Pages

Friday, November 22, 2013

Lama tak update. Tak taw nak update pasal apa. Banyak dah tulis tapi hanya sekadar 'draft'. Cerita tak habis. Nak story pasal TTC lagi? Belum sesuai buat masa ni sebab tiada usaha ke arah itu. Suami cakap, tunggu la next 2 years baru fikir balek, which means our marriage comes to 5 years baru die kata kita serious....ok..whatever la

Alhamdulillah atas segala kurnia. Sekarang hati makin tenang. Entah. Sebab jenis tak amik pusing kot pasal orang sekeliling. plus mulut ni pon a bit laser kalau orang 'mencantas' keseronokan masih berdua ni.Ye lah, banyak terima dorongan especially from family, relatives n friends. just get chill. sorry pada yang terkena. Sape suh carik pasal kan...huhuhu

Actually banyak nak story tapi cacamarba. hurmmmm.....

haaa....ada tak sesiapa kat sini yang taw cara nak menyimpan duit? hahahahahahah....

Pening taw! hahahah...its a setupit Q i think....bebudak pon pandai dah menyimpan...nasib ko le yek...sape suruh sopim memanjang...simpanan tak tambah-tambah. Takat tu je..hahahah...


eh...ada satu cara orang ofis ni suggest...main KUTU. Maaf ye, tataw ape singkatan bagi KUTU tu...tapi KUTU is the best way for saving kan? So, start from December ni, aku main KUTU. heheheh...tiga point setengah nama...which means setengah nama tu share ngan kawan lain. So, sebulan RM350. erkkkkk....banyak la bagi aku yang tak berduit sangat ni. 11 orang pemain. ecece..macam main bola. ye lah...dapat la membantu sikit. Rumah aku pon otw nak disiapkan. Mesti banyak lagi kene pakai duit kan. phewwww....pening la story pasal duit ni. ok la..tunggu la next entry. Ngah carik idea..... adios!

Friday, October 18, 2013

Sakit pinggang pakai PB seharian....shaklee pon miss je..heheheh...so not good!! 

Thursday, September 19, 2013

Orang yang menyakitkan hati TTC adalah orang yang pernah berTTC tapi buat2 macam x pernah n tanya perkara yang menyakitkan hati sedangkan kau pernahh mengalami situasi yang sama dengan aku. Rezeki kau Allah berikan anak walaupon tidak seawal usia perkahwinan seperti yang lain, tidak pada aku yang masih kini masih berdua. 

Tapi kau jangan lupa, anak itu tidak selamanya milik kau. Dia berkuasa tentukan segalanya. Bila da  ada anak, kau persoalkan keadaan aku macam aku lah berkuasa memberi nyawa. Ya Allah...ape jenis manusia kau ni....aku tak mendoakan yang buruk tapi aku doakan kau dapat 'petunjuk' dimana reZeki tu datang sebenarnya...


Dear ex-TTC, jangan jadi macam ni k.....cukup la manusia ni sorang..jangan tambah lagi group lupa diri...semoga kalian bertambah gembira dengan anak disisi




Sekian. 

Wednesday, September 18, 2013

I gained a lot of weight since stop being TTC'ian..so now, start over again to loose it alot!!! Alott!!!! 

N next year baru ingat nak start TTC back...

Whatever shaklee, sdii sume x jalan..hahha...mengong tol..disiplin tahap bawah tanah! Huhuu...

Thursday, September 12, 2013

Sarah Nurain

new member of the family


Assalamualaikum...............


 lil baby SARAH NURAIN

3.2kg, 6 September 2013

For the 1st time seeing you, my heart stopped! melting to the max! What a great feeling! A wonderful blessing!...love the smell of heaven...i know you'll be a good girl, good niece, good grand-daughter to us, to family as well...



 lil' sinchan..hehehe...its a unique nickname dat ur paksu gives to you.....hahahaha (please like it!).......you're the precious one in the family...please pray for your aunty yang gebu ni to give you a cousins...aLOT! hahaha....

anak kakak suami, kak ipar, wish we're the next...insyaAllah...








