Pages

Showing posts with label got it from email. Show all posts
Showing posts with label got it from email. Show all posts

Thursday, October 4, 2012

shared from facebook

entah kenapa bila baca artikel ni...rasa sebab...huhu..tapi belom sampai tahap menangis la..cuma rasa sebak terharu n sikit sikit nak menangis.......kenape ntah...hurmm....pendek je artikel ni....tapi berkesan dihati


Pada suatu ketika seorang cendekiawan terkenal yang bernama Malik Bin Dinar sedang mnyediakan makanan di rumahnya..Entah bagaimana,seekor kucing datang dan mencuri sepotong daging di atas meja..Malik mengekorinya dengan senyap2.."Ke mana dia hendak membawa daging itu.?" bisik Hati Malik..Kucing itu terus berlari membawa daging itu dengan mulutnya..Malik tetap mengekorinya..Dia melihat kucing itu pergi ke sesuatu tempat . Di situ terdapat lubang kecil di celah batu2 itu.Kucing itu segera menghampiri lubang itu dan mengeluarkan daging dari mulutnya itu..Tiba - tiba Malik melihat seekor ular keluar daripada lubang itu lalu mengambil daging itu lalu memakannya..Malik mengamati ular itu dan didapati ular itu buta . Rupa - rupanya kucing itu membawa daging untuk ular buta yang sedang kelaparan di dalam lubang........MashaAllah......
...Lihat pengorbanan kucing itu....kita..???

Wednesday, June 20, 2012

eh..tak perasan laa.....

harini dah masuk CD13 rupanya..hahaha...seriously hani tak perasan taw......sebab tak amik kisah sangat.. Yelah...hani busy sket lately..dengan kursusnya, dengan nak uruskan memacam hal kami lagi...sampai lupa....

takpelah...cuma yang hani nak ucapkan jutaan terima kasih dekat seorang pengirim email kat hani. Banyak advice die bagi kat hani berkenaan ttc ni. Hani rasa tak perlulah hani revealkan pengirimnya...cuma hani rasa terharu sebab sudi dan sanggup  tulis panjang lebar berkenaan ttc ni.

terima kasih ye kerana prihatin..hehehe....dan segala nasihat tu insyaAllah, hani akan usahakan mengikut rasa hati...tak mengikut orang..heheh..

bak kata beliau....tak payah pikir sangat waktu subur ni, just enjoy 'da game'

hehehe.....terima kasih sangat....tu yang sampai tak teringat rupanya dah CD13 hani...hahaha...game masih belum start lagi.... =p

Friday, April 6, 2012

SUAMI : KETIKA ISTERIMU MENANGIS, GENGGAMLAH ERAT TANGANNYA

Jika isteri menangis dihadapanmu….
“hargai lah ia sblm terlewat…”

Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…
Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..
Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kacuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya.

Wahai suami2,
jika seorang istri pernah menangis karenamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam …
Wahai suami2, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan menyia-nyiakannya. Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu. Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?

Apakah keistimewaan perempuan ini ? ”

Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..

TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..

SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .

PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..

Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..

Dia TERHARU Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. ..

Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya. .

Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..

Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..

TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.

Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI krn 1 hal…

Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…

Sebarkan ini ke SELURUH ISTERI2 yg soleha dan SUAMI2 yang kamu kenal agar mereka tidak lupa bahwa ISTERI mrk

begitu berHARGA… Dan sangat berHARGA.
==================================================

mr. hubby pulak kalau hani nangis, die akan hug !! wheee.....love u so much asben =)

Monday, October 17, 2011

sentap dengan ketabahannya

pagi pagi
tengok blog Anie
then klik satu entry die

ada kisah ni

sangat tabah !!!

terdetik kat hati ni
sesungguhnya rasa amat amat bersyukur
walaupun masih belum dikurniakan zuriat sendiri

alhamdulillah dengan kesihatan ni....kalian....bersyukurlah....
 
 

owhhhh...rasa nak nangis plak baca entry ni........


(terfikir, kalau aku ditempatnya...setabah ni ke aku????)


Friday, September 9, 2011

beza perempuan dan lelaki bila bangun tidur

 hihih.....mungkin betul....(bukan mungkin, tapi MEMANG betul)

 

 






Tuesday, August 23, 2011

Sebab wanita lebih cepat nampak tua

 hani dapat kat email, so paste kat sini...kalau rajin..bacalah yep...untuk tatapan semua :)


Ada segelintir kaum suami mudah mencari
perempuan lain kerana menganggap isteri
mereka sudah tidak cantik, nampak tua,
gemuk.. Tapi tahukan anda semua wahai
kaum suami sebab-sebab yang menjadikan
para wanita khususnya isteri & ibu cepat
nampak tidak menarik di mata anda?
 
1. Tahukah anda, jika kita makan dengan
perlahan dan mengunyah makanan sehingga
benar2 hancur, itu akan membantu proses
penghadaman kita, sekaligus mengelakkan
kita gemuk.. tetapi kasihan kaum ibu ni,
terpaksa makan laju2, telan terus tanpa
sempat dikunyah kerana nak memujuk
anaknya yang menangis. Tapi si suami..
layan jer sambung makan, buat2 xdengar
anaknya menangis. So, wanita pun mudah
jadi gemuk sebab makanan x sempat nak
hadam betul2.
 
2. Wanita juga mudah gemuk kerana sifat
mereka yang tidak suka membazir. Makanan
yang tidak habis dimakan oleh anaknya,
maka dialah yg akan menghabiskannya
pulak. Sayang katanya... takut membazir.
Membazir tukan amalan syaitan. Si suami
pulak dengan riaknya mengatakan "kau ni
kuat betul makan!"
 
