Terima kasih kepada kengkawan yang komen mengenai entry 
CURIOUS yang lepas...berkenaan kedudukan kita di akhirat sebab kita tiada zuriat, adakah tiada doa yang kita dapat dari anak-anak....so tadi, hani cuba cari dan cari...hani terjumpa satu page ni...hope kawan-kawan luangkan masa baca n faham isi kandungannya....Alhamdulillah....lega rasa hati ni.....
hani copy paste balek ye....selamat membaca !
=====================================
    
    
   
   
Soal Jawab : Tiada Anak Untuk Mendoakan Ibu Bapa
 
 
Salam…
Ustaz Love menerima pertanyaan daripada saifull :
“Bila kita dah meninggal nanti, maka
 terputuslah amalan kecuali 3 perkara  iaitu sedekah jariah, ilmu yang 
bermanfaat dan doa anak yg soleh….boleh  ust terangkan maksud anak yg 
soleh tu? kalau seseorg tu tiada anak mcm  mana ust…“
Ini mafhum daripada sebuah hadis riwayat
 Imam Muslim. Secara zahirnya, semuanya memahami akan maksudnya sebab 
hadis ni memang masyhur sejak jaman kita kecik2 lagi. Cuma timbul 
masalah berkenaan dengan isu anak ini.. dan kadang2 ianya menjadi alasan
 pada para suami untuk bernikah lagi (sbb isteri mandul) dan nak 
dapatkan anak yg soleh.. sedangkan belum tentu lagi anak yg bakal 
dilahirkan itu akan menjadi soleh (dah ayahnya pun bukanlah soleh 
sangat.. kihkih)
Anak soleh ni bukan saja berguna semasa 
kita dah masuk dalam kubur, bahkan waktu kita masih kat dunia lagi. Sbb 
maksud soleh ini adalah baik.. anak yang baik mengikut definisi agama.. 
iaitu anak2 yang mentaati Allah dan RasulNya serta mentaati dan 
menghormati kedua ibu bapanya dan melakukan perkara yg makruf (baik) 
serta meninggalkan perkara yg munkar.
Jadi, bagi ibu bapa yg mempunyai anak 
yang soleh, sudah tentu ianya merupakan harta yang tak ternilai dalam 
kehidupan mereka. Harta boleh dicari, tetapi anak soleh ini perlu 
dibentuk. Kadang2 menjadi, kadang2 tak menjadi. Ada juga yang ibu bapa 
mereka soleh, tapi anak2 jadi hampagas. Tapi jarang ibu bapa yang buruk 
akhlak, anak2nya menjadi baik akhlak. Sebab lumrahnya, ibu bapa itu yang
 akan mencorakkan anak2.
Masalah ibu bapa pada hari ini, bila 
harta melimpah ruah, pendidikan tahap tertinggi.. tapi anak2 jadi kurang
 ajar, tak hormat orang tua, tinggal solat, buat maksiat dsb.. 
sehinggakan ibu bapa pun tak tahu nak buat mcm mana dah. Masa tu baru 
rasa kesal, sedih, terharu, terkaget dsb. Hantar anak2 ke pusat 
pemulihan akhlak, berkawan pula dengan yang memang dah rosak akhlak.. 
maka bertambah2 lagi kerosakannya.
Kemudian baru tersedar, yang selama ni 
dah banyak lalai dan jauh dari Tuhan. Lalu cuba nak mendekatkan diri 
dengan masjid, ikut kuliah dsb.. tapi masa tu, umur pun dah lanjut.. 
kubur pun dah melambai2.. rasa takutnya nak mati sbb amal kurang, anak 
pun tak menjadi..
Maka, berbahagialah mereka2 yg soleh 
serta mempunyai anak2 yg soleh. Kalau anak je yang soleh, tapi ibu bapa 
kaki maksiat, pun tak guna juga. Setiap orang akan dipertanggungjawabkan
 atas amalan masing2. Kalau dah buat dosa besar, maka diri sendiri kena 
bertaubat sebelum mati.. doa saja tak mencukupi untuk menghapuskan dosa2