Monday, September 9, 2013

beratnye rezeki untuk itu....rasa cam nak give up pon ada tapi tak baek la kan...semua tu datangnya dari Allah. tak menangis pasal aku tak ngandong...cuma sedih pasal adopt baby pon berat...adeje masalah

mungkin belum masanya.......

Wednesday, September 4, 2013

doakan aku semoga ada rezeki kami mendapat anak itu....doakan ye.....

p/s : anak kandung or anak angkat...dua-dua adalah rezeki.

Tuesday, July 30, 2013

.

Semoga mood raya kalini tidak menambahkan kesedihan/kebencian dihati. 



Deary TTC

Lagu raya

Mood mendengar lagu raya dah start! But suka lagi dengar lagu lagu lama dari yang baru....

X saba nak balek kampung!!!!








P/s : next week bos baru datang...haihh..tukaaaa lagi







Monday, July 15, 2013

jawapan bagi 'harta akhirat' - "doa anak yang soleh" tapi kita tiada anak...baca ye

Terima kasih kepada kengkawan yang komen mengenai entry CURIOUS yang lepas...berkenaan kedudukan kita di akhirat sebab kita tiada zuriat, adakah tiada doa yang kita dapat dari anak-anak....so tadi, hani cuba cari dan cari...hani terjumpa satu page ni...hope kawan-kawan luangkan masa baca n faham isi kandungannya....Alhamdulillah....lega rasa hati ni.....

hani copy paste balek ye....selamat membaca !

=====================================


Soal Jawab : Tiada Anak Untuk Mendoakan Ibu Bapa


Salam…
Ustaz Love menerima pertanyaan daripada saifull :
Bila kita dah meninggal nanti, maka terputuslah amalan kecuali 3 perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa anak yg soleh….boleh ust terangkan maksud anak yg soleh tu? kalau seseorg tu tiada anak mcm mana ust…