3. Bila anak menangis tengah malam nak
minum susu, bapaknya akan tido mati
terus.kalau yang dengar pun buat2 tido
lena sbb malas nak bangun, malas nak
ganggu tido nya.wanita lah yang dalam
semalam, berapa puluh kali terpaksa
bangun membuat susu utk anak.. Bila x
cukup tido, mulalah muka nampak letih
dan cepat nampak tua. Kedut2 pun mula
wujud. Masa tu guna Total Effect ker,
aper ker... xkan nak hilangnya. Petua
utk cantik kan ada dua yang penting,
minum air banyak & TIDUR SECUKUPNYA.
 
4. Dan bagi wanita yang berkerjaya,
sudahlah penat bekerja utk membantu
menambah pendapatan keluarga, bila balik
rumah, semuanya dialah yang kena
uruskan. Dengan perangai anak2, perangai
bapaknya... nak itu, nak ini.. So,
wanita pun membebel, marah2... dan bila
marah2, banyak leter, so cepatlah jadi tua..
 
Kesimpulannya. ..wanita cepat tua &
cepat gemuk adalah disebabkan LELAKI
atau lebih tepat lagi SUAMI.. Oleh itu,
hargailah segala pengorbanan isteri
anda. Mungkin sekiranya sehari sahaja
isteri anda tiada, dan anda perlu
memikul tanggungjawab dia sementara,
anda mungkin tidak mampu melakukan
seperti dia..

Thursday, August 4, 2011

hari yang patut memotong kuku anda

barang siapa yang mengerat kukunya pada:

Hari Sabtu: keluar dari tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit
Hari Ahad: Keluar kekayaan masuk kemiskinan
Hari Isnin: keluar daripadanya gila dan masuk sihat
Hari selasa: keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
Hari Rabu: keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan
Hari Khamis: keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit
Hari Jumaat: keluar daripadanya dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala


jadi, kerat kuku bukan sebarang kerat tapi ada kaedahnya. walaupun hanya kuku tapi adalah sebahagian daripada badan kita yang perlu kita hormati. misalnya kerat kuku ada adabnya selain mengikut hari, kita juga perlu buang kuku itu pada tempat yang tidak kotor, sebagaimana yang diajar..seeloknya kita membuang ke tanah kerana kita juga berunsur tanah. bukannya tong sampah sekali pun tong sampah itu bersih


sumber:
Mufakkiratul Mukmin 2009

Wednesday, June 22, 2011

gangguan bekalan air

kengkawan
rumah korang ada air tak????
ekceli hani baru dapat taw semalam yang gangguan bekalan air akan berlaku
tapi semalam
kawan hani ada bagitaw
beberapa kawasan sekitar lembah kelang akan berlaku
dalam maklumat yang diperolehi
kebanyakkan disekitar damansara dan petaling jaya


tapikan


ekceli hani tak sure lembah klang tu meliputi kawasan mane sebab yang hani taw petaling jaya adalah kawasan lembah kelang

tapi area Keramat n Hulu Klang tu termasuk dalam lembah klang punya area ke ek??
hani cari tadi
ni yang hani dapat

Lokasi

Lembah Klang terletak di tengah-tengah negeri Selangor dan Kuala Lumpur. Air Sungai Kelang mengalir ke Selat Melaka di sebelah barat.
Lembah Klang mempunyai lebih dari 3 juta orang penduduk, dan merupakan pusat industri dan perdagangan di Malaysia.
Antara bandar utama yang terdapat di sini ialah Kuala Lumpur, Shah Alam, Petaling Jaya, Subang Jaya, Puchong, Klang, Pelabuhan Klang, Subang, Ampang, Gombak, Selayang, Cheras dan banyak lagi.


Hulu Klang tak termasuk kan???
mintak2 la rumah hani ade air sebab tak tadah ape pon lagi
aiyooooooo


tapi ade kawan cakap, seluruh Kuala Lumpur

hurmm................................

====================================================
selang beberapa minit kemudian.....





ok ni yang hani dapat info kat fesbuk



NOTIS MAKLUMAN : GANGGUAN BEKALAN AIR SEMENTARA DI BEBERAPA WILAYAH SYABAS AKIBAT KERJA-KERJA PENYENGGARAAN DAN MENAIKTARAF  LOJI RAWATAN AIR SUNGAI SELANGOR FASA 1 (SSP1) OLEH SYARIKAT PENGELUAR AIR SUNGAI SELANGOR SDN BHD (SPLASH) SERTA KERJA-KERJA MENAIKTARAF SISTEM BEKALAN AIR OLEH KONTRAKTOR SYABAS .

Kuala Lumpur – Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) ingin memaklumkan terdapat beberapa kawasan di Wilayah Kuala Lumpur, Petaling, Gombak dan Hulu Selangor akan mengalami gangguan bekalan air sementara akibat kerja-kerja penyenggaraan Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1) oleh Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (SPLASH) serta kerja-kerja menaiktaraf sistem bekalan air oleh kontraktor SYABAS.

Berikut merupakan tarikh pelaksanaan kerja yang akan dijalankan mengikut jadual:

1.         TARIKH/MASA GANGGUAN
8.00 pagi, 22 Jun 2011 (Rabu) hingga 8.00 pagi, 24 Jun 2011 (Jumaat)
SEBAB-SEBAB GANGGUAN
Hentitugas Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1) bagi Kerja-kerja Penggantian Injap ’Sluice Valve’ DN 1350 Pam No. 8 di Rumah Pam Air Bersih dan Pencucian Kolam Imbangan ’Compartment B’.

