Pages

Showing posts with label ttc. Show all posts
Showing posts with label ttc. Show all posts

Friday, March 8, 2013

saya masih TTC

Sehingga kini, masih lagi belum menunjukkan tanda-tanda untuk hani menamatkan tempoh TTC ni. Selama berdiam diri, memang betul tiada apa-apa usaha untuk kami menamatkan tempoh TTC ni. Segalanya berjalan seperti biasa. Selama berdiam diri ni, gangguan emosi yang MAHA HEBAT berlaku antara kami. Ye...sangat mengganggu. Tak perlu lah nak state apa gangguan tersebut. Rasanya pada siapa yang dalam golongan ini, pasti akan tahu atau pasti akan terusik sedikit sebanyak tentang 'khabar berita'.

Yup, Hani tanak sebut n kalau boleh tanak amik pusing pon hal tu....but as u knows, kita hidup bermasyarakat, berkeluarga, berkawan. Semua tu pasti akan menusuk dalam telinga ni sampai dah tak terkata 'nanahnya' untuk menahan. Pedih. Kecewa. Too Deep Depressed........(pebenda ayat ntah!)


Some people will alert 'bout our emotions but MOST of people would NOT ! 

Tak kata orang jauh, mereka yang terdekat tu penangannya amat melampau. Ye....sangat !


Alhamdulillah. Kami golongan terpilih. Syukur Ya Allah.

Since merasa keperitan  ni, banyak pengajaran yang Hani perolehi dari keadaan sekeliling, malahan diri Hani sendiri. Syukur. Syukur. Syukur. Terima Kasih Allah kerana memberi suami yang sangat memahami. Suami yang sangat supportive. Suami yang terbaik. (for sure la puji suami sendiri kan)





Hikmah.




Ye, setiap satu kejadian. Semua ada hikmah. Semakin kita diuji, semakin itulah sebenarnya Allah nak lihat sedalam mana kita berusaha dan meminta kepadaNya. Sedalam mana kita serius. Sedalam mana kita bersedia. Semua tu Hani dapat lihat dalam diri Hani. Dah menjangkau usia perkahwinan yang ke 2 tahun. Most ppl besides said, 'still new', 'keep trying', but..........til when?? Hani mengaku pernah suatu masa, diri ni sangat down.....sangat tak terkata kecewanya sebab kenapa masih belum.....kenapa...???? Bukan untuk menidakkan qada dan qadar yang ditentukan.....sekadar luahan untuk menenangkan hati...ini semua rezeki....ye Hani taw...rezeki Allah.......alhamdulillah...Allah tak pernah sekat rezeki Hani....cuma bab anak tu...ade salah kami yang menyebabkan perkara ini terjadi...diakui.

Suatu hari, dalam proses untuk pulih dari 'kecederaan hati', entah la....tetiba zupppp.....datang satu fikiran or macam terlintas la kata orang.......... Hani sedar Hani tidak istiqamah dalam melakukan sesuatu...... Bile fikir-fikir balik. Kat mana la agaknya usaha Hani buat tu eh...selain dari ........................... Masa tu tersedar. Menangis lagi. Ya Allah.... Hani tidak berusaha, tidak bertawakal dan tidak istiqamah dalam mendapatkan 'hajat'. Memang sedih. Bukan kerana tidak dapat, tapi sedih sebab diri Hani sendiri. Ya amat sedih...........

Mungkin inilah sebabnya kenapa masa tu belum tiba.

Sejak tersedar dari tu, hanya Dia tempat Hani mengadu. Tempat kita semua meminta. Dia yang menenangkan hati. Instinct rasa................................. tak lama dah tu....hahaha...not sure tak lama apa..........

Macam tersedar dari lamunan. Asyik berangan dan berangan. Sekarang ni, bukan lagi masa. 

Allah tu Adil, semakin banyak kita meminta, semakin itu Dia suka. InsyaAllah....Suatu hari, pasti ada.

Nak bangkitkan aura positif dalam diri.....memang payah. Apatah lagi dikelilingi mereka yang tidak memahami. Rasa nak lari...lari dari mereka. Tapi nanti, sama je situasi. Payah nak handle emosi ni....payah

Sejak peristiwa ni terjadi dalam hidup, Hani rasa banyak yang perlu Hani pelajari. Mendalami. Melaksanakan. Itu yang Dia nakkan.....Ikhlas....ikhlaslah keranaNya....Niat. Lillahita'ala....bukan nak cakap kite ni bagus, sebab ini semua pengalaman dan persediaan kita.........kadang-kadang pelik, senang je orang lain dapat, then buang..buat kite yang beria ni....payah sangat....ni lah dugaan....dugaan bagi yang berkahwin...kalau tak kahwin, bile la jodohh nak sampai ni.........pun pusing gak kepala nak fikir kan...so ape perlu buat....redha...usaha....tawakal.....insyaAllah....