Ini mafhum daripada sebuah hadis riwayat Imam Muslim. Secara zahirnya, semuanya memahami akan maksudnya sebab hadis ni memang masyhur sejak jaman kita kecik2 lagi. Cuma timbul masalah berkenaan dengan isu anak ini.. dan kadang2 ianya menjadi alasan pada para suami untuk bernikah lagi (sbb isteri mandul) dan nak dapatkan anak yg soleh.. sedangkan belum tentu lagi anak yg bakal dilahirkan itu akan menjadi soleh (dah ayahnya pun bukanlah soleh sangat.. kihkih)
Anak soleh ni bukan saja berguna semasa kita dah masuk dalam kubur, bahkan waktu kita masih kat dunia lagi. Sbb maksud soleh ini adalah baik.. anak yang baik mengikut definisi agama.. iaitu anak2 yang mentaati Allah dan RasulNya serta mentaati dan menghormati kedua ibu bapanya dan melakukan perkara yg makruf (baik) serta meninggalkan perkara yg munkar.
Jadi, bagi ibu bapa yg mempunyai anak yang soleh, sudah tentu ianya merupakan harta yang tak ternilai dalam kehidupan mereka. Harta boleh dicari, tetapi anak soleh ini perlu dibentuk. Kadang2 menjadi, kadang2 tak menjadi. Ada juga yang ibu bapa mereka soleh, tapi anak2 jadi hampagas. Tapi jarang ibu bapa yang buruk akhlak, anak2nya menjadi baik akhlak. Sebab lumrahnya, ibu bapa itu yang akan mencorakkan anak2.
Masalah ibu bapa pada hari ini, bila harta melimpah ruah, pendidikan tahap tertinggi.. tapi anak2 jadi kurang ajar, tak hormat orang tua, tinggal solat, buat maksiat dsb.. sehinggakan ibu bapa pun tak tahu nak buat mcm mana dah. Masa tu baru rasa kesal, sedih, terharu, terkaget dsb. Hantar anak2 ke pusat pemulihan akhlak, berkawan pula dengan yang memang dah rosak akhlak.. maka bertambah2 lagi kerosakannya.
Kemudian baru tersedar, yang selama ni dah banyak lalai dan jauh dari Tuhan. Lalu cuba nak mendekatkan diri dengan masjid, ikut kuliah dsb.. tapi masa tu, umur pun dah lanjut.. kubur pun dah melambai2.. rasa takutnya nak mati sbb amal kurang, anak pun tak menjadi..
Maka, berbahagialah mereka2 yg soleh serta mempunyai anak2 yg soleh. Kalau anak je yang soleh, tapi ibu bapa kaki maksiat, pun tak guna juga. Setiap orang akan dipertanggungjawabkan atas amalan masing2. Kalau dah buat dosa besar, maka diri sendiri kena bertaubat sebelum mati.. doa saja tak mencukupi untuk menghapuskan dosa2 besar itu.
Cuma mereka2 yg soleh ini, biasanya akan melakukan amal jariah yg banyak atas dunia (banyak bersedekah, memberi zakat kepada yg berhak dsb), menyampaikan perkara2 yg baik kepada manusia (yg menjadi ilmu bermanfaat yg dikongsi2 kepada orang2 yg lain) dan mendidik anak2nya menjadi anak yg soleh, yg mendoakan keampunan untuk dirinya walaupun ketika ibu bapa itu masih lagi hidup. Maka, bila dah mati, tiada lagi amalan yg memberi manfaat kecualilah 3 perkara ini.. akan sentiasa mendatangkan manfaat pahala walaupun dirinya dah berada di dalam pusara.. cewahh..
Sebab itulah, anak yang soleh ini dikatakan harta yang tak ternilai harganya.. sbb walaupun kita dah mati, tapi disebabkan amalan kebaikan yg dilakukannya (yg mana kita yg mengajarkan dia melakukan kebaikan), kita juga akan mendapat pahala tersebut. Itu belum masuk lagi amalan yg diniatkan pahalanya untuk kita.. dia baca al-Quran, sedekah pahala untuk kita.. zikir, sedekah pahala untuk kita.. seolah2nya, kita duduk rehat dalam kubur, tiap2 hari ada je bekalan yang sampai untuk kita.
Tapi, bagi ibu bapa yg mengajarkan anak2nya melakukan maksiat (anak dah baligh, tapi diajarkan berpakaian seksi dan membuka aurat contohnya), maka selagi anak itu membuka aurat, selagi itulah dosa akan sampai kepada ibu bapa.. kerana merekalah yg menjadi pembuka jalan anak2nya melakukan maksiat dan dosa.
Berbalik pada persoalan bagi orang yg tiada anak (disebabkan mandul ataupun anaknya meninggal di usia muda), maka tiada masalah. Sbb walaupun zahir hadis menyatakan ‘anak soleh’, tetapi maksud hadis adalah lebih umum daripada itu. Iaitu doa orang2 soleh juga memberi manfaat kepada si mati di dalam kubur.. tak kira la adik ke, kakak ke, anak sedara ke, anak angkat ke.. Sesiapa saja yg berdoa untuk kita, insyaAllah, akan memberikan manfaat kepada kita sama ada di dunia mahupun di dalam kubur. Cuma, susah sikit la nak harapkan orang mendoakan kita.. sbb kadang2, mereka nak mendoakan diri mereka sendiri pun jarang2, apatah lagi nak mendoakan orang lain. Berbeza dengan anak2 soleh, insyaAllah, mereka akan sentiasa kenangkan jasa ibu bapa dan sentiasa akan mendoakan mereka.
Maka, bagi mereka2 yg tiada zuriat (dan tak berhasrat nak berpoligami.. kihkih), ambillah anak yatim untuk dipelihara.. betapa banyak ganjarannya memelihara anak yatim ni.. even usap kepala mereka pun dah memberikan pahala, apatah lagi kalau kita menjaga dan mendidiknya menjadi insan yg soleh.. insyaAllah, bila kita dah tiada atas dunia ini, mereka ini akan menjadi ‘harta yg tak ternilai’ buat kita, walaupun mereka cuma anak angkat. Tapi, disebabkan didikan kita dan doa mereka, insyaAllah, amalan kebaikan kita takkan terputus, walaupun nyawa kita telah terputus.
Kesimpulannya, sebelum kita nak fikir persoalan anak soleh, kita dulu yg kena buat persediaan untuk menjadi insan soleh dan anak soleh kepada ibu bapa kita.. insyaAllah, kebaikan ini akan berterusan dengan kita mendapat anak2 yg soleh, serta anak2 kita akan melahirkan zuriat (cucu2) yang soleh..