KAWASAN-KAWASAN TERLIBAT

Wilayah Kuala Lumpur
Keseluruhan kawasan Bukit Kiara; Kelab Diraja Selangor; Bukit Kiara Resort; Pusat Sukan Bukit Kiara; Pusat Sains Negara; Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN); Suruhanjaya Sekuriti; Bahagian Teknologi Pendidikan; Pusat Konvensyen Sime Darby; Jalan Segambir; Jalan Belimbing; Jalan Setiabistari; Jalan Setiamurni 1 hingga 12; Jalan Setiabudi; Jalan Setiarasa; jalan Setiaraya; Jalan Setiajaya; Jalan Medan Setia; Jalan Setiabakti; Jalan Setiakasih; Plaza Damansara; Taman Seri Beringin.

Wilayah Hulu Selangor
Kampung Serai, Kuang; Kampung Kuang, Kuang; Kampung Cempedak, Kuang; Kampung Gombak, Kuang; Kampung Baru, Kundang; Kampung Melayu Sri, Kundang; Kampung Permata, Kundang; Taman Desa, Kundang; Bandar Baru Kundang, Kundang; Kundang Jaya, Kundang; Taman Rahmat Jaya, Kundang; Kawasan Industri Kundang; seluruh Bandar Tasik Puteri.

Wilayah Gombak
Bandar Sri Damansara; Kepong Industrial Park; Kawasan Industri Tago; Sunway SPK; Wangsa Permai; Desa Park City; Taman Bukit Maluri; Manjalara Kepong; Desa Aman Puri; Medan Putra.


 Wilayah Petaling

Taman Bukit Mayang Mas, PJU 1; Kampung Cempaka, PJU1; Dataran Prima; PJU 1; Taman Aman Sari, PJU 1; Taman Bukit Emas, PJU 1; Taman Megah Mas, PJU 1; Ara Damansara; Taman Sunway Mas; Eastin Hotel; Phileo Damansara; Universiti Malaya; Pusat Perubatan Universiti Malaya; Seksyen 17, Seksyen 17A, Seksyen 19 – 22; SS1 hingga SS9 Kelana Jaya; SS 20 hingga SS 26 Damansara; Subang Airport (MAS Kargo, MAS Catering, APAC); keseluruhan Kota Damansara; Kampung Baru Sungai Buloh; Mah Sing; Pinggiran Subang; Subang Bestari; Kampung Sungai Kayu Ara (Jalan Kekwa dan Jalan Dahlia), Damansara; Damansara Idaman (PJU 1A), Damansara; Damansara Lagenda (PJU 1A), Damansara; Damansara Indah (PJU 3), Damansara; Tropicana Golf & Country Resort (PJU 3), Damansara; Tropicana Indah (PJU 3), Damansara; Pelangi Damansara, Damansara; keseluruhan kawasan Bandar Utama (PJU 6), Petaling Jaya; keseluruhan Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh; keseluruhan Perindustrian Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh; Taman Seri Putra, Sungai Buloh; Taman Impian Indah, Sungai Buloh; Taman Matang Jaya, Sungai Buloh; Saujana Akasia, Sungai Buloh; Kampung Matang Pagar, Sungai Buloh; Seksyen 11, 12, 13, 14 dan 16; Seksyen 51A; Kampung Sungai Penchala/ Bukit Lanjan; keseluruhan TTDI; Mutiara Damansara (PJU 7); Damansara Perdana (PJU 8); Flora Damansara (PJU 8).

2.         TARIKH/MASA GANGGUAN
27 Jun 2011 (Isnin) 10.00 malam hingga 4.00 pagi keesokan harinya 28 Jun 2011 (Selasa).
SEBAB-SEBAB GANGGUAN
Kerja-kerja Pemasangan Paip ’Interconnection’ Sepanjang 24 Meter Bersama Sambungan ke Paip Sedia Ada di Meter Point 2, Kampung Tengah, Batu 6 ½, Jalan Gombak.

KAWASAN-KAWASAN TERLIBAT

Wilayah Gombak
Kampung Kerdas dan Kampung Tengah, Gombak.

Para pengguna dinasihatkan agar menyimpan bekalan air secukupnya serta menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan tersebut. Pihak SYABAS berharap pengguna yang terlibat dengan gangguan sementara akan bersabar dan sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan lanjut; sila hubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) menerusi talian bebas tol 1-800-88-5252 atau SMS; dengan menaip PUSPEL, dan hantar ke 39222.Informasi ini juga boleh diperolehi dari laman web SYABAS di www.syabas.com.my; www.twitter.com/puspel dan ’facebook’ dengan menaip ‘puspel’ atau ‘puspel syabas’.

Thursday, June 9, 2011

tengok video nih


how sweet
surprise propose
umanggaiiii...........


p/s : kau pun bertuah hani !!!!!!!!

p/s/s:entah nape xleh paste u tube kat siniiiiiiiii

15 anugerah Allah pada wanita

hani dapat kat sini
tu pun men terjah terjah blog orang
kalau dah baca, harap ini sebagai peringatan untuk hani
sebab hani ni malas buat kerja rumah
sampai la dah kawen nih
betullllllllllll...........

kalau bab lipat baju tu, memang susah sikit
kekadang bertimbun baru nak buat
bukan membuka keburukan diri sendiri
cuma bila dah baca artikel nih

hani tersedar, hani banyak buat kesilapan dalam rumahtangga yang sepatutnya hani tanamkan sifat kerajinan dalam diri

no malas malas !!! 

semoga ia menjadi teladan untuk semua jugak
terutama HANI !!!!

berbanggalah dengan dirimu sebagai wanita :)


 
السَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللهِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡ُ


1. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis tersebut. lalu Baginda bertanya, “Adakah kamu menyembahyangkan mayat?” Jawab mereka,”Tidak” Sabda Baginda “Seeloknya kamu sekalian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat kaum orang lelaki.

