Pages

Showing posts with label relationship. Show all posts
Showing posts with label relationship. Show all posts

Wednesday, December 7, 2011

Friday, October 14, 2011

bad mood

rasa bertuah mempunyai suami yang sangat memahami



mode : sebak nak banjir dah nih

Thursday, August 18, 2011

married for 8 months

Alhamdulillah

usia perkahwinan kami sudah mencecah 8 bulan

walaupun ada yang berkata "kalian masih baru"

ye...kami akui

masih baru dalam urusan rumahtangga

tapi, walaupun sebaru ini, berbagai-bagai cubaan dan dugaan  yang telah kami tempuh

dan ye......masih ramai lagi menghadapi dugaan yang lagi hebat dari kami

tapi, ini ialah hidup kami, ini ialah kisah kami

Alhamdulillah, hani rasa bertuah dan bersyukur dikurniakan seorang suami yang amat memahami

dan amat penyabar

kerenah hani yang kekadang rasanya melampaui batas

tapi en asben, kerap memberi teguran  yang membina yang menyelamatkan keadaan dan hubungan kami

huhuhuh.....terima kasih Ya Allah


semoga hubungan yang dibina, bertambah akrab, bertambah rapat, bertambah sayang, bertambah cinta, bertambah mesra dan bahagia hendaknya

semoga kami menjadi lebih matang dan cekal menempuh alam rumahtangga

Ya Allah, semoga Kau memanjangkan jodoh kami hingga akhir hayat


merenung masa depan nampak?!!

hihhihihi....

semoga dengan terbina nya ikatan ni, akan lebih merapatkan hubungan kami

dan hani tak putus putus berdoa

semoga kami bakal dikurniakan penyeri hidup....insyAllah....dengan izinNya

amin :)



Tuesday, June 28, 2011

bad tuesday for yesterday

Ya Allah
Ampunkanlah dosa-dosaku

................................

hurm.......

haihh...........

rasa nak nangis lagik :(




bad day for yesterday....really bad in my life




i'm sorry !!!

Friday, May 20, 2011

saya cuti


hari ini hani bercuti
bukan pergi holiday jalan-jalan
hanya bercuti duduk di rumah 
tapi hanya hani seorang
en suami kerja

en suami pun tak tahu hani dah apply cuti
pagi pagi bangun die kejutkan hani untuk bersiap tapi hani cakap hani cuti
die tak percaya pada mulanya
then baru hani bagitaw

die suruh hani rehat and stay kat rumah jangan keluar-keluar g memane
die tak dapat nak cuti sebab ada urusan penting di pejabat

takpe....hani tak kisah sebab hani memang planning nak cuti lebih sikit minggu nih
nak release kan hati dan fikiran yang sejak akhir-akhir ni tak berapa nak bagus
yang memberi kesan dalam perhubungan kami
hani memang memerlukan masa bersendirian 
ye, hani memerlukannya !

hani bukan nak cakap pasal rumah tangga hani yek
cuma pasal diri hani sendiri yang terlebih emo dengan en suami

kesian en suami.......
sangat bersabar !
hani bangga memiliki mu abang.......

hani memang betul-betul memerlukan ketenangan fikiran sekarang
cuti pun baru semalam apply
melalui HRMIS
hope boss dah luluskan sebab hani mintak sehari sebelum
it should be 3 days before

i'm sorry bos!

harini, pagi buta ni hani dah bangun macam  biasa
memberikan senyuman yang agak manis even tak mandi pun sebelum en suami pergi kerja
dan bergurau-gurau kejap dengan DINO...kitten kesayangan kami berdua

dan menulis blog....
meluahkan isi hati
yang tak berapa nak mendalam sangat
haih......

sedih rasanya hati ni
tak tahu nak describe macam mana
terkilan dan terkilan lagi

muhasabah diri di pagi hari
semoga hani akan lebih cool lepas nih
ketenangan dan ruang yang diberi en suami
akan hani gunakan sebaik mungkin
untuk memperbetulkan keadaan mental hani...hahaha
macam kronik je

hokey, jangan berfikiran negatif
hani hanya memerlukan ruang untuk berehat je.....bukan ape pun
saja nak bermadah helah sikit
hohohohohoh


selamat pagi semua!!!!
rajin lah bekerja untuk mencari rezeki pada keluarga dan meningkatkan nama organisasi anda


chiawwwww..........