 besar itu.
Cuma mereka2 yg soleh ini, biasanya akan
 melakukan amal jariah yg banyak atas dunia (banyak bersedekah, memberi 
zakat kepada yg berhak dsb), menyampaikan perkara2 yg baik kepada 
manusia (yg menjadi ilmu bermanfaat yg dikongsi2 kepada orang2 yg lain) 
dan mendidik anak2nya menjadi anak yg soleh, yg mendoakan keampunan 
untuk dirinya walaupun ketika ibu bapa itu masih lagi hidup. Maka, bila 
dah mati, tiada lagi amalan yg memberi manfaat kecualilah 3 perkara 
ini.. akan sentiasa mendatangkan manfaat pahala walaupun dirinya dah 
berada di dalam pusara.. cewahh..
Sebab itulah, anak yang soleh ini 
dikatakan harta yang tak ternilai harganya.. sbb walaupun kita dah mati,
 tapi disebabkan amalan kebaikan yg dilakukannya (yg mana kita yg 
mengajarkan dia melakukan kebaikan), kita juga akan mendapat pahala 
tersebut. Itu belum masuk lagi amalan yg diniatkan pahalanya untuk 
kita.. dia baca al-Quran, sedekah pahala untuk kita.. zikir, sedekah 
pahala untuk kita.. seolah2nya, kita duduk rehat dalam kubur, tiap2 hari
 ada je bekalan yang sampai untuk kita.
Tapi, bagi ibu bapa yg mengajarkan 
anak2nya melakukan maksiat (anak dah baligh, tapi diajarkan berpakaian 
seksi dan membuka aurat contohnya), maka selagi anak itu membuka aurat, 
selagi itulah dosa akan sampai kepada ibu bapa.. kerana merekalah yg 
menjadi pembuka jalan anak2nya melakukan maksiat dan dosa.
Berbalik pada persoalan bagi orang yg 
tiada anak (disebabkan mandul ataupun anaknya meninggal di usia muda), 
maka tiada masalah. Sbb walaupun zahir hadis menyatakan ‘anak soleh’, 
tetapi maksud hadis adalah lebih umum daripada itu. Iaitu doa orang2 
soleh juga memberi manfaat kepada si mati di dalam kubur.. tak kira la 
adik ke, kakak ke, anak sedara ke, anak angkat ke.. Sesiapa saja yg 
berdoa untuk kita, insyaAllah, akan memberikan manfaat kepada kita sama 
ada di dunia mahupun di dalam kubur. Cuma, susah sikit la nak harapkan 
orang mendoakan kita.. sbb kadang2, mereka nak mendoakan diri mereka 
sendiri pun jarang2, apatah lagi nak mendoakan orang lain. Berbeza 
dengan anak2 soleh, insyaAllah, mereka akan sentiasa kenangkan jasa ibu 
bapa dan sentiasa akan mendoakan mereka.
Maka, bagi mereka2 yg tiada zuriat (dan 
tak berhasrat nak berpoligami.. kihkih), ambillah anak yatim untuk 
dipelihara.. betapa banyak ganjarannya memelihara anak yatim ni.. even 
usap kepala mereka pun dah memberikan pahala, apatah lagi kalau kita 
menjaga dan mendidiknya menjadi insan yg soleh.. insyaAllah, bila kita 
dah tiada atas dunia ini, mereka ini akan menjadi ‘harta yg tak 
ternilai’ buat kita, walaupun mereka cuma anak angkat. Tapi, disebabkan 
didikan kita dan doa mereka, insyaAllah, amalan kebaikan kita takkan 
terputus, walaupun nyawa kita telah terputus.
Kesimpulannya, sebelum kita nak fikir 
persoalan anak soleh, kita dulu yg kena buat persediaan untuk menjadi 
insan soleh dan anak soleh kepada ibu bapa kita.. insyaAllah, kebaikan 
ini akan berterusan dengan kita mendapat anak2 yg soleh, serta anak2 
kita akan melahirkan zuriat (cucu2) yang soleh..
WA