2. Wanita yang memerah susu binatang dengan ‘Bismillah’ akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

3. Wanita yang menguli tepung gandum dengan ‘Bismillah’, Allah akan berkatkan rezekinya.

4. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah.

5. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka, jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi.”

6. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utas benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat.”

7. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari akhirat.”

8. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatit baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian.”

9. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya.”

10. Sabda Nabi s.a.w. : “Ya Fatimah setiap wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum kepadanya dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shiratul Mustaqim.”

11. Jika suami mengajarkan atau menerangkan kepada isterinya satu masalah agama atau dunia dia akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

12. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga dan menunggu kedatangan suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

13. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.

14. Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).

15. Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggembirakan kamu, jika engkau memerintahnya ia mentaati perintah tersebut dan jika engkau bermusafir dia menjaga harta engkau dan dirinya. Maksud hadis: Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.

Thursday, May 12, 2011

berhati hati melawat orang meninggal


salam guys
harini hani nak share sikit pasal story yang hani dah baca kat fesbuk tadi
hani paste kan kat sini untuk kita semua berhati hati lepas ni yek
terutama untuk yang ada anak anak kecil tuh


*************************************************
 
Ni aku dapat dari email. Ada orang email aku, aku rasa aku patut share. Nak forwardkan email tu balik, tak larat ramai sangat. So, bacalah ni. Sama-sama kita ingat-mengingatkan.    Walaupun kita digalakkan menziarahi jenazah, namun berhati-hatilah. Org tua-tua used to say bila balik from melawat org meninggal, terus ke bilik air, cuci muka, rehat sebentar baru tegur anak2 dirumah.  Teringat saya pada tragedi yang menimpa bayi perempuan saya, ketika itu masih berusia 7 bulan. Memang tidak bermaya, tidak tidur, tidak menangis, tidak ketawa, tidak makan dan tidak pula menyusu. Hati ibu mana yang mampu menahan bila keadaan anak begitu. Saya bersama suami sering lakukan solat hajat untuk meminta Allah lindungi dan pelihara kesihatan dan kesejahteraan kami sekeluarga.  Masa berlalu sehinggalah rumah ibu di datangi seorang lelaki yang agak berusia lewat 50an dan memperkenalkan dirinya sebagai Cik Man, seingat saya waktu itu hari raya Aidil Adha. Sesungguhnya kami sekeluarga memang tidak mengenali dan tidak pernah pula berkenalan dengan lelaki tersebut. Cik Man tu kata selepas beliau selesai solat Asar tak tahu pulak gerakan hati untuk kerumah itu (rumah ibu).  Beliau terus saja menjengah ke buaian anak saya sambil mengucap panjang. Beliau terduduk sambil memadang wajah seorang demi seorang. Beliau kata di dalam buaian itu bukannya anak saya tetapi wajah perempuan tua yang hampir kecut. Ya Allah! Waktu itu rasanya kaki saya tidak mencecah ke bumi, terasa terlerai segala sendi yang ada. Cik Man tu menawarkan diri untuk mengubat bayi saya selama tiga hari(itu pun dengan izin dari Allah... katanya) . Dia meminta saya mendapatkan air lebihan mandian jenazah (air yang masih ada di dalam getah) dengan syarat yang meninggal mestilah seorang lelaki (sebab yang menumpang pada bayi saya adalah mayat perempuan tua bukannya seorang tetapi tujuh orang, benda tu menghuni di setiap sendi bayi perempuan saya) jika saya terlewat bayi saya mungkin turut meninggal.  Sampai ketahap saya berdoa agar adalah makhluk Allah yang meninggal pd hari itu. Hampir tiga jam saya bersama suami bertanya ke sana-sini, mencari rumah orang yang ada kematian. Dgn izin Allah saya terjumpa petang itu, alhamdulilah.   Petang itu Cik Man ke masjid dan dia hanya berpesan agar bayi saya yang sekecil itu dimandikan menghadap ke kiblat berserta sepotong doa yang diberikan. Suami saya terus memandikan bayi perempuan saya seperti yang disarankan oleh Cik Man tadi. Selepas dimandikan separuh badan bayi saya (dari pinggang kebawah) bertukar menjadi lebam. Rupa-rupanya kamitersilap kerana mana ada jenazah perempuan orang lelaki yang mandikan. Sekali lagi hati saya tidak keruan, mencari hingga ke malam.  Keesokkannya pagi-pagi lagi saya telah ke rumah mayat HSA menanti kalau-kalau ada orang yang meninggal ketika itu. Allah maha penyayang dan akhirnya saya bertemu dengan kawan lama yang kebetulan kematian datuk. Saya meminta izin dari neneknya untuk meminta sedikit air lebihan mandian untuk membuat ubat anak saya. Saya menceritakan dengan linangan air mata, tersentuh hati saya bila nama bayi perempuan saya di sebut. Bila air itu sudah diperolehi terus saja saya serahkan kepada Cik Man (tak mahu ada sebarang kesilapan lagi). Cik Man meminta saya memandikan bayi saya tu tapi saya tidak boleh kerana kedatangan haid, terpaksa ibu yang mengambil alih tempat saya. Cik Man berpesan apa jua yang berlaku pada malam itu beliau meminta kami semua bersabar dan ingatkan Allah banyak-banyak.  Pintu dan tingkap diminta dibuka seluas-luasnya. Cik Man meminta ibu tanakkan sepiring pulut kuning. Benar seperti apa yang Cik Man katakan. Malam itu adalah malam pertama saya mendengar tangisan bayi saya, tangisan yang saya rindu selama beberapa bulan yang lalu. Bayi saya meronta-ronta dan dengan sepontan terasa seperti ada imbasan angin yang keluar terus menuju ke pintu dapur rumah ibu. Dalam masa yang sama terdengar suara ibu memekik dari dapur (seperti suara orang terperanjatkan sesuatu) tutup pengukus pulut itu dipenuhi cecacing dan ulat yang berwarna hitam. Adik lelaki saya mengucap dan terus membuang ulat-ulat itu ke longkang.  Bila kesemuanya telah selesai, Cik Man memberitahu tahu kepada saya,suami dan keluarga yang ada. Ada seorang daripada ahli keluarga yang menziarah orang meninggal dalam kemalangan, kemudian balik dari ziarah terus menegur bayi saya tu. Cik Man cakap itu badi mayat. Kebetulan waktu itu bapa saudara saya pula sampai ke rumah untuk bertanyakan khabar bayi saya. Rupa-rupanya orang yang Cik Man maksudkan itu adalah bapa saudara saya, dia pun akui dan tak sangka perkara itu terjadi kpd bayi saya.  Cik Man menawarkan diri sekali lagi untuk merawat bayi saya sehingga berusia setahun. Saya pernah sekali ke rumahnya dan membawa serba sedikit keperluan dapur untuk dia dan isterinya. Gembira dan bersyukur kerana bayi saya sudah pandai bertatih.  Setelah segala kesulitan terurai saya bercadang untuk menziarah Cik Man sambil membawa sedikit sedekah dan tanda terima kasih. Saya dan mencari alamat rumah spt yang diberikan oleh Cik Man. Apabila saya sampai ke alamat itu saya lihat disitu cuma ada sebuah rumah tinggal yang papannya sudah pun berlumut. Saya bertanya dengan kedai mamak yang berhampiran, tempat saya membeli keperluan dapur waktu pertama kali saya bertandang kerumah Cik Man. Mamak tu kata rumah tu dah bertahun-tahun kosong, tuan rumah tu tak ada waris.  Saya dan suami berpandangan sesama sendiri. Barang yang telah terniat untuk Cik Man saya sedekahkan ke surau yang berhampiran.  Benar kata Ura,apa yang berlaku elok dijadikan pengajaran dan iktibar.  

