kucing yang telah dijangkiti akan “membawa” parasit ini bersama-samanya sehinggakan di dalam najisnya. Kucing juga mungkin mendapat jangkitan daripada burung yang dimakan, dimana burung pula mendapatnya daripada daun atau rumput yang tercemar dengan Toxoplasma. Berikut ialah kitaran hidup parasit Toxoplasma:


Simptom Toxoplasmosis
  • Demam, keletihan, sakit badan
  • Ujian mengandung yang didapati positif pada minggu pertama bertukar negatif di minggu berikutnya (Parasit ini memakan janin!!!)
  • Sering berlaku bleeding di awal kandungan
  • Sering mengalami keguguran pada usia kandungan antara 1-3 bulan
Jika mengalami simptom-simptom di atas anda dinasihatkan untuk berjumpa gynae dan menjalankan ujian darah. Hasil ujian darah akan mengesahkan samada anda dijangikiti atau tidak. Doktor juga akan memberi nasihat tentang jumlah atau Toxoplasma count di dalam darah anda kerana jika bilangannya tidak banyak ia mungkin tidak akan mengganggu kandungan.
Cara mencegah jangkitan
  • Jauhi kucing samada peliharaan sendiri atau kepunyaan orang lain
  • Setelah disahkan positif  Toxoplasmosis seeloknya berhentilah dari membela kucing
  • Bersihkan kesan najis dan kencing kucing di kawasan rumah anda. Bahagian carpet amat mudah memerangkap bulu-bulu kucing jadi ia harus dibersihkan dengan sempurna
Toxoplasmosis boleh diubati dengan mengambil ubat pada sukatan dan dalam tempoh yang dinasihatkan. Berkemungkinan ubat pertama tidak memberi kesan kepada bilangan Toxoplasma dan dalam kes seperti ini, doktor akan prescribe ubat yang lain. Tempoh mengubat berbeza-beza mengikut tahap dan kekuatan antibody seseorang pesakit itu. Ujian darah akan dibuat sekali lagi selepas tempoh pengambilan ubat tamat.  Doktor akan menasihatkan samada anda boleh mula bersama untuk mencuba dan berharap kandungan anda selamat sehingga waktu bersalin.


***************************************************************

~kucing jejas kehamilan~


Membela kucing boleh memberikan kesan negatif kepada kandungan. Ia berkait dengan sejenis parasit iaitu protozoa Toxoplasma gondii yang membiak di dalam usus kucing dan didapati di dalam najisnya dan tanah.

Parasit ini menyebabkan sejenis jangkitan yang sering ditemui – toksoplasmosis yang tidak membahayakan orang dewasa tetapi boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius kepada bayi di alam kandungan.
Ibu yang mengandung boleh mendapat jangkitan apabila menyentuh najis kucing. Jangkitan ini boleh juga timbul akibat memakan masakan yang tidak dimasak dengan sempurna.
Wanita yang mula-mula mendapat jangkitan toksoplasmosis semasa mengandung mempunyai lebih kurang 40 peratus peluang memindahkan jangkitan tersebut kepada bayi di dalam kandungannya.
Apabila ibu dijangkiti dalam trimester (kehamilan berusia tiga bulan) pertama, sebanyak 15 peratus daripada bayi mereka turut dijangkiti berbanding 30 peratus semasa trimester kedua dan 60 peratus trimester ketiga.
Kesan akibat jangkitan adalah lebih teruk jika ia berlaku di peringkat awal mengandung. Adalah dianggarkan, satu dalam 10 daripada bayi yang dijangkiti mengalami toksoplasmosis yang teruk.
Mereka mendapat jangkitan mata yang boleh menyebabkan buta, pembengkakan hati dan limpa, penyakit kuning dan jangkitan paru- paru. Sebahagian mereka mengalami kehilangan deria pendengaran.
Janin yang mengalami jangkitan toksoplasmosis yang terlalu teruk boleh meninggal dunia semasa dalam kandungan atau ibu mengalami keguguran. Jika dilahirkan hidup, mereka akan menderita kecacatan otak seperti palsi serebral dan sawan.
Jika doktor mengesyaki yang ibu mempunyai jangkitan toksoplasmosis aktif, ujian darah boleh dilakukan untuk mengesan kehadiran antibodi yang mengesahkan jangkitan ini.
Jika ibu disahkan mendapat jangkitan, ujian lanjutan seperti amniosentesis dan ultrasound dilakukan untuk memastikan sama ada bayi dalam kandungan juga telah dijangkiti.
Ibu akan diberi ubat khusus jika bayi disyaki telah dijangkiti, agar gejala-gejala yang akan dialami oleh bayi apabila lahir dapat dikurangkan. Rawatan ini diteruskan ke atas bayi selepas dilahirkan.
Sebaliknya, jika bayi dalam kandungan belum dijangkiti, ibu akan diberi ubat antibiotik khusus supaya risiko jangkitan kepada bayi dapat dikurangkan sehingga 50 peratus.
Bayi-bayi yang baru dilahirkan oleh ibu-ibu yang mendapat jangkitan toksoplasmosis haruslah diuji agar bayi-bayi yang tidak mempunyai sebarang gejala semasa dilahirkan tidak akan tercicir daripada menerima rawatan khusus, jika mereka sebenarnya juga telah dijangkiti.
Ini kerana mereka mungkin dianggap sihat sehinggalah mereka mendapat jangkitan mata dan sebagainya setelah berusia beberapa bulan mahu pun beberapa tahun selepas dilahirkan.
Oleh kerana toksoplasmosis merupakan penyakit jangkitan yang boleh menjejaskan kesihatan bayi dengan serius, langkah-langkah pencegahan seperti berikut dapat mengurangkan insiden ia berlaku. Antaranya:
* Membasuh tangan sebelum mengendalikan makanan
* Mengelakkan pemakanan daging mentah atau tidak sempurna dimasak
* Membasuh dengan teliti buah-buahan dan sayur-sayuran yang tidak perlu dimasak sebelum dimakan
* Menggunakan sarung tangan semasa berkebun atau semasa mengendalikan tanah dan akhir sekali elakkan daripada menyentuh najis kucing.
Sebaik-baiknya, elakkanlah daripada membela kucing semasa mengandung, tetapi jika ini amat sukar untuk dilakukan, hendaklah berhati-hati dan mempraktikkan langkahlangkah pencegahan seperti di atas agar risiko jangkitan berada pada tahap minimum.
Soalan dijawab oleh Pakar Perunding Perbidanan dan Sakit Puan, Dr. Kamsuraini Ibrahim.