Kecewa.


Dulu sangat mengkagumi 'mereka' kerana 'mereka' sangat memberi semangat dan pendorong untuk kami. Mereka tidak mempunya sebarang masalah untuk menyakiti kami. Sumpah. Rasa bertuah. Itu semua dulu. Kini tidak lagi. Actually nak story mendalam but ........ stalker ramai la.... hahaha....hati ni rasa nak je citer tapi xpelah....simpan dulu. Kalau nak....nanti kite private msg k..hhahaha



Cuma apa yang perlu buat sekarang................Hani perlu elakkan diri dari mereka yang menyakiti...hahaha....ELAK-ELAK

Jangan terasa hati. Ini untuk kebaikan bersama. Taknak nanti hati ni berbekam...menusuk..dengan tusukan 'tanpa sengaja' dari mereka. InsyaAllah..untuk sementara sehingga hati ni pulih.




p/s : lama tak update blog ni.....update pendek pendek je. lama tak story bout TTC ni secara details...banyak ekceli tapi biar dulu lah......

Friday, November 16, 2012

Kuat Semangat

Selamat Petang,

Terima kasih kepada kawanKawan yang banyak sangat membantu untuk hani pulih balik semangat ni. Bila tengok balik most ttc'ians yang lain, sumtimes hani rasa hani bertuah and ada lagi yang teruk dari hani. Salute mereka!

Hani taw bile hani down macam ni, stress lagi payah la kan but tataw camne nak elakkan dari terus fikir and fikir. Hehrhrh..kekadang bosan! Thinking to adopt ! Uhuhuhu...

Yeah, we are super excited to adopt baby. U know what, hubby's the one who suggested this. Everytime bile jenjalan, he always dreaming to get the 'instant' baby...x sabar nak beli baby's stuff and so on....x kisah la baby tu apa taraf hidupnya but he will....can u see?? My hubby yang dari x berapa nak suka or thinking bout baby tetibe menyuarakan hasrat tu??? Pedih....... :(

Yeah ...i know one fine day die akan tetibe feeling or akan datang naluri tu nak jadi daddy. Mustahil la xmau jadi parents kan....Bile kite nak consult with the doctor, nak cek itu ini......He refused to do that.


So camne agaknya hani nak usaha lagi ye??? Segala mak nenek petua, i've been tried!




phew.....tak tahu nak fikir camne lagi dah.........deep deep down !


Wednesday, November 14, 2012

prosedur rawatan kesuburan tu macam mana??

Selamat pagi.

Harini CD31, so dah ada tanda-tanda nak turun darah dah...suhu pagi ni 35.8c...semalam 35.9c, menurun la tu kan...huhuhu...tape-tape....cuba lagik !

So sekarang ni, hani nak tanya kat sesiapa yang pernah buat fertility treatment. 1st apa perlu buat dulu ye? Sebab hani banyak kali tanya kat klinik, setiap klinik lain jawapannya. And the last clinic yang hani pergi...die cakap kene amik darah..nak cek hormon.

Ok, now hani nak state kat sini beberapa langkah yang hani rasa BETUL KOT....maaf kalau salah taw...sebab hani nak taw flow prosedur tu camana.

1. Kene ambil darah CD4
2. Kene ambil darah CD21
3. Buat HSG, cek tiub sumbat ke tak.
4. Buat IUI
5. But IVF

haaa..betul ke????? ke ade lagi prosedur-prosedur lain???? Bile nak scan??? Bila nak HSG tu?? IUI/IVF tu bile??? 

uhuk...dari haritu tak dapat2 lagi nak state flow yang betul padal fertility programme ni...

Lagi satu nak tanya, ada klinik terus bagi kita clomid kan...but ada klinik tak bagi tapi die bagi ubat lain...katanya lagi kuat dari clomid...betul ke???





stresssssssssssssssssss....:'(

Tuesday, October 30, 2012

Bila Suami Dah Bersuara

Salam....banyak cerita pending yang hani tak sempat nak publish, baru story sekerat je dah takde mood....hurmm

Ekceli today, we're both cuti lagi.