Wednesday, April 13, 2011

petua untuk bakal pengantin

selamat pagi semua
harini nak share sikit petua petua untuk semua bakal bakal pengantin yek
dan petua petua ni hani dapat kat salah sorang tuan empunya fesbuk
 
kepada yang empunya petua, hani mintak maaf kalau perkara ini menjadi satu kesalahan pada hani untuk menyebarkan petua ini.
 
so untuk semua pembaca, jum kite same sama share info dan praktik kan sekali
kot kot nak naik seri kan...tak semestinya pengantin je bole buat
orang dah kawen pon boleh jugak asalkan jangan 'memudaratkan' diri sudah la yek
 
 BUNGA MAWAR - Naikkan Seri Muka

Untuk menaikkan seri muka, bakal pengantin boleh mengamalkan petua memakan kelopak bunga mawar selama 44 hari sebelum tarikh perkahwinan. Dahulukan dengan bacaan selawat ke atas nabi, Fatihah dan ayat Nabi Yusof sebelum memakannya.
 
 
TIMUN - Hilangkan Lebam Bawah Mata


Lekapkan mata dengan hirisan timun selama setengah (1/2) jam. Petua ini juga dapat menghilangkan lebam pada bawah mata serta menghilangkan rasa lesu dan letih. Ia juga berguna untuk menegangkan otot mata.


LOBAK MERAH - Hilangkan Parut


Lobak merah yang kaya dengan serabut dan vitamin E berfaedah bagi menghilangkan parut dan menaikkan seri muka. Ia turut sesuai untuk meningkatkan kelembapan pada kulit kering. Parutkan lobak dan ratakan pada wajah seperti mask. Biarkan untuk setengah jam.


AVOCADO - Masalah Kulit Berminyak


Bagi masalah kulit berminyak dan kandungan zat lemak berlebihan pada pipi serta wajah, anda boleh mencuba buah Avocado yang ditempek isinya pada seluruh wajah. Rawatan ini mampu menghalangnya.
 
 
LIMAU PURUT - Hitamkan Rambut & Hilangkan Kelemumur


Bagi menghitamkan rambut dan menghilangkan kelemumur, sapukan hirisan limau purut pada rambut di kepala. Limau purut juga juga dapat mencantikkan kuku dengan menyapukan jusnya pada kuku.


TOMATO - Masalah Kulit Kurang Bermaya


Bagi masalah kulit kurang bermaya, gunakan tomato yang telah diasingkan bahagian dalamnya. Sapukan lendir dan biji di dalamnya pada seluruh wajah, lalu dibiarkan sehingga kering sebelum dibilas.


KELAPA MUDA - Mengelakkan Muka Sembap


Untuk mengelakkan muka sembap dan menjadikan wajah berseri, kelapa muda boleh digunakan. Air kelapa muda 1/2 gelas kacau dengan sebiji telur ayam kampung dan minum pada waktu tengahari. Amalkan 3 hingga 5 kali seminggu.
 
 
TELUR (kuning telur) - Masalah Kulit Berkedut

 
Bagi anda yang mempunyai masalah kulit berkedut atau geleber, bolehlah cuba petua ini. Campurkan 1 biji kuning telur dengan 1 camca teh minyak bijan. Sapu pada wajah, biarkan kering dan bilas bersih.