p/s : just messege my asben..tell him dat i'm missss my kitties too much!!

 CHIKO......

 TECHIK....

Tuesday, March 1, 2011

bloodspot?!!

kawan-kawan
khamis yang lalu saya mengalami bloodspot
apekah bloodspot??
google la sendiri sebab tak mampu nak describe dah
sobb sobb...............
mengikut pengalaman kawan-kawan
tanda awal kehamilan itu telah berlaku dan akhirnya
.
.
.
.
.
tiada rezeki saya untuk menimang cahaya mata lagi
haih....
.
.
.
.
.
.
married for 2 months and 11 days
mostly friend said it's too early
so...masih ada masa lagi untuk ke arah itu

sabar la haniiiiiiiiii!!!!!!!!!!

http://www.emocutez.com

Wednesday, February 16, 2011

chinese calender for planning

korang!!!
oke..kalini nak story about pregnancy plaks
jangan salah faham okies
saya masih belum "berisi" lagi
just nak share story sikit sikit sebab bole nak dikatakan everyday dekat ofis ni kawan kawan story about anak anak and pregnancy matters

so now.....

hani nak share sikit pasal chinese calender for planning gender ni
jangan terlalu percaya ok!
cuma ini berlaku mungkin secara kebetulan sahaja

ada sebahagian kawan hani cakap benda ni mujarab a.k.a menjadi dekat dia
korang tengok la jadual kat bawah ni
kalau nak planning for baby gender/sex kan
hani nak terangkan pon tak berapa faham sangat
but kata mereka
da 1st time kita 'bersama' suami, tarikh or bulan tu lah kite start bole tengok kalender nih
kot kot la ade sum ppl nak baby boy
so bole tengok, bile waktu sesuai untuk bersama bagi mendapatkan baby boy
itulah yang dikatakan oleh kawan hani
so....selamat mencuba! for u guys and me too!
hakhakhak......

(sila klik untuk tumbesaran yang hebat!)

(sumber : saya google dan save image)






p/s : ramai dah tanya hani bile plak saya nak "berisi" nih, so jawapan saya ialah : Allah murahkan rezeki saya pada part yang lain but untuk zuriat, rezeki itu belum sampai lagi.......kalau ada, hani announce kat uols k!
SAYA BARU BERKAHWIN : 1 BULAN DAN 29 HARI

♥kawan-kawan, tinggalkan link anda supaya saya mudah menjenguk page anda semula♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© Hanidatul's Blog | Templates by : Nurulchumel's Design | All Rights Reserved™