Pages

Friday, March 25, 2011

semalam....seharian sakit kepala sampai terpaksa MC


maaf kawan kawan
lately agak kurang berbelogging
sebab kesibukan yang tak berapa sibuk dengan gembira menghampiri saya
dalam hati tu tiap tiap hari selepas balik kerja je
ingat nak on my lappy then update some new entry
but angan hanya tinggal angan
cerita hanya tinggal cerita
janji tak berapa janji la

ok
hani nak story sikit pasal kesihatan hani yang lately ni tak berape baik
mintak-mintak tidak berlarutan
semenjak kes yang hani miscarriage aritu
kerap sangat badan ni sengal-sengal dan pening+angin mudah singgah
maybe sebab tak berapa pantang masa mula-mula tu
but now hani da berpantang la.....jaga makanan mana yang bole dan tak boleh
ni semua berkat tunjuk ajar tukang urut hani a.k.a kak ita
dia yang urut hani (bersengkak)
dan sambil tu die bagi beberapa tips untuk hani berpantang dan jaga pemakanan
so, now hani kene berpantang makanan dan minuman yang hani suka
kalau nak taw
dulu la kan.....hani tak pernah tak minum ais
now dah almost a months tak usik ais dan air bergas
wheee.....congrates to me!!!
dan hani jaga untuk tidak memakan makanan berangin dan terlalu pedas sangat (kalau pedas cepat2 minum air)


ok..maafla mukadimah yang terlalu panjang
hani nak story pasal semalam
hani n en husben meng'MC'kan diri
nak taw sebab apa kami MC??
hanya sebab kami PENING

 

hurm.......pening???????
maybe ada certain people will say dat kami saja saja nak bercuti
mentang-mentangla pagi semalam hujannn
seronok kalau tarik selimut kannn...hihihiihhi

but guys.....soriiii yaa
anggapan kamu meleset sama sekali
kami memang benar-benar pening
owh....sungguh dasyat kepeningan kami tuh

ekceli story nya macam ni
pagi tu...as always kami bangun dah taw
bersiap-siap nak pergi kerja
everyday en husben akan kunci jam kol 5 pagi dan bersiap-siap
lebih kurang 6.15-6.30 pagi
kami dah bertolak untuk ke tempat kerja
nak disalahkan terkena hujan??
entah la...sebab hani da mula pening masa bangun pagi tu
but en husben mase tu masih ok lagi
but then masa da sampai ofis
but hani tak naik lagi
lebih kurang 6.50 pagi
hani betul-betul tak larat sangatttt
then en husben pun tetiba cakap die pon da pening pening
kami pon sepakat la,...ingatkan nak EL (emergency leave) je
en husben suggest nak cek darah kat klinik
takot la kan..kot kot ada darah tinggi ke
kami pon sama sama pergi ke klinik tu n cek tekanan darah
alhamdulillahh
normal lagi k...still normal....no high, no low
nice nice....hihihihi

dan....puan dokter tu siap bagi hani acid folic sebab hani story kat die pasal kes hani tu
padahal memang dah ade da...saje gatal amikkk lagikk :p
ok....dapat je ubat tu hani terus makan taw
ingatkan dalam sejam dua ok la kan, but same je...n makin worst pening hani tu
en husben pon same jugak..kami balek rumah, dah terbaring masing-masing, sorang kat hall sorang kat bilik, haih tak taw la nak cakap....mase tu ingat bile da bangun je tidur, hope sangat da ok pening tu BUT still tak ok lagi!!!!!!!!

 
rasa macam nak hantuk pale kat dinding taw!!!GERAMMMMM

hani dah tak tahu nak makan ubat ape lagi dah....tensionn taw pening pening nih, lepas tu hani fikir malas nak layan kepeningan yang kemengadaan tu
hani buat kerja-kerja rumah macam biasa but yang hani perasan satu je
hani tak boleh menunduk
bile tunduk je rasa nak pitam sangat, but hani still teruskan jugak kerja-kerja rumah tu sampai la malam..en husben masih lagi kepeningan
cara hani nak bagi kurangkan pening tu + kekadang ade la loya sikit
hani makan eclipse
beranginnnn dan release sikit tension

haihh....ape masalah kami ni sebenarnya ye????
malam tu, hani cuba tidur awal jam 10.00 malam
(ekceli tu memang waktu tido hani la)
then jam 3.30 pagi hani terjaga dan terus tak boleh tidur
bayangkan masa dah bangun tidur tu pon, kepala otak ni masih lagi pening lagi
eeeeeeeeEE!!!!