ULAM - Awet Muda

 
 
Jika anda inginkan muda, sering tersenyum adalah salah satu petuanya. Selain daripada itu, cubalah ikut petua berikutnya :-

* Kisar beberapa jambul nanas dan rebus dengan air selama setengah jam. Anggarkan air rebusan tinggal satu cawan. Setelah sejuk barulah diminum. Amalkan meminumnya seminggu sekali. Wanita hamil dilarang mengamalkan cara ini.
* Amalkan makan sayuran jenis daun dan ulam-ulam untuk awet muda.
 
 
 LIDAH BUAYA (Aloe Vera) - Melentikkan Bulu Mata

 
 Mata adalah salah satu daya penarik bagi seseorang. Untuk memiliki mata yang cantik, di sini ada satu cara yang boleh diamalkan :-

* Ambil daun lidah buaya. Sapukan lendirnya pada bulu mata sebelum tidur. Lakukannya berterusan.
 
 
BUAH KERAS - Melebatkan Bulu Kening

 
Bakar dua biji buah keras hingga hitam. Kemudian tumbuk hingga halus. Sapukan pada kening setiap hari sebelum tidur. Keesokkannya bersihkan dengan air. Kening akan nampak lebih lebat dan menarik.
 

ARANG KAYU - Melebatkan Rambut


 
1. Setelah selesai makan, basuh tangan hingga bersih. Tangan yang masih basah itu, lapkan pada rambut dengan berselawat tiga kali.
2. Ambil arang dari pokok getah, keringkan beberapa hari dan tumbuk hingga lumat. Lumurkan ramuan ini pada rambut dan dicuci. Lakukan setiap hari.


SANTAN - Meluruskan Rambut


 
Ambil santan perahan pertama dari sebiji kelapa tua. Kemudian masukkan sebiji air perahan limau nipis ke dalam santan tersebut. Sapukan sekali sehari. Setelah itu cuci rambut dengan air sejuk. Amalkan selama seminggu.
Mengempiskan Perut


 
1. Jika anda makan nasi jangan disulami dengan air. Ini untuk mengelakkan perut buncit. Sebaiknya minum air dua atau tiga jam selepas makan.
2. Selepas bersalin, sesetengah wanita mengalami masalah perut buncit. Cara untuk memulihkannya kembali ialah :

* Campurkan sedikit kapur makan, lima helai daun sirih, beberapa titik minyak kayu putih dan satu sudu besar air limau nipis.
* Sapukan ramuan ini pada perut dan pakailah bengkung. Lakukan sehingga nampak perubahannya.

3. Tanak kelapa hingga menjadi minyak. Setelah sejuk, sapukan pada perut. Biarkan selama 10 minit. Lakukan setiap hari sehingga menampakkan hasilnya.
4. Didihkan jadam dengan sedikit air asam jawa sehingga pekat. Apabila suam, lumurkan pada perut sebelum memakai bengkung.
5. Bancuh sedikit asam jawa, segelas air panas dan garam. Embunkannya semalaman. Keesokkan paginya minum air tersebut sebelum membasuh muka.


BUAH MENGKUDU - Elakkan Kaki Bersisik


 
1. Gosok buah mengkudu pada kaki yang bersisik. Biarkan selama 15 minit. Kemudian baru dibersihkan. Selain daripada kaki bersisik, petua ini boleh juga dilakukan pada jari kaki yang luka.
2. Campurkan segenggam hampas kelapa dengan sedikit asam jawa. Gosok berulang kali di bahagian kaki yang bersisik. Amalkan selalu.
3. Setiap hari sapukan sedikit minyak kelapa yang belum digunakan pada kaki yang bersisik.


Tumit Kaki Pecah


 
Pelbagai petua boleh diamalkan untuk menyembuhkan tumit kaki yang pecah. Antaranya ialah :-

1. Rendamkan kaki dalam air suam beberapa minit. Kemudian gosokkan batu asah pisau pada tumit yang pecah tadi. Lakukan sehingga berlaku perubahan.
2. Ambil getah betik yang masih muda. Sapukan pada tumit yang pecah dan biarkan kering. Selain getah betik, ubat gigi juga boleh digunakan.
3. Campurkan sedikit air perahan limau nipis dengan bawang putih yang telah dihancurkan. Sapukan pada tumit kaki yang pecah. Lakukan secara berterusan sehingga sembuh.
4. Geselkan kaki anda di rumput yang masih berembun pada waktu pagi. Lakukan tiap-tiap hari sehingga anda merasakan perubahannya.
5. Bawang merah dibelah dua. Sapukan pada tumit kaki yang pecah sehingga kering. Ulangi setiap hari sehingga sembuh.
6. Hancurkan gambir dan campurkan dengan air. Sapukan campuran ini pada tumit yang pecah.
7. Sapukan minyak lebihan mengoreng ikan pada tumit yang pecah.


BAWANG PUTIH - Mengilatkan Kuku Kaki


 
Buang kulit bawang putih dan potong dua, Gosokkan pada kuku kaki sekerap yang mungkin sehingga kelihatan berkilat. Ulangilah selalu sehingga anda benar-benar berpuas hati.



ok, sekianlah beberapa petua yang dapat diberikan..ekceli banyak lagi
korang google la ek..
selamat menjadi pengantin pada sesiapa yang bakal berkahwin :)

Tuesday, April 12, 2011

Makhluk-Makhluk Yang Kita Telan Secara Tak Sedar

selamat petang kengkawan
harini hani tak berape nak update sangat story sebab dalam mood untuk blogwalking sahaja
so hani tepekkan beberapa info yang hani dapat melalui emel pejabat hani
selamat membaca!