Wednesday, May 18, 2011

married for 5 months

alhamdulillah
harini genap la usia perkahwinan 'setahun jagung' kami
5 bulan

sepanjang tempoh ni kami belajar mengenali diri masing-masing dengan lebih mendalam
biasa la kan
masa sebelum kawin tuh, perangai still lagi cover cover, tapikan nak kata cover pun tak jugak taw sebab saya jenis selamba jek..haahah
en asben yang agak malu malu meow dengan saya (bluwekkk)

walaupun kami dah mengenali selama 5 tahun 10 hari dan 2 minggu
agak susah nak 'latih' en asben untuk jadi orang yang selamba taw
hahahahaha.....
but  now bila da terselamba....over plaks!
 
papepun en asben....saya sayang kamu sampai syurga...hohoho

selama perkenalan kami nih sampai la dah kawen nih
banyak dah soalan uji minda yang kami terima dari wartawan (bajet artis hokey!)


masa bujang :
 
bile korang nak kawen nih?
 
tak sabar nak rasa nasi minyak korang....
 
kad kawen mane?
 
lamanya korang berkawan, bila nak kawen nih?
 
jangan tunggu lama-lama nanti orang lain kebas..blablabla
 
ala...tunang je dulu, kawen kemudian cerita, janji dah 'ikat'

soalan pada perempuan : ko da pegi ke rumah keluarga die??
 
soalan pada lelaki : pergi jumpa keluarga die dulu papehal pun, mintak restu

bile keluar shopping terserempak kawan-kawan : aik..beli barang hantaran ke??

isk..cepat la kawen, takyah cintun lelame, pas kawen korang cintun r puas-puas

eh...korang dah suka sama suka, nape nak tunggu lagi, tak elok kata orang-orang tua

kenal, pastu cinta pas kawen je hani, orang tua kata lagi afdal.....



masa dah merisik:
 
bila tarikh tunangnya?
 
berape lama korang nak ikat nih?
 
jauhnya beza tarikh risik ngan tunang. tak elok taw


masa bertunang :

waaa...bagus la dah jadi tunangan orang, jaga diri perhubungan tu baik-baik

yeke ko dah tunang?? looo.....cepat-cepat kawen, pastu bagi aku anak buah

berape lame ko 'ikat' ni weh??

jangan tunang lama-lama, nanti ada je halangan pastu korang cepat panas!

barang-barang ape yang korang bagi? mesti mahal-mahal kan...

ape tema kale tunang ko neh??

die bagi ko ape?? gelang??? cincin?? rantai???

nape lame sangat ikat tuh...isk...cepat kawen kan bagus

eh...berape hantaran ko ek???mesti tinggi kan...biasa la orang skang mane nak letak sikit sikit

nanti dah kawen ko nak stay kat mane??dok umah mentua ke dok asing??

eh, mas kawen nanti laki ko bagi berape ek??

tema kawen ko nanti kale ape ek??

nanti ko nak anak berape ramai ek?? 

anak ko nanti ko nak letak name ape ek??

barang kemas ape laki ko bagi nanti masa nak batal air sembahyang??

berape ribu harga barang kemas batal air sembahyang tuh???

ko beli barang kemas ni kat mana??poh kong?? tomei??? selberan?? chopard??


masa dah kahwin:

korang duduk mana dah sekarang nih?

dok ngan mentua ke??

barang rumah semua dah complete dah??

mas kahwin yang laki ko bagi tu ko beli ape??

laki ko dah ada kete ke?? rumah ke??

laki ko keje mane weh?

nanti balek raya korang laki bini wat tema baju kale ape?

balek umah mak mane dulu nanti??

dah berisi ke??