WA


Saturday, July 13, 2013

Curious

Apakah kita yang tiada anak ini dikatakan tiada harta akhirat???


Ternampak satu pic dimana caption pic tu 'anak harta dunia dan akhirat'

But, what about us??? Xde anak...

Apakah nanti kita dikubur, kita yang tiada anak ni takkan ada yang akan mendoakan kita??? 


Just a bit curious bout diz matter...boleh tak sesiapa terangkan...dimana kedudukan kita yang tiada zuriat bila kita meninggal...



Terima kasih. 

Friday, July 12, 2013

akhirnya...

selepas 83 hari period tak datang......akhirnya today...................

CYCLE DAY 1.....again


alhamdulillah....jangan buat perangai lagi ye....cuaks kite !!

so pasni, tamao dah minum gulshan.....

bulan puasa ni, pepagi just sahur air blend dari kurma+susu kambing...

alhamdulillah....sebab ni kot period datang....berkat bulan pose ni, doa dimakbulkan jugak...even tak pregnant...period datang...semoga lepasni, tetap la ye.....jangan wat hal lagi taw...1st time ever ni awak wat hal...






Thursday, July 4, 2013

Mencari

Nak adopt baby, anything plz email me! 

Tuesday, June 25, 2013

Sejarah buruk

Dalam sejarah selama hidup ni.....period delay sangat lama!!


Today CD 66...boleh bayangkan tanpa ada janin but period xnak detim sama...wuwuwuwu..sadis!



G klinik..doc suh tunggu jek...hurmm...2 months dah...tunggu lagiii




Pati delima ni ekceli menyenangkan ke menyusahkan?! Warghh...maybe ok untuk orang lain but not for me! Huhuu...




Sedeh :(

Thursday, June 13, 2013

Shaklee......hopefully

Im going to consume shaklee for a month...nak tengok hasil camne...sebab before ni beli tapi semangat seminit....really need to loose weight before Eid..hahah..at least 10kgs maybe...

Cuma kurang minum air memang masalah sket la kan....sbb benda2 ni proses kalo ade air dalam badan...da start puasa..camne nak minum banyak!? Hurmm...will try my best


Hope dapat la kurangkan sikit.....


Herblax+cinch+lecithin+afalfa+ostematrik


Adui..banyak gak tu..n ade sebahagian kat atas ni da beli lama n still belom expired....so better habis kan ek



N lagi satu....will continue consume vco catalyst back after 3 months stop..

Wednesday, June 12, 2013

cerita semalam


haa..haa..haa.....xde bayang bayang janin ye dalam gambar tu...harap maklum. ini scan bukan sebab nak cek kondisi baby....tapi nak cek kondisi rahim.

alkisah entry sebelumnya  period masih belum sampai, di hari ini, pada CD 52, pun masih belum mengunjung tiba....berbagai upt telah dilakukan maka hasilnya hampeh.....tidak kecewa.....ye...saya tidak kecewa kerana takde instinct pon akan hamil......maka semalam.....









sambung kat sini

SEMALAM, pergi la ke Klinik Pertiwi a.k.a pakar wanita katanya....bersalin pon boleh gak kat situ. Maka perjumpaan dengan doktor pun bermula. Setelah berbagai sejarah di cerita....katanya period saya normal. OK....Normal ye kengkawan........

bila saya cakap pasal period ni, doktor ni tak banyak membantu malah melemahkan semangat ! ye...saya tak suka doktor itu. boleh tak die cakap,

"saya tengok period u ni ok, so ok je lah....u tunggu je la period u tu datang"


hurmm....tu jek?!!!!!!!!

lepas die scan n die bagitaw kondisi rahim normal...tu je la die cakap.....xde solution about kes sebenar hani nak jumpa die...PASAL PERIOD DELAY


pastu....sambil tu...konon nak proceed la untuk fertility treatment...hani cakap la doc before pernah ambil darah untuk cek hormon n hani cakap hormon progesteron hani rendah....lelain hormon normal....maka kata beliau....ITU SEMUA RUBBISH!!!!