_____________________________________________
Makhluk-Makhluk Yang Kita Telan Secara Tak Sedar

Disebabkan ukurannya yang teramat kecil dan susah untuk dilihat dengan mata kasar, secara tak sedar kita telah tersedut makhluk-makhluk ini melalui udara dan debu, bahkan turut ditelan bersama makanan dan minuman yang ada.  
Kalau saja kita dapat melihat wajah, rupa dan bentuk makhluk-makhluk ini, pastinya kita tak sanggup untuk menelan mereka. Saya beritahu anda, wajah mereka sangat menggerunkan!



http://ruanghati.com/wp-content/uploads/2010/08/kutu.jpg



Ini merupakan gambar dari bakteria/kutu debu yang biasa hidup di sofa dan tilam tempat tidur kita. Kalau anda tidak berasa gerun, anda bukan manusia normal
 



http://ruanghati.com/wp-content/uploads/2010/08/kutu2.jpg



Ini merupakan imej bakteria yang biasa hidup di bulu kucing dan anjing peliharaan. Ini adalah hasil karya pemenang pertandingan fotografi sains, iaitu Steve Gschmeissner, 61 tahun, yang mengabadikan mahluk-mahluk mengerikan ini dengan kamera yang dilengkapi dengan Microscope zoom yang mampu memperbesar ukuran sehingga beratus-ratus kali.



http://ruanghati.com/wp-content/uploads/2010/08/kutu5.jpg



Ini pula adalah imej bakteria yang biasa hidup di roti yang tidak dibungkus dengan kemas. Bayangkan saja, dalam sekeping roti Gardenia atau roti Hi-5 yang anda makan, terdapat beratus malah beribu-ribu bakteria ini. Justeru, pastikan anda membungkus roti anda dengan kemas.



http://ruanghati.com/wp-content/uploads/2010/08/kutu4.jpg



Imej di atas adalah imej larva lalat hijau yang diperbesar sehingga 100 kali ( 100x zoom). Nampak macam makhluk asing yang sangat tak kiut kan?



http://ruanghati.com/wp-content/uploads/2010/08/kutu3.jpg



Gambar ini pula hanyalah gambar lalat hitam yang selalu berterbangan dalam rumah anda. Bengiskan wajah dia ni?

Friday, February 11, 2011

BAHLOL??

KAWAN-KAWAN

yang ni hani dapat melalui emel yang kawan sent

selamat membaca!

 

 Dalam bahasa melayu bahlol merujuk kepada bodoh atau tolol. tahukah kengkawan siapakah bahlol yg sebenarnya?? Bahlol ialah nama seorang ulama yang hidup pada zaman pemerintahan Khalifah Harun Ar Rashid. Hebatnya Bahlol (Nama sebenarnya ialah Bahlol Dana r.a) ni sampaikan Imam Abu Hanifah (pengasas Mazhab Hanafi) pun mengiktiraf beliau sebagai gurunya. Ada pengkaji mengatakan Bahlol ini ialah saudara lelaki (tak tahu lah tiri atau kandung) dan penasihat kepada Khalifah sendiri. Bahlol dikenali sebagai Madjzub iaitu golongan yang menyembunyikan kepintaran mereka dengan perbuatan2 yg tak masuk akal. Sesetengah orang sahaja yang mampu kenal siapa madjzub ni kisah Bahlol..

kisah 1:

masa zaman Bahlol tu, berlaku satu kemarau yg sangat dahsyat. Kira2 ganda2 la panas dari kita yg duk Malaysia hari ni. Habis khalifah suruh para ulama solat minta hujan. Turunlah ulamak, solat beramai-ramai... tapi tak ada hujan yang turun pun. Pening weh khalifah masa tu. Dipanggil la menteri dia mengadap.
"Hah, habis ulamak dah kita suruh solat mintak hujan ni. Tak setitik pun turun. Apa yg perlu kita buat lagi?"
"Tuanku, ada sorang lagi yang kita tak panggil"
"Siapa?"
"Bahlol!"
"Bahlol? Perintah dia buat solat mintak hujan!"
Bahlol pun pergi la ke masjid. Masa tu ramai dah yg ikut berkumpul. Ya la, nak solat mintak hujan kan. Tak best la kalau sembahyang sorang2 ni.
Tiba-tiba, Bahlol naik atas mimbar, ditunjukkan jarinya ke langit dan dia mintak "Ya Allah, turunkan lah hujan". Tak ada solat apa pun.
Hujan tiba2 turun dengan lebat... Cepat sungguh Allah jawab permintaan wali-Nya.
Kisah 2:
Satu kisah yang menarik ialah, ketika Harun Ar Rashid jalan2 dgn isterinya, Zubaidah, mereka ternampak Bahlol tgh buat rumah dari tanah liat.
Zubaidah ni pun tanya,
“Buat apa tu Bahlol?”
“Buat rumah! Rumah ni untuk syurga!”
“Nak beli boleh?”
“Baiklah.. saya jual dgn 10 dinar”.

Zubaidah pun memberi 10 dinar kpd Bahlol. Lantas Bahlol terus buang duit tu dalam sungai.
“Haa.. balik lah, kau dah ada rumah dah kat syurga Zubaidah”.
Gelak-gelak Harun masa tu.. dia berkata kpd isterinya “Sayang dah kena main dah ngan Bahlol tu”.
Malam tu, Harun Ar Rashid mimpi, dia mimpi masuk syurga. Di hadapan dia masa tu ada sebuah istana, yg tertera nama Zubaidah. Harun pun cuba masuk, tapi dihalang oleh malaikat.
“Eh apsal halang2 ni? Ni rumah isteri ku!”
Malaikat menjawab “engkau hanya boleh masuk rumah isteri kau di dunia.. bukan di syurga!”

