Pages

Saturday, April 16, 2011

resepi buat begedil, cara saya

selamat pagi
eh, terajin pulak pagi ni nak main masak masak kan
hujan lebat nih
kata orang kalau tidur memang ASYIKKKKKKKKKKK
 tapi mata ni da cukup tidur kot semalam
so pepagi lagi dah bangun, teman suami bersiap n peluk cium sebelum die pergi kerja (eccecece....nyampah laksss)
pastu dalam kepala otak ni terfikir apa nak buat yek lepas tu
1st thing yang saya buat ialah membasuh kain
almaklumlah hidup berdua
saya hadkan basuh kain selang 3, 4 hari seminggu
dat's mean dalam seminggu dua kali je basuh


basuh mesen je pon...hhihihihi
sambil menunggu kain siap kering semua
terfikir dalam otak ni lagi nak masak begedil 
so meh sini saya tepekkan beberapa bahan bahan yang diperlukan yek tuan...puann

bahan-bahan :
kentang yang dah dikupas kulitnya, kalau nak makan kulitnya pon..up to u!
ayam/daging dah siap potong, bukan sekor bulat bulat yek! papepun..up to u!
daun sup yang dah siap potong, kalau nak letak without potong pun....up to u!
bawang kering yang harus kering...kalau basah pun ..up to u!
lada sulah sikit, nak letak lada hitam pun....up to u!
telur sebijik jek, nak lebih.....up to u!

ok now cara-cara :

1. kentang dan ayam tu digoreng dahulu yek, letak la kunyit n garam sikit, tapi ada sesetengah orang rebus kan...ni cara saya...harap maklum yek
2. selepas dah digoreng tu, kentang tu dilenyek 
3. ayam tu korang tumbuk kasi die hancur jugak...ceraikan ayam tu dengan tulang, kalau nak letak tulang pon...korang yang makan bukan hani..hahaha
4. lepas dah hancur ayam n kentang tu, korang gaul lah....bagi sebati konon....(pakai tangan la..kalau sendiri makan, kalau buat meniaga tu, sila jaga kebersihan, pakailah sarung tangan yekkk)
5. letak serbuk lada sulah secukup rasa 
6. letak daun sup dan bawang goreng tadi dan gaul bagi serata semua 
7. pastu korang uli or bentuk kan la rupe begedil tu nak jadi rupe ape pon asalkan boleh dimakan, sukatilah ada yang suka buat bulat besar besar, ada yang kecik kecik
8. pecahkan telur, dan korang celupkan begedil yang dah dibuat rupe bentuk tadi dan goreng

senang jak!
ni pon hani belajar melalui kawan kawan + tengok resepi kat internet

cuba la....kalau kat luar, sebijik je dah RM1.....
better buat sendiri.....jimat dan lagi puas hati....nak tambah ayam banyak banyak or daging banyak banyak pon ..up to u!


maaf en suami...lagi sepasang kasut ku order ;p

pagi kengkawan
hadoii..maaflah...ekceli benda ni dari sehari ke sehari hani nak post but busy la
ofis macam macam program buat lately n semua staf kene get involve
so tak dapatla nak dok bertapa depan pc je
n now kat rumah
afta setel semua kerja kerja rumah 
hani nak share sikit lagi pasal another kasut yang hani order tu
hihihihi

adoi.......
entahlah..since dah tau satu blog tu jual kasut cantek cantek dan murah murah dari lain
hani dah mula addict balek dengan kasut nih
hurmm..almari kasut dah tak muat dah nak letak kasut taw
tapi still mau jugak beli
marah la encik suami nanti
yang ni hani beli tanpa pengetahuan beliau
hohohohoho..............

diam diam bank in duit pastu now tunggu dapat jek
pre order kasut kan...so a bit late la
around 2 weeks macam tu baru dapat

contoh kasut yang hani dah order tuh
haa..macam gambar kat bawah nih

mula mula hani ambil warna grey
siap dah isi form sume taw
tapi bile terpandang beige color nih
terpikat sebab reben die kale cantek
pinkish grey gitu
so hani email semula kat owner tu untuk tukar warna
n nasib baik owner tu bagi
hohhohoho.......

haaa...ni la warna beige tuh
cantek tak??
kalini amik yang kurang sikit ketinggian
sebab nak cuba slow slow pakai kasut yang tak berapa tinggi
hahahahaha

(ekceli sumtimes g ofis pakai selipar flip flop tu jek)

ni saje menggatai tangan isi form kan
haaaaaaa...kan da terbeli

hahahahahahaha...alasan untuk pencinta kasut macam saya






p/s : hujanla pulak pagi nih, kalau malam kan best...bole tidur tanpa bukak air-cond....hehehehehhe

Wednesday, April 13, 2011

petua untuk bakal pengantin

selamat pagi semua
harini nak share sikit petua petua untuk semua bakal bakal pengantin yek
dan petua petua ni hani dapat kat salah sorang tuan empunya fesbuk
 
kepada yang empunya petua, hani mintak maaf kalau perkara ini menjadi satu kesalahan pada hani untuk menyebarkan petua ini.
 
so untuk semua pembaca, jum kite same sama share info dan praktik kan sekali
kot kot nak naik seri kan...tak semestinya pengantin je bole buat
orang dah kawen pon boleh jugak asalkan jangan 'memudaratkan' diri sudah la yek
 
 BUNGA MAWAR - Naikkan Seri Muka

Untuk menaikkan seri muka, bakal pengantin boleh mengamalkan petua memakan kelopak bunga mawar selama 44 hari sebelum tarikh perkahwinan. Dahulukan dengan bacaan selawat ke atas nabi, Fatihah dan ayat Nabi Yusof sebelum memakannya.
 