beliau berkata lagi, mana ada perempuan hormon rendah......rubbish....scale antara 90-300, mustahil rendah !!! tu lah kata beliau semalam.



then.....die nak amik la darah hani kan.....bajet untuk cek hormon yang 6 tu....sekali try cucuk tak dapat.....terus die give up! n she said " BRING YOUR BLOOD RESULT"

WADEHEK!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

result rubbish tu jugak ko nak kann!!!!!

just dat ! pastu katanya suh tunggu je period datang n bawak result......eeeeeee...sakit hati taw!!!!

rasa da FOBIA nak jumpa doctor gynae ........ even suami semalam dipaksa masuk sekali macam orang bersalah........n suami pon duduk je la dengar ape doc tu ceramah.......n suami cakap.....TAK PAYAH PERGI KLINIK LAGI DAH....huhhuh...



haih.......penat la camni...give up rasa...n sangat FED UP!





Monday, June 10, 2013

memerlukan bantuan ttc'ians

Salam kengkawan yang pernah mengalami masalah ni....


Hani dah 3 weeks delayed period...maknanya today dah CD51

no sign of pregnancy........dua kali buat UPT, -ve


ni kali pertama jadi macam ni since consume PATI DELIMA GULSHAN

perlu ke hani amik ubat turunkan period??

for sure kalau pergi jumpa gynae n not pregnant, kene amik ubat turun darah kan....kan???

so perlukah hani proceed untuk itu???


YAY or NAY??

Monday, June 3, 2013

pati delima gulshan - siapa pernah cuba?

 Morning kengkawan

Mood nak berblog da lama ke laut, but bila ada sumthing yang confuse..baru la nak rajin2 start blog...


kawan-kawan TTC sekalian, siapa pernah mencuba pati delima ni???


FYI, hani start consume pati ni bile last period, bulan April....abis je period terus consume...hampir memasuki botol ke tiga.

but........since consume benda ni...period hani tak datang-datang dah and today....memasuki CYCLE DAY 44!!!!...aiyooo.....what happened eh???
ade siapa pernah mengalami?????

ye lah....sebelum ni memang tiap-tiap bulan tak pernah miss pon period taw...even tade la regular 28 hari..tapi still la menjenguk jugak kan....

dah 2 kali buat UPT but biase la......-ve memanjang



kenapa ye??? disebabkan pati delima ni or memang hani sendiri ada masalah.......


adui.....takot lahhh...kata pati delima ni bagus....untuk TTC....untuk kesihatan


but y period mesti kene DELAYED?!!!!!!!!!!



ada sesiapa yang ada pengalaman macam ni tak???? please share story......

or email je...personally....

shirahamid@gmail.com


tq !

Thursday, May 16, 2013

lamanya tak update blog ni. nothing much to share about and sebenarnya malas but everyday...bukak pc, on fb n tengok dashboard blog n tinjau tinjau entry baru from kawan-kawan....tu la rutin harian saya.

so far, about ttc, i've done nothing. yup......nothing even tau masalah diri sendiri adalah hormon progesteron yang rendah. tapi....takde ape usaha dilakukan.

haaa.....cuma....sekarang ni...actually baru 2 weeks la kot....amalkan pati delima gulshan.
pagi n malam. sedap!!! hhehehhe.....tapi mashammm over noks!

tapi best la...sedap n sedap la....addict ok...kalo tak amik sehari cam something wrong somewhere...hehehhe...poyo!

ok...babaiiiii

Tuesday, April 2, 2013

Alhamdulillah

masih dipanjang umur ketika ini, masih bernafas di bumi ini

terima kasih Ya Allah atas rezekiMu

semoga aku tidak lupa dan leka akan nikmatMu

terima kasih tak terhingga kerana KurniaanMu, suamiku, keluargaku

Alhamdulillah.....syukur :D


p/s : 12.30pm, im officially turn to 27 years old


sanah helwah

Monday, April 1, 2013

belle vie....tak sesuai kot

Seperti di entry yang sebelum ni pasal ubat BELLE VIE, 4LIFE tu....

hani rasa ubat tu tak sesuai kot denga hani.

baru je tadi call klinik tu tanya...nurse tu cakap, maybe hani ada tekanan darah tinggi kot. 

but, FYI, hani selalu amik tekanan darah before nak amik ubat tu...so far under range normal lagi....below 120/80

so, start selasa malam lepas hani consume ubat ni, pagi sebiji, malam sebiji.