Harun Ar Rashid terjaga dr tidur dgn berpeluh2. Dikejutkannya isterinya dan pagi itu juga, mereka mencari Bahlol. Jumpa la Bahlol tepi sungai, tengah buat rumah tanah liat.
“Bahlol, aku datang nak beli rumah ni”
“Boleh!” jawab Bahlol
“Berapa harga?” tanya Harun Ar Rashid
“10,000 dinar!”
“Kenapa harganya naik sehingga 10,000?”
“Kerana semalam isteri kau ‘membeli tanpa melihat'!"

Apakah maksud tersirat Bahlol bila dia kata Zubaidah ‘membeli tanpa melihat’ sampaikan Zubaidah dapat harga murah?

sumber: http://www.tranungkite.net/
*adakah berdosa kita apabila memperbodohkan nama seorang ulama??

Tuesday, February 8, 2011

RUMITNYA MEMAHAMI HATI NURANI SEORANG WANITA..

 got it from my email......enjoy k!


> > Laki talipon,
> > Yang oii... Abang kat kedai mamak ni... Awak nak pesan apa-apa?
> >
> > Bini jawab,
> > Takmau bang, bini awak diet...
> >
> > Laki pon balik umah, goyang tangan tak beli apa-apa...
> > Sampai umah, tengok bini tarik muka moncong mcm cencorot
> > Siap majuk-majuk... Lari tido bilik sebelah....

> >
> >
> > Bila laki query balik,
> > Kan tadi awak yang takmau pesan apa-apa yang oiii....
> >
> >
> > Bini jawab,
> > Memangla orang kata takmau apa-apa...
> > Tapi belikan jerla apa-apa....
> > Kalau abang beli apa-apa kita makan jerrr....
> >
> > Eh, bini akuni... Yang mana satu nih?
> > -----------------------------------------------------------------
> >
> >
> > Laki talipon bini,
> > Petangni awak nak masak apa Yang?
> >
> >
> > Bini jawab,
> > Alaaahhh.... Hari-hari kena masak, penatlah bang!
> > Balik keja ni Abang makan siap-siaplah
> >
> >
> > Laki pon, balik keje.. Singgah kedai mamak
> > Tibai nasik beriyani kari kamben baekk punya.
> > Sampai umah, sendawa bau kamben...
> > Tiba-tiba... Bini jerit panggil suh makan!
> > Bang, bini awak masak sambal tumis petai, sama sup ayam,
> > Sama telur bistik, sama ayam goreng kunyit. Jom makan!!
> >
> > Si laki terkulat-kulat pandang makanan penuh satu meja,
> > Sedangkan perut dia dah senak, penuh dengan kamben!
> > Merajuk lagiiii... Tido bilik sebelah lagi.....!!
> > Yang, awak ni ada kecelaruan mental ke halusinasi nih?
> >
> > ----------------------------------------------------------------
> >
> > Abangni, kalo dok umah asek sepah umah jerlah!
> > Bini abang penat tau nak kemas umah semedang
> > Awat abang tak kuar pi mancing ker... Pi main bola ke...
> > Pegilah! Pegilah! Saya nak rilek-rilek dgn budak-budak nih
> >
> > Si laki punyala seronok weeiii....
> > Dan-dan bangun pi tukar baju, capai talipon, capai kunci keta...
> >
> > Bila dah siap, kuar bilik...
> > Tengok hanak bini dah siap-siap pakai baju lawa...
> > Bangggg, bini awak sama hanak-hanak ikut awak eh?
> >
> > ----------------------------------------------------------------
> > Bang, ujung mingguni balik kampung nak?
> >
> > Abang keja lah yang....
> >
> > Abang hantar bini abang dgn hanak-hanak dah la bang,
> > Pastu abang balik la KL balik
> >
> >
> > Lepas dah hantar hanak bini balik Parit Buntaq,
> > Esoknya, laki pon start keta... Nak balik KL.
> >
> >
> > Baru sampai Taiping, talipon berbunyi... Bini dia talipon.
> > Abang bila nak balik ambik kitorang bang?
> >
> >
> > ----------------------------------------------------------------
> > Abang ni asyik tengok tibi jer dari semalam tau
> > Abang tak kesian bini abang ker...
> > Dah kelupas-kelupas kulit jari tau.. Asik basuh kain jer
> > Abang tulungla lipat banjaran Himalaya dalam bilik rahsia tu bang...
> >
> > Laki pon, dengan muka rebel.... Masuk bilik rahsia... Lipat kain
> >
> > Sekali, bini masuk bilik nak usha line... Tetiba jer kena petir
plak..
> > Apa awak lipat kain mcm ni banggg?
> > Kenapa sudut kanan tak align dgn sudut kiri nih?
> > Kenapa kolar baju ni awak lipat ke dalam?
> > kenapa spender ni awak lipat tiga?
> > kenapa? kenapa? kenapa?
> >
> > ---------------------------------------------------------------
> > Nah hambik anak ni bang... pakaikan pampers, pakaikan baju...
> > bini abang nak mandikan hanak yang sorang lagi....
> >
> > Nak bagi pakai baju mana ni Yang...? <--- laki tanya
> > Alah abangni... kan baju anak ada 8 bakul tu...
> > pakaikan jerlah baju mana-mana pon...
> > bukan ada org nk tengok ponnn...
> >
> > Bila bini tengok, anak dah siap pakai baju....
> > Apa pesen baju abang bagi budak ni pakai bangggg!
> > Apsal seluar kunin, tapi baju kaler merah?
> > kalau orang tengok, nanti orang ingat anak kita sami ha...
> >
> > ----------------------------------------------------------
> >
> > Kesian lelaki... otak lurus sgt... xleh bengkang bengkok sket.
HAHAHAHA

♥kawan-kawan, tinggalkan link anda supaya saya mudah menjenguk page anda semula♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© Hanidatul's Blog | Templates by : Nurulchumel's Design | All Rights Reserved™