Ikotkan nak hantar our comel pergi 'kasi' sebab dah menggatal..nanti die beranak, kesian shuamy..hjeheheh

Masa dah turun bawah, shuamy terserempak dengan jiran and jiran tu menyapa "cuti ke?" And shuamy pon jawab "ya"

Then shuamy tanya jiran tu, "cuti ke?" And jiran tu cakap "haah, cuti dapat baby ke lima!" Wo0OW!! Hihihi

Lepas tu kitorang pon gerak la ke destinasi yang dituju, meanwhile, shuamy tetibe je bersuara "seronok kan dapat baby? Dah la dapat baby, dapat cuti lagi"

Me?! "Hurmm..harus lah seronok"

Haih.....tetibe cam sedih plak...kesian shuamy...yelah, before die tak pernah pon bersuara about baby

But at this time tetiba kan? Maybe dah sampai naluri die nak jadi daddy..hohoho

Me?? Since dah kawen terus nak baby but.................rezeki tu Allah belom nak kasi lagi

Bila shuamy dah bersuara ni...feeling down pulak! Should I go to the gynae??? Owhmaii!!!!!!!!! Hope ada rezeki kami lepasni.... Doa2kan ye!

P/s : Tetiba rasa takot............nak story ka??? No need lah.......iits about da marriage!!!! Dang!!!!!!!!!!!!!!


Can I borrow your shoulder dear TTC'ians?? :(




Sent from my BlackBerry® smartphone powered by U Mobile

Friday, October 12, 2012

kuku dan kesuburan

Salam, maaf, hani copypaste balek je link ni dari http://hpahalal.wordpress.com/cara-kesan-penyakit/

sebab hani nak jadikan ia sebagai panduan untuk hani
hani ada dengar beberapa kawan cakap pasal kuku dan kesuburan ni.....

yang terutama hani ambil perhatian adalah pada ibu jari kita.......kalau korang perasan, kat ibu jari kita tu ada warna putih ala-ala bulan sabit kan.....ada kawan cakap, kalau ada benda tu, maknanya kita subur

tapi hani tengok jari hani...ada sebelah je yang nampak, yang sebelah lagi tak berape nampak......ada masa macam tade...huhuhu...tak subur ke???? :((((((


entah...ni andaian je.....mungkin benar, mungkin tak.....

so tadi hani saje cari-cari balek artikel pasal kuku dan jari ni..terjumpa la web yang amat bagi info untuk hani.......saje share untuk pengetahuan kawan-kawan

 ===================================


Tapak tangan menyimpan 1001 rahsia mengenai diri kita. Penyakit boleh di lihat memalui tapak tangan seseorang. Ia tidak menyakitkan dan tidak memerlukan masa yang panjang. Anda boleh mencuba sendiri dengan melihat tanda-tanda seperti didalam gambar.
tapak-tangan-gastrik
Tanda-tanda Gastrik :
Tanda – Urat Biru / Hijau Di Tepi Perut Ibu Jari
Simtom – Cepat Letih, Mudah Lapar, Sakit di Ulu Hati
Punca – Makan Tidak Menentu, Makanan Pedas
Herba – D’Karm, Tuju Angin, Madu Asli, Kopi Radix (Herba Diambil Selepas Makan)
tapak-tangan-paru2-lemah
Tanda-tanda ada kelemahan pada Paru-Paru, Resdung, Alergi, Asthma
Tanda – Urat Biru / Hijau
Simtom – Rambut Gugur, Buasir, Kulit Kepala Kering, Mata – Hidung Berair, Kerap Bersin, Gigi Berdarah, Mudah Letih, Keputihan, Cepat Penat, Hidung Kurang Deria Ciuman, Sering Bermukosa
Punca – Paru-Paru Bermasalah, Sistem Pencernaan, Masalah Darah
Herba – Coscinium, D’Deu, D’Det, Roselle, Morin-A, Spirulina, Madu Asli, Teh Herba
Diabete Militus (DM) / Gula Dalam Darah
Tanda – Di Pangkal Kuku Berwarna Gelap
Simtom – Mudah Letih, Sering Dahaga & Lapar, Penglihatan Kabur, Banyak Makan tetapi Berat Badan Menurun, Mudah Berbisul tapi Lambat Sembuh, Kerap Kencing dan Dihurungi Semut
Punca – Gula Berlebihan, Sembelit
Herba – Kopi Radix, Plantisol, Herba Rebusan Kencing Manis, Teh Herba
ibu-jari
Hormon Tidak Seimbang
Tanda – Bulan Sabit Terbalik pada Kuku Jari selain daripada Ibu Jari
Simtom – Mudah Marah, Mudah Sedih, Kemurungan Yang Mendalam, Perasaan Rendah Diri
Punca – Faktor Keturunan, Pendedahan Berlebihan Kepada Medan Elektromagnet, Faktor Suhu Tubuh Yang Tidak Seimbang, Tidur Yang Tidak Berkualiti, Tekanan Berterusan
Herba – Paramaria, Radix, Senggugut, Sprirulina, Teh Herba, D’Karm, D’Deu, Lady Cheer, Keputihan
kelilingking
Jari Kelingking Mewakili Rahim Wanita
Tanda – Jari Kelingking Meruncing, Membengkok
Simtom – Haid Tak Teratur, Senggugut, Keputihan,Peranakan Jatuh
Punca – Sembelit Yang Teruk, Tulang Belakang, Stress, Keputihan, Senggugut
Herba – Paramaria, Senggugut, Teh Herba, Roselle, Keputihan, Omega 3, D’Deu, Herba Tuju Angin
tapak-tangan-lekuk
Saraf
Tanda – Tapak Tangan Berlopak
Simtom – Sakit Belikat, Sakit Tulang Belakang, Kebas Dan Lenguh, Mudah ke Saraf Lumpuh, Lemah Tenaga (Lelaki), Rahim (Wanita)
Punca – Stress, Berkait Dengan Imuniti, Kemalangan
Herba – Madu Asli, Teh Herba, Minyak But But, Roselle, Mengkudu