Ya Allah......sangat-sangat la pening kepala hani. sumpah pening tak hengatt !!!!!!

hani teruskan pengambilan til hari khamis hani masih lagi amik ubat ni

then hari jumaat, bangun tidur terus sakit datang balik dan hani mintak husband belikan air kelapa. so far 2 jam selepas minum, kepala memang kurang sikit peningnya

but then pening tu datang lagi...sampai malam nak tidur.

then tomorrow saturday.....pun pening lagi...padahal hari jumaat dan hari sabtu, hani dah tak amik dah ubat tu. punya la kuat kesannya.

hani fikir maybe ni kira healing crisis la...nak kasi die sebati dalam badan....but boleh tahan ke sampai 4 hari berturut-turut sakit kepala??

aduiihaiii...i think ubat ni tak serasi ngan hani.......hurmmm........

Tuesday, March 26, 2013

Hurmm...

Semalam..pergi jumpa doktor untuk pastikan hormon hani yang rendah tu...die cek 6 hormon so far normal but only progestron je rendah...hani ingat die bagi clomid...hani pergi klinik keluarga taw...tapi die kasi hani ubat belle vie 4life.

Hani cuba carik pasal ubat ni....macam x ramai je guna ubat ni...


Rm197


Baru pagi tadi makan sebijik. Camne ye....perlu tak hani refer pakar or teruskan ubat ni untuk 3 bulan??



Monday, March 25, 2013

4life

Product 4life bagus ke?? Belle vie

Ade sesiapa yang ada pengalaman x makan ubat ni..share plz!

Wednesday, March 13, 2013

hormon rendah = PCOS

Sabtu lepas, Hani nekad nak start buat treatment. 1st yang Hani buat, Hani ambil darah pada CD21. Temujanji dibuat malam hari sebab siang doktor tade. So malam tu, berserah la Hani buat rawatan. Ambil darah je pun. Ye la...agak cuak sebab tak pernah seumur hidup ambil darah. 

Turn dah sampai. So masa doc nak cari urat kat tangan Hani. Die da bebel2 sebab kat tangan or lengan Hani tade nampak urat. hhuhu....ye la...tangan gebu !

Even nurse pon siap cubit-cubit tangan Hani katanya gebu sangat...hahahaha......sakit ok!

Ada 4 tempat die cuba ambil darah tapi semua tak dapat. Sampai la part last sekali, baru la darah tu nak kasi kerjasama. Katanya darah Hani pekat likat n gelap. dats mean banyak kolestrol

Ambil darah je. Pastu Hani bayar RM160 then balik tunggu result.

haaa..sampai bengkak la urat doc tu nak carik darah...huhuhuhu...xpelah...berkorban sket



Few days before......Hani ambil OPK untuk test ovulation Hani
tataw camne bile upload pic jadi terbalik plak

pic bawah ni CD20, 8/3/13 jam 2.15 ptg...
tapi pic ni diambil keesokkannya, so maybe line tu dah blur sket.
 


haaa...memula tak nampak then almost  CD19-20 baru terang kan.....bajet time tu ovulate la....tapi senanya tak bila Hani dapat result from doc yesterday.......


paras hormon progesteron Hani rendah........

bile Hani search pasal ni, hurmmm....im PCOS actually......

doc suruh ambil ubat kat die before CD5...

bile dapat taw result tu orang pertama yang Hani bagitaw, husband then mak Hani. Kebetulan masa tu Hani kat rumah mak semalam sebab Hani cuti, husband kerja....

Memula tu ok, then bile husband balek je...huwaaaaaa


terus menangis..........chances to a bit low!!!! 
takkan nak happy kan?!!!!


mmg tataw nak cakap camne dah....benda yang Hani tanak tu tak sangka kene plak kat diri sendiri.