korang planning ke??

tak payah la planning anak pertama nih, nanti bile yang kedua baru la korang planning

korang tak terasa ke orang lain yang kawen lewat dari korang dah ada baby??

takpe, usaha tangga kejayaan, chaiyok!

ko pergi la berurut, kot2 nanti berisi ke?

ko ada makan ubat ape ape tak?? 


dan pelbagai soalan yang menguji minda dan mental oleh mereka-mereka yang amat prihatin dengan hani

terima kasih la yek
apa yang hani inginkan korang doakanlah yang baik baik untuk hubungan kami
semoga tuhan merahmati hidup kalian juga

ameen!

Monday, November 1, 2010

love quotes for today

If you judge people, you have no time to love them

Friday, June 11, 2010

second chance

harini hari paling menakutkan dalam sejarah hubungan kami sepanjang tempoh pertunangan
tak sangka....benda yang selama ni aku anggap tak de pape boleh memberi kesan atas hubungan ni
aku sendiri pon tak tahu dan tak berani untuk berterus terang atas apa yang telah berlaku disebaliknya namun hati aku masih kekal dan utuh menyayanginya
aku sedar atas segala yang berlaku adalah berpunca dari sikap pentingkan diri aku sendiri yang tidak memikirkan perasaan orang lain
namun setelah apa yang terjadi pada hari ini
aku menjadi takut dan akan sebaik baiknya menjaga hubungan ini serta nama keluarga dan bakal keluargaku
sememangnya apa yang terjadi menjadi satu lagi sejarah hitam pahit manis aku dalam tempoh untuk mengenali siapa dia dan siapa aku
sebaik baiknya perkara ini akan ku lontarkan jaoh disudut hati dan tidak mahu memikirkannya lagi kerana ini kan meninggalkan kesan parut yang agak dalam untuk disembuh
semakin hampir tarikh yang ditunggu semakin kuat dan semakin rapat halangan dan dugaan yang melanda
aku masih lagi dalam proses untuk mempelajari pelbagai perkara untuk menyelamatkan kembali hubungan kami serta ilmu ilmu untuk berumahtangga
huhhhhhhhhhhhhhh
perkara yang terjadi pagi ini benar benar menyedarkan aku betapa pentingnya menjaga nama baik diri dan keluarga
aku benar benar terpana untuk seketika atas apa yang berlaku dan aku berharap agar perkara ini tidak lagi diulangi dimana puncanya adalah dari sikapku sendiri
alhamdulillahhhhhhhhhhhhhhhhh
sesungguhnya kau memberikan aku seorang insan yang cukup penyabar dan aku berharap agar hubungan ini kekal sepanjang hayat
aku memohon agar kau berilah aku petunjuk untuk aku berubah serta memberikan yang terbaik atas hubungan yang kami bina
moga kau restui
aku terlalu menyayanginya dan aku inginkan dia juga menyayangiku
demi mengembalikan kegembiraan dalam hubungan
kami mengambil keputusan untuk emergency leave
berbincang adalah perkara yang paling baik dalam setiap perkara yang berlaku dan alhamdulillah
perbincangan itu membuahkan hasil untuk aku memperbetulkan keadaan yang aku cipta sendiri
dugaan alam pertunangan amatlah beratttttttttt
barulah aku memahami ayat tersebut
semakin hampir semakin banyak perkara berlaku dan aku bersyukur kerana masih dapat menangani perkara ini
atas jasa baik dia juga
kami masih kekal sebagai pasangan bertunang
seharian kami memikirkan perkara ini
berjalan untuk menggembirakan hati masing masing yang sebenarnya amat terluka
mengembalikan semula nostalgia saat saat kegembiraan
aku berharap agar perkara ini tidak lagi berulang
bersyukur dan terima kasih kerana masih memberiku PELUANG KEDUA =(

♥kawan-kawan, tinggalkan link anda supaya saya mudah menjenguk page anda semula♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© Hanidatul's Blog | Templates by : Nurulchumel's Design | All Rights Reserved™