Wednesday, August 29, 2012

hai, selamat hari raya

nak buat HSG (hhahah...tak kene tajuk!)

sesuka hati nak pergi klinik pastu request nak buat HSG boleh ke???
hahahah...

ritu Kekda yang cakap kene ade surat baru boleh buat
hihih....

ni adalah masalah mengada-ngada hani 

ritu mase pergi homeopati, katanya tiub tersumbat
so mula la set kat mind ni, ok..tiub kiri aku sumbat 50%
so kene clearkan kesumbatan itu

ahahahha

how????

memang agak ade sumthing wrong....sebab selalu bile time nak ovulate kan..contohlah..today
CD14...

perot or tiub or bahagian belah kiri hani macam sengal sengal gitu

tu memang tanda ovulate or tanda ada masalah????

sebab everytime bile nak capai CD14 mesti akan ada rasa cenggini


hhuhuhuhu........

now hanya usaha pakai LUMIGLOW je dulu

then next week start minum air benih cendawan yang dah sebulan ku rendam...ayoyo...ape la jadi eh..dah lame tak tengok ape bentuk benih tu...kot da mengembang ke belom

bulan puasa ritu, memang 'puasa' betul..muahahhah...

stop everything.......

ni nak start over again......cuma a bit dissapointed sebab tiub tu

haih!!!! how to make it clear without any blocking???!!!

Wednesday, August 1, 2012

tak konsisten

macam macam ubat dah telan
macam macam cara dah buat
semua nya separuh jalan
tak konsisten

sebab???

bile tak menjadi je bulan tu
next month dah give up
hoohoh


ape mao jadik?!!

haih....

Tuesday, July 24, 2012

krim lumiglow dan air benih cendawan

Selamat pagi kengkawan
11.39 am....



ok...hani nak tanya, sape yang pernah guna lumiglow dan air cendawan ni??? ape kesan-kesan yang kalian dapat??

ingat nak cuba la....

Monday, July 23, 2012

dr. Hashimee : homeopati


Awal bulan 7 ritu, kawan baik hani ada suggest kan dekat hani satu tempat homeopati ni, dekat Kg. Pandan. Dr. Hashimee.

Memula, Hani suggest kat asben nak pergi ke tanak sebab asben macam tak berape suka nak jumpa doc ni, and die plak bersetuju. So balek dari kerja, kami pergi la ke sane lepas buat temujanji.

Tersesat jugak la.....nampak macam senang je tempatnye tapi nun jauh sikit nak masuk.

Masa kami sampai tu, tade orang pon.....tapi ade orang lain tengah consult ngan doc. So kami pon tunggu la.

Sesampai turn kami, doc hanya cek by rambut je......cek suami dan cek hani sekali.

Masalah hani : tiub kiri tersumbat 50%....tiub kanan 12%


down ok...soooo down !!!!!!

Doc bagi ubat, hani makan, n period delay so hani tak teruskan but now skip skip makan ubat tu.