Then bile baca2......most PCOS ni mmg payah but chances tu tetap ada.......kan???





lemah longlaiii...til today, pergi kerja.....memang tade mood !!! 

sedihnyaaaaaaa ;(



Tuesday, March 12, 2013

Hormon progesteron

Kawan TTC....camana cara nak tingkatkan hormon ni??? Just got da call from doc...she said hormon progesteron hani rendah...



*perlutabah*

Friday, March 8, 2013


SELAMAT HARI WANITA

saya masih TTC

Sehingga kini, masih lagi belum menunjukkan tanda-tanda untuk hani menamatkan tempoh TTC ni. Selama berdiam diri, memang betul tiada apa-apa usaha untuk kami menamatkan tempoh TTC ni. Segalanya berjalan seperti biasa. Selama berdiam diri ni, gangguan emosi yang MAHA HEBAT berlaku antara kami. Ye...sangat mengganggu. Tak perlu lah nak state apa gangguan tersebut. Rasanya pada siapa yang dalam golongan ini, pasti akan tahu atau pasti akan terusik sedikit sebanyak tentang 'khabar berita'.

Yup, Hani tanak sebut n kalau boleh tanak amik pusing pon hal tu....but as u knows, kita hidup bermasyarakat, berkeluarga, berkawan. Semua tu pasti akan menusuk dalam telinga ni sampai dah tak terkata 'nanahnya' untuk menahan. Pedih. Kecewa. Too Deep Depressed........(pebenda ayat ntah!)


Some people will alert 'bout our emotions but MOST of people would NOT ! 

Tak kata orang jauh, mereka yang terdekat tu penangannya amat melampau. Ye....sangat !


Alhamdulillah. Kami golongan terpilih. Syukur Ya Allah.

Since merasa keperitan  ni, banyak pengajaran yang Hani perolehi dari keadaan sekeliling, malahan diri Hani sendiri. Syukur. Syukur. Syukur. Terima Kasih Allah kerana memberi suami yang sangat memahami. Suami yang sangat supportive. Suami yang terbaik. (for sure la puji suami sendiri kan)





Hikmah.




Ye, setiap satu kejadian. Semua ada hikmah. Semakin kita diuji, semakin itulah sebenarnya Allah nak lihat sedalam mana kita berusaha dan meminta kepadaNya. Sedalam mana kita serius. Sedalam mana kita bersedia. Semua tu Hani dapat lihat dalam diri Hani. Dah menjangkau usia perkahwinan yang ke 2 tahun. Most ppl besides said, 'still new', 'keep trying', but..........til when?? Hani mengaku pernah suatu masa, diri ni sangat down.....sangat tak terkata kecewanya sebab kenapa masih belum.....kenapa...???? Bukan untuk menidakkan qada dan qadar yang ditentukan.....sekadar luahan untuk menenangkan hati...ini semua rezeki....ye Hani taw...rezeki Allah.......alhamdulillah...Allah tak pernah sekat rezeki Hani....cuma bab anak tu...ade salah kami yang menyebabkan perkara ini terjadi...diakui.

Suatu hari, dalam proses untuk pulih dari 'kecederaan hati', entah la....tetiba zupppp.....datang satu fikiran or macam terlintas la kata orang.......... Hani sedar Hani tidak istiqamah dalam melakukan sesuatu...... Bile fikir-fikir balik. Kat mana la agaknya usaha Hani buat tu eh...selain dari ........................... Masa tu tersedar. Menangis lagi. Ya Allah.... Hani tidak berusaha, tidak bertawakal dan tidak istiqamah dalam mendapatkan 'hajat'. Memang sedih. Bukan kerana tidak dapat, tapi sedih sebab diri Hani sendiri. Ya amat sedih...........

Mungkin inilah sebabnya kenapa masa tu belum tiba.

Sejak tersedar dari tu, hanya Dia tempat Hani mengadu. Tempat kita semua meminta. Dia yang menenangkan hati. Instinct rasa................................. tak lama dah tu....hahaha...not sure tak lama apa..........

Macam tersedar dari lamunan. Asyik berangan dan berangan. Sekarang ni, bukan lagi masa. 

Allah tu Adil, semakin banyak kita meminta, semakin itu Dia suka. InsyaAllah....Suatu hari, pasti ada.