tak tahu la kenapa.......dah tak tahu nak buat apa dah, hani amik kain baju hani and en husben, hani gosok dua tiga helai lepastu hani masak air, hani buat begedil!!
hahahah..ini kerja gila!!
en husben???hani biarkan dia tidur sampai jam 5 pagi
then bile bangun....die kata die da ok....hani je yang masih tak ok nih
haih.........
dan akhirnya.....sesampai di ofis..kawan syorkan hani muntah paksa
erk...ok...hani takot ekceli but i have to
hani pon memuntahkan diri secara menjolok jolok tekak tu
then.............bushhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!
sangat banyak...eeuwwwwwww

 
but...
it's miracle
pening tu makin berkurangan dan sehingga hani publish entry nih
pening tu dah hilang terus!!
alhamdulillah...finally ok jugak pening tuh

dan hani ada baca dalam beberapa artikel pasal pening kepala nih
ok yang ni hani tepekkan sikit artikel yang hani dapat
(ekceli artikel ni hani tepekkan kat partition tempat kerja hani)
  1. Berehat seketika dengan berbaring
  2. baring di atas katil dan pejamkan mata untuk tempoh kira-kira setengah jam
  3. elakkan terkena cahaya terang atau pancaran matahari
  4. berehat dalam sebuah bilik yang gelap atau samar-samar kerana keadaan yang terang benderang boleh menambahkan kesakitan  pada kepala.
  5. ketulan ais atau air sejuk boleh meredakan sakit kepala. ambil sehelai tuala dan masukkan ketulan ais di dalam tuala kemudian lekapkan tuala pada mata  untuk beberapa ketika.
(sumber google)


ada lagi kawan-kawan....korang google la yek
banyak sangat tips
so hani harap lepas ni xde la pening pening macam ni lagi

masa malam tuh kan
tiba-tiba en husben cakap maybe hani pening ni pasal rambut panjang sangat
hurm.......FYI
rambut hani panjang tu tak la sampai pinggang lagi tapi hampir hampir la + rambut hani tebal
so kemungkinan......PANAS
so en husben sarankan hani potong rambut
but die kadang-kadang tak bagi potong
kadang-kadang  bagi pulak
hurm...gedikkkk

hani memang nak potong rambut pendek dari dulu lagi
since before kawen lagi tapi dihalang oleh en husben
maybe sebab die da tengok hani seksa bile berambut panjang+pening
so die benarkan hani potong

dan dalam kepala otak nih
dah mule la pikir fesyen fesyen rambut yang cantek
but tak tahu la ok ke tak ngan hani
nak kene tanya hairdresser dulu baru bole potong
so hani punya pilihan macam gambar kat bawah nih






(sumber google)

CANTEK TAK ???!

hihihihi..hope so la bole buat macam nih
bosan dah rambot panjanggg
huhuhuhuh....................


Friday, March 18, 2011

petua rumahtangga - 8p from ustazah siti nur bahyah

selamat pagi
hari ni tetiba terajin pulak mood nak update serba sedikit pengetahuan tentang petua rumah tangga nih

hani tengok dekat blog orang..saje saje blogwalking
so ternampak la beberapa petua yang hani rasa amat penting untuk semua pasangan suami isteri
so...jum kite ramai2 aplikasikan petua nih
insy...........bahagia hidup....dunia akhirat

PETUA 8P

1) P yang pertama ialah ‘puji’ iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.

2) Katanya, P kedua ialah ‘peluk’ yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

3) P seterusnya ialah ‘penghargaan’ di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.
 





4) ‘Perhatian’ adalah P keempat yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan, katanya yang menulis buku Cakar Harimau - Tips Kebahagiaan Rumah Tangga, Amalan Ibu Mengandung dan Panduan Mencerdaskan Minda.

5) Siti Nur Bahyah berkata, P seterusnya mewakili ‘persefahaman’ amat penting.

6) Menurutnya, P selanjutnya membawa maksud ‘pergaulan’ iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

7) Beliau berkata, satu lagi P adalah ‘percutian’ di mana kita perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.



8) Katanya, P yang terakhir ialah ‘permohonan’ iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia. Amin. Ini lah yang teramat penting sebagai Hamba Allah.



ok...semoga kita semua dapat jadi yang terbaik untuk pasangan dan sentiasa bahagia...kalau gadoh-gadoh tu adatlah kan..pada hani kita kene bertolak ansur walau apa situasi pon...

ni sume peringatan untuk hani jugak.............

p/s : today......i'm married for 3 months

Thursday, March 17, 2011

sengkak

ok guys..
hani mintak maaf yek sebab lama sangat tak update blog nih
kesihatan tak berapa baik + ke'bz'an melanda
ekceli banyak story da terlepas
nanti la sikit sikit hani cuba update yek

ni hani nak story sikit pasal sengkak nih
ekceli hani sendiri pon tak berape pasti maksud sengkak ni
u guys google la yek
then bagitaw hani
hakhakhak =p
 
ok ni hani just nak share sebab musabab kenapa hani berurut a.k.a bersengkak nih
untuk pengetahuan umum
on 27 Februari 2011
i'm miscarriage!
 