Pantang larang : Tak boleh makan telur, soya, n makanan dalam plastik.

but bulan puasa ni semua makanan kat bazaar tu dalam plastik kan?! huhuhuhuhhuhuuh


p/s : baru dapat berita sorang kawan dah preggy.....owhmai........emosi itu menggangu kembali !

Wednesday, June 27, 2012

proses TTC

stop untuk 2 bulan ni sebab nak puasa + nak raya

and yang penting, sedang berdiet


insy...pas puasa akan disambung ye

tapi, projek still on..hahahaha.....


haip!!

Wednesday, June 20, 2012

eh..tak perasan laa.....

harini dah masuk CD13 rupanya..hahaha...seriously hani tak perasan taw......sebab tak amik kisah sangat.. Yelah...hani busy sket lately..dengan kursusnya, dengan nak uruskan memacam hal kami lagi...sampai lupa....

takpelah...cuma yang hani nak ucapkan jutaan terima kasih dekat seorang pengirim email kat hani. Banyak advice die bagi kat hani berkenaan ttc ni. Hani rasa tak perlulah hani revealkan pengirimnya...cuma hani rasa terharu sebab sudi dan sanggup  tulis panjang lebar berkenaan ttc ni.

terima kasih ye kerana prihatin..hehehe....dan segala nasihat tu insyaAllah, hani akan usahakan mengikut rasa hati...tak mengikut orang..heheh..

bak kata beliau....tak payah pikir sangat waktu subur ni, just enjoy 'da game'

hehehe.....terima kasih sangat....tu yang sampai tak teringat rupanya dah CD13 hani...hahaha...game masih belum start lagi.... =p

Friday, May 18, 2012

my OPK


confirm tak jelas kan???
hahah...tapi saje nak tepek jugak
sebab semalam hani cuti taw......
asben memang rancang suruh hani cuti semalam
and kami pergi ke Mid Valley untuk habiskan masa menonton wayang

nasib baik hani ingat, semalam hani CD10
sebab hani ada terbaca dalam satu blog katanya kalau kita amik clomid
kite boleh test OPK ni pada cd10

so semalam, lepas tengok wayang, dalam kol 3.50 petang lebih kurang
hani pergi toilet, then hani test la
memula tu tak naik, ok la...hani simpan test strip tu kat beg
dalam kereta hani tengok balek
ada dua line naik tapi satu tu samar sangat

kalau tengok kat gambar tu macam tade je kan....tapi sebenarnya nampak la jugak.....kualiti kamera tak jelas
harap maaf ye

tapi sebenarnya, OPK ni bukan macam UPT
kalau UPT, nampak line kedua naik tu kita dah kategori orang pregnant
but OPK ni, kalau line kedua samar tu, maknanya belum ovulation day lagi
so hani kene buat harini n esok
kot kot dua dua line terang
baru boleh diklasifikan sebagai waktu subur

so kengkawan, doakan hani eh.......doakan taw !!!!
 

Wednesday, May 16, 2012

i am 26 with no kids around

Salam

Pagi ni, tak berpuasa. Sebab?? Asben cakap tak payah la puasa harini, die nak belanja crushers from KFC
hahaha


ok......berkisarkan tajuk di atas, tadi dapat satu news from kawan lama. Kenal beliau since me 12 years old til now....haa..kire la sendiri k...math lemah sket !

she said that she's pregnant ! Again for the third times.........Allahuakhbar....

Alhamdulillah....n sincerely congrats to her

rasanya now da semakin positifkan diri dan dapat terima kenyataan pasal pregnancy ni. Seriously, dulu kalau dengar je orang pregnant, confirm akan down sekejap.

And today, alhamdulillah.....emosi tu dah dapat di kawal.... Thanks Allah !!

And honestly i'm happy for her. Rasa seronok pulak bila dengar orang pregnant ni. 

FYI, ini adalah anak ketiga beliau. And kami sebaya.

OMG !!! im 26 with no kids around n she's 26 with 3!!

Kuasa Allah kan??!! Dia penentu segalanya.... Alhamdulillah

and the best part is, people's around keep pray on me.....to get pregnant like them !! me likeyyy!!!!!