Nak bangkitkan aura positif dalam diri.....memang payah. Apatah lagi dikelilingi mereka yang tidak memahami. Rasa nak lari...lari dari mereka. Tapi nanti, sama je situasi. Payah nak handle emosi ni....payah

Sejak peristiwa ni terjadi dalam hidup, Hani rasa banyak yang perlu Hani pelajari. Mendalami. Melaksanakan. Itu yang Dia nakkan.....Ikhlas....ikhlaslah keranaNya....Niat. Lillahita'ala....bukan nak cakap kite ni bagus, sebab ini semua pengalaman dan persediaan kita.........kadang-kadang pelik, senang je orang lain dapat, then buang..buat kite yang beria ni....payah sangat....ni lah dugaan....dugaan bagi yang berkahwin...kalau tak kahwin, bile la jodohh nak sampai ni.........pun pusing gak kepala nak fikir kan...so ape perlu buat....redha...usaha....tawakal.....insyaAllah....






Kecewa.


Dulu sangat mengkagumi 'mereka' kerana 'mereka' sangat memberi semangat dan pendorong untuk kami. Mereka tidak mempunya sebarang masalah untuk menyakiti kami. Sumpah. Rasa bertuah. Itu semua dulu. Kini tidak lagi. Actually nak story mendalam but ........ stalker ramai la.... hahaha....hati ni rasa nak je citer tapi xpelah....simpan dulu. Kalau nak....nanti kite private msg k..hhahaha



Cuma apa yang perlu buat sekarang................Hani perlu elakkan diri dari mereka yang menyakiti...hahaha....ELAK-ELAK

Jangan terasa hati. Ini untuk kebaikan bersama. Taknak nanti hati ni berbekam...menusuk..dengan tusukan 'tanpa sengaja' dari mereka. InsyaAllah..untuk sementara sehingga hati ni pulih.




p/s : lama tak update blog ni.....update pendek pendek je. lama tak story bout TTC ni secara details...banyak ekceli tapi biar dulu lah......

Friday, February 15, 2013

New entry, very very short

Pinggang saket dah 3 hari. Sekian.




Hehehehe..........no angry angry bird!!

Thursday, January 31, 2013

Mirror mirror on the wall

Hee..cantek kan cermin ni...ikea marii.....satu cermin RM 12.90

Hurmmm...skang ni mood nak make over rumah aje....sket sket la..ikot bajet..huhuu

Wednesday, January 23, 2013

Kecewa

Dah tak terbendung rasa kecewa ni bile depan cakap lain blakang cakap lain. Bermuka muka sekadar untuk mengambil hati. Hurm......


No words can describe bout my feeling rite now!


U guys cant be trusted!



Saturday, January 12, 2013

Saloon time

Harini actually tataw nak ke mana sebab selalu kitorang akan turun kl untuk jalan jalan

Disebabkan hari ni ada perhimpunan ape ntah.....so kami jalan jalan menghala ke selatan

Bajet nak g PD but rasa malas plak, so kami masuk tol Nilai

Lepas jalan punya jalan

Hubby berhenti betul betul depan kedai saloon. Die offer, nak treatment rambut tak???

Perlu ke menolak?? Hehehhe...hani pon,,, ok!


Aftar discuss charges die, hubby setuju.....disebabkan hani mempunyai satu masalah rambot yang kronik iaitu gugur....so die banyak la suggest produk produk yang tak pernah nampak di pasaran


Memang hani pernah dengar jugak, if nak produk rambut yang betol betol elok, kene pakai saloon punya produk even harga die agak berganda sket


Lepas amik segala tonik, serum, syampoo n conditioner....total dengan treatment almost RM500.....he he he


Suami tetibe tarik muka! Haahhah.....


Sape suruh offer kan diri untuk pergi saloon, kan dah kene


Mesti lepas ni agaknya die serik nak ajak g salon sini


Selalu kalau saloon biasa, 200++ je

Takpe lah...die cakap sebab hani dah 6 months x pergi saloon...konon die tebus la..heheheh



Papepon........thank you hubby!

♥kawan-kawan, tinggalkan link anda supaya saya mudah menjenguk page anda semula♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© Hanidatul's Blog | Templates by : Nurulchumel's Design | All Rights Reserved™