 
TIMUN - Hilangkan Lebam Bawah Mata


Lekapkan mata dengan hirisan timun selama setengah (1/2) jam. Petua ini juga dapat menghilangkan lebam pada bawah mata serta menghilangkan rasa lesu dan letih. Ia juga berguna untuk menegangkan otot mata.


LOBAK MERAH - Hilangkan Parut


Lobak merah yang kaya dengan serabut dan vitamin E berfaedah bagi menghilangkan parut dan menaikkan seri muka. Ia turut sesuai untuk meningkatkan kelembapan pada kulit kering. Parutkan lobak dan ratakan pada wajah seperti mask. Biarkan untuk setengah jam.


AVOCADO - Masalah Kulit Berminyak


Bagi masalah kulit berminyak dan kandungan zat lemak berlebihan pada pipi serta wajah, anda boleh mencuba buah Avocado yang ditempek isinya pada seluruh wajah. Rawatan ini mampu menghalangnya.
 
 
LIMAU PURUT - Hitamkan Rambut & Hilangkan Kelemumur


Bagi menghitamkan rambut dan menghilangkan kelemumur, sapukan hirisan limau purut pada rambut di kepala. Limau purut juga juga dapat mencantikkan kuku dengan menyapukan jusnya pada kuku.


TOMATO - Masalah Kulit Kurang Bermaya


Bagi masalah kulit kurang bermaya, gunakan tomato yang telah diasingkan bahagian dalamnya. Sapukan lendir dan biji di dalamnya pada seluruh wajah, lalu dibiarkan sehingga kering sebelum dibilas.


KELAPA MUDA - Mengelakkan Muka Sembap


Untuk mengelakkan muka sembap dan menjadikan wajah berseri, kelapa muda boleh digunakan. Air kelapa muda 1/2 gelas kacau dengan sebiji telur ayam kampung dan minum pada waktu tengahari. Amalkan 3 hingga 5 kali seminggu.
 
 
TELUR (kuning telur) - Masalah Kulit Berkedut

 
Bagi anda yang mempunyai masalah kulit berkedut atau geleber, bolehlah cuba petua ini. Campurkan 1 biji kuning telur dengan 1 camca teh minyak bijan. Sapu pada wajah, biarkan kering dan bilas bersih.


ULAM - Awet Muda

 
 
Jika anda inginkan muda, sering tersenyum adalah salah satu petuanya. Selain daripada itu, cubalah ikut petua berikutnya :-

* Kisar beberapa jambul nanas dan rebus dengan air selama setengah jam. Anggarkan air rebusan tinggal satu cawan. Setelah sejuk barulah diminum. Amalkan meminumnya seminggu sekali. Wanita hamil dilarang mengamalkan cara ini.
* Amalkan makan sayuran jenis daun dan ulam-ulam untuk awet muda.
 
 
 LIDAH BUAYA (Aloe Vera) - Melentikkan Bulu Mata

 
 Mata adalah salah satu daya penarik bagi seseorang. Untuk memiliki mata yang cantik, di sini ada satu cara yang boleh diamalkan :-

* Ambil daun lidah buaya. Sapukan lendirnya pada bulu mata sebelum tidur. Lakukannya berterusan.
 
 
BUAH KERAS - Melebatkan Bulu Kening

 
Bakar dua biji buah keras hingga hitam. Kemudian tumbuk hingga halus. Sapukan pada kening setiap hari sebelum tidur. Keesokkannya bersihkan dengan air. Kening akan nampak lebih lebat dan menarik.
 

ARANG KAYU - Melebatkan Rambut


 
1. Setelah selesai makan, basuh tangan hingga bersih. Tangan yang masih basah itu, lapkan pada rambut dengan berselawat tiga kali.
2. Ambil arang dari pokok getah, keringkan beberapa hari dan tumbuk hingga lumat. Lumurkan ramuan ini pada rambut dan dicuci. Lakukan setiap hari.


SANTAN - Meluruskan Rambut


 
Ambil santan perahan pertama dari sebiji kelapa tua. Kemudian masukkan sebiji air perahan limau nipis ke dalam santan tersebut. Sapukan sekali sehari. Setelah itu cuci rambut dengan air sejuk. Amalkan selama seminggu.
Mengempiskan Perut


 
1. Jika anda makan nasi jangan disulami dengan air. Ini untuk mengelakkan perut buncit. Sebaiknya minum air dua atau tiga jam selepas makan.
2. Selepas bersalin, sesetengah wanita mengalami masalah perut buncit. Cara untuk memulihkannya kembali ialah :

* Campurkan sedikit kapur makan, lima helai daun sirih, beberapa titik minyak kayu putih dan satu sudu besar air limau nipis.
* Sapukan ramuan ini pada perut dan pakailah bengkung. Lakukan sehingga nampak perubahannya.