Semoga berkat doa kalian yang sedang hamil ni dimakbulkan Allah.



p/s : sambil tu sempat berseloroh, hani cakap, insyaAllah hani nak twins 3 orang sekaligus so that hani boleh 'lawan' tentera dia...hehehehe...just jokes !!! Mudah-mudahan dimakbulkan..amin

Thursday, May 10, 2012

new spirit

nak seriously TTC for this time !

pray for me :)

Tuesday, April 10, 2012

period yang makin sikit

Assalam....kepada yang berpengalaman, hani nak tanya. Normally period hani punye tempoh dalam 5 hari taw. Hari kelima mesti da boleh mandi wajib la...tapi sekarang, hani ketiga dah bersih. Makin sedikit. Adalah faktor berat badan yang menjadi punca eh??? Risau la pulak.........Selalu hani hari pertama memang sikit je keluar, tapi sekarang hari pertama melimpah ruah. hari kedua tu nice nice la....tapi tetap kategori banyak. then hari ketiga sekarang, ade la seco'it je kata orang....sikit....normal eh camni???? 

Ekceli hani ingat cycle kalini nak on clomid, tapi dibatalkan lagi sebab rasa cam tak sanggup je nak lalui. Banyak sangat story orang makan clomid pastu sakit tu ini..heheheh.....syerammm maq!!



Friday, March 30, 2012

hurmm

kalau diikutkan or dilihat pada ticker cycle day hani tu, tiap kali nak ovulation, mesti akan pening kepala....tapi tak keluar pulak EWCM.....

loya loya semua ada..macam orang ngandong plak


hishhh

Wednesday, March 21, 2012

period n epo


last two months, hani makan la EPO ni sampai la time nak subur tu then hani stop

1st month makan, jumpa EWCM

2nd month makan, period terus lewat  hampir 2 minggu !!!!!!!


uish....kata ia meregularkan period? apsal bley lagi tingtong eh???

hurm...tak berani dah nak makan lagi

so this month, hani minum jus perawan tu jek


kasi perut lancar

tapi bile minum tu pulak, kepala hani tingtong seharian


serious, tingtong taw

hurmmm...then ritu check kat doctor, katanya tekanan hani ok 110/70

normal katanya

aiyo.....nape eh?!!

Monday, January 30, 2012

kemusykilan

assalam kengkawan sume.....nak tanya...kalau kite period kan, darah akan keluar beketul2 pada period pertama dan kedua....kan?? or tak ketul sebenarnya?? sbb hani baca ade yang kata benda tu normal, ada yang kata kemungkinan kene endometriosis or fibroid....ritu da scan, doc cakap tade fibroid n etc...not sure bout dat.....then mase period kedua, hani berurut, story kat makcik urut tu then she said, darah ketul tak elok...yg menghalang untuk pregnant...pastu die cakap, minum coke untuk keluarkan sume darah2 ketul tu......n lepas die urut kan, waktu pagi, malam tu banyak sangat ketulan keluar....ok, selama ni hani ingat darah ketul tu normal......rupanya tak la eh??? pastu now period hani hari keempat dah bersih........langsung tade...slalu hari kelima yang bersih sebersih bersihnya........pastu makcik tukang urut tu cakap, takyah makan ubat hormon (clomid) yang doc bagi.......ade sesape yang ade pengalaman camni??? share plz...

Tuesday, January 10, 2012

ubat ape ni

clomifene tu ubat untuk ape???

same macam clomid yang selalu hani baca untuk TTC ke??

Wednesday, January 4, 2012

about premium beautiful n maharani

salam semua

dulu hani pernah cakap nak pakai premium beautiful dan pil maharani kan

atas tujuan untuk betulkan dalaman dan utama mestilah untuk conceive kan


tapi tataw mane silap, selama 3 minggu sejak hani habis period hani pakai secara consistent bersama pil maharani tu

period hani semakin delay kepada 13 hari !!!!!!!!!!!!!


hani ada tanya kepada yang menjual....die cakap sepatutnya tak delay.....

tataw la mane silap, silap makan sekali lactolite




then hani teringat, nak bertanya pada kazen hani seorang nurse kat hospital langkawi


katanya, pemakaian korset yang mempunyai infra red boleh merosakkan ovum

erkkk !!!!

she asked me to stop

ok now, hani dah stop pakai


bukan nak memburukkan taw.....PB is great...cuma mungkin tak sesuai dengan hani kot


insy....kalau dah ok balek sistem dalaman ni, memang hani akan pakai balek, n orang kata ok untuk dalam pantang....so hani simpan la....hehehe..mane taw kot pasni ade rezeki...........takyah beli barut... ;p



hohohoho.....

♥kawan-kawan, tinggalkan link anda supaya saya mudah menjenguk page anda semula♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© Hanidatul's Blog | Templates by : Nurulchumel's Design | All Rights Reserved™