so...agak lama hani biarkan tak berurut
orang cakap tak elok
sebab 'benda' nak pakai lama kan
hani tanya mak hani pon die tak tahu nak carik kat mana orang yang pandai mengurut ni sebab mak hani tak bagi hani urut sembangan orang

so hani teringat kawan ofis hani ade yang pandai bab-bab macam ni
so hani mintak la tolong die urutkan

seperti yang dijanjikan
harini
hani berurutt
atas tujuan untuk mengetahui kedudukan sebenar peranakan hani ni macam mana
dan kata kawan hani tu
peranakan hani kembang dan jatuh
sakit???
jangan tanya!
sakitttttttt
but die cakap
ni pon die buat tak berape nak 'force' sangat
sebab die kata hani tak pandai bermain dengan nafas
uncontrol laaa
ade yang die suruh tarik nafas hani pergi hembus laaa
ape laaaa
 
so die buat sikit sikit dulu katanya
but ekceli it almost done 
cuma bururut secara berulangan tu kan lagi baik
so dat kite tahu macam mana kedudukan rahim kita
masa die urut tuh
die suruh hani rasa macam mana peranakan hani
ade tak rasa macam tu la..macam ni laaaa
hani cakap la hani sakit belah kiri peranakan
then she said
dah kembang!
owhgosh!!
plus jatuh sekali
haihhh........
takotnya dengarrrrrrr

and now die suggest hani untuk berpantang makanan dan minuman sejuk
i have to folo!

mintak mintak la tade pape
takot laaaaaaaa..........
proses urutan disambung esok

semoga segalanya  baik-baik aja

rezeki, ajal, maut, jodoh dan segalanya di tangan Tuhan
dan kita sebagai hamba hanya berusaha sebaik mungkin


tataz!!!


PETUA RUMAHTANGGA - Tidur berbantalkan lengan suami (dapat kat fesbuk)

ok...ni hani just nak share serba sedikit apa yang  hani dapat kat fesbuk...

rajin-rajinlah membaca ya!


Dari bancian ke atas 10 ribu pasangan yang berkahwin (sumber kajian MOHEMA) hanya kira-kira 45% sahaja isteri yang tidur berbantalkan lengan suami selepas 3 tahun berkahwin. Dan hanya tinggal 21.7% sahaja isteri yang masih tidur berbantalkan lengan suami selepas 10 tahun usia perkahwinan.

Tahukah kaum isteri, bahawa hormon bau phero yang di rembes dari ketiak lelaki/suami boleh mengaktifkan hormon wanita/isteri hingga mereka merasa damai dan tenang. Sebenarnya hampir 65% bau badan lelaki/suami datang dari celahan ketiak dimana kelenjar phero paling aktif.

Jadi para isteri semua, ketepikanlah bantal-bantal anda, tidurlah di atas lengan suami hingga ke pagi, hampirkan hidung di celahan ketiaknya, tidak di nafikan anda akan peroleh pengalaman yang cukup rilex dan tenang, ianya tanda bahawa bau phero suami anda sedang bertindak balas dengan kelenjar hormon anda. (pengalaman ini hanya perempuan sahaja yang tahu bertapa asyik dan rilexnya)…FAKTA….sirius….
Dan dari kajian itu juga menyatakan isteri yang tidur di atas lengan suami akan tidur lebih lena dan mencapai tahap 7 hingga 8 dalam tahap lena tidur.
Dan peringatan untuk lelaki/suami, jangalah shave ketiak anda togel, biarkan sedikit atau trim sikit aje bulu-bulu itu yang merupakan ejen penyebar bau phero yang di senangi wanita.
so pada isteri-isteri semua, anda semua praktikan ke tidur atas lengan suami?

Tuesday, March 1, 2011

bloodspot?!!

kawan-kawan
khamis yang lalu saya mengalami bloodspot
apekah bloodspot??
google la sendiri sebab tak mampu nak describe dah
sobb sobb...............
mengikut pengalaman kawan-kawan
tanda awal kehamilan itu telah berlaku dan akhirnya
.
.
.
.
.
tiada rezeki saya untuk menimang cahaya mata lagi
haih....
.
.
.
.
.
.
married for 2 months and 11 days
mostly friend said it's too early
so...masih ada masa lagi untuk ke arah itu

sabar la haniiiiiiiiii!!!!!!!!!!

http://www.emocutez.com

♥kawan-kawan, tinggalkan link anda supaya saya mudah menjenguk page anda semula♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© Hanidatul's Blog | Templates by : Nurulchumel's Design | All Rights Reserved™