3. Tanak kelapa hingga menjadi minyak. Setelah sejuk, sapukan pada perut. Biarkan selama 10 minit. Lakukan setiap hari sehingga menampakkan hasilnya.
4. Didihkan jadam dengan sedikit air asam jawa sehingga pekat. Apabila suam, lumurkan pada perut sebelum memakai bengkung.
5. Bancuh sedikit asam jawa, segelas air panas dan garam. Embunkannya semalaman. Keesokkan paginya minum air tersebut sebelum membasuh muka.


BUAH MENGKUDU - Elakkan Kaki Bersisik


 
1. Gosok buah mengkudu pada kaki yang bersisik. Biarkan selama 15 minit. Kemudian baru dibersihkan. Selain daripada kaki bersisik, petua ini boleh juga dilakukan pada jari kaki yang luka.
2. Campurkan segenggam hampas kelapa dengan sedikit asam jawa. Gosok berulang kali di bahagian kaki yang bersisik. Amalkan selalu.
3. Setiap hari sapukan sedikit minyak kelapa yang belum digunakan pada kaki yang bersisik.


Tumit Kaki Pecah


 
Pelbagai petua boleh diamalkan untuk menyembuhkan tumit kaki yang pecah. Antaranya ialah :-

1. Rendamkan kaki dalam air suam beberapa minit. Kemudian gosokkan batu asah pisau pada tumit yang pecah tadi. Lakukan sehingga berlaku perubahan.
2. Ambil getah betik yang masih muda. Sapukan pada tumit yang pecah dan biarkan kering. Selain getah betik, ubat gigi juga boleh digunakan.
3. Campurkan sedikit air perahan limau nipis dengan bawang putih yang telah dihancurkan. Sapukan pada tumit kaki yang pecah. Lakukan secara berterusan sehingga sembuh.
4. Geselkan kaki anda di rumput yang masih berembun pada waktu pagi. Lakukan tiap-tiap hari sehingga anda merasakan perubahannya.
5. Bawang merah dibelah dua. Sapukan pada tumit kaki yang pecah sehingga kering. Ulangi setiap hari sehingga sembuh.
6. Hancurkan gambir dan campurkan dengan air. Sapukan campuran ini pada tumit yang pecah.
7. Sapukan minyak lebihan mengoreng ikan pada tumit yang pecah.


BAWANG PUTIH - Mengilatkan Kuku Kaki


 
Buang kulit bawang putih dan potong dua, Gosokkan pada kuku kaki sekerap yang mungkin sehingga kelihatan berkilat. Ulangilah selalu sehingga anda benar-benar berpuas hati.



ok, sekianlah beberapa petua yang dapat diberikan..ekceli banyak lagi
korang google la ek..
selamat menjadi pengantin pada sesiapa yang bakal berkahwin :)

Tuesday, April 12, 2011

Makhluk-Makhluk Yang Kita Telan Secara Tak Sedar

selamat petang kengkawan
harini hani tak berape nak update sangat story sebab dalam mood untuk blogwalking sahaja
so hani tepekkan beberapa info yang hani dapat melalui emel pejabat hani
selamat membaca!


_____________________________________________
Makhluk-Makhluk Yang Kita Telan Secara Tak Sedar

Disebabkan ukurannya yang teramat kecil dan susah untuk dilihat dengan mata kasar, secara tak sedar kita telah tersedut makhluk-makhluk ini melalui udara dan debu, bahkan turut ditelan bersama makanan dan minuman yang ada.  
Kalau saja kita dapat melihat wajah, rupa dan bentuk makhluk-makhluk ini, pastinya kita tak sanggup untuk menelan mereka. Saya beritahu anda, wajah mereka sangat menggerunkan!



http://ruanghati.com/wp-content/uploads/2010/08/kutu.jpg



Ini merupakan gambar dari bakteria/kutu debu yang biasa hidup di sofa dan tilam tempat tidur kita. Kalau anda tidak berasa gerun, anda bukan manusia normal
 



http://ruanghati.com/wp-content/uploads/2010/08/kutu2.jpg



Ini merupakan imej bakteria yang biasa hidup di bulu kucing dan anjing peliharaan. Ini adalah hasil karya pemenang pertandingan fotografi sains, iaitu Steve Gschmeissner, 61 tahun, yang mengabadikan mahluk-mahluk mengerikan ini dengan kamera yang dilengkapi dengan Microscope zoom yang mampu memperbesar ukuran sehingga beratus-ratus kali.



http://ruanghati.com/wp-content/uploads/2010/08/kutu5.jpg



Ini pula adalah imej bakteria yang biasa hidup di roti yang tidak dibungkus dengan kemas. Bayangkan saja, dalam sekeping roti Gardenia atau roti Hi-5 yang anda makan, terdapat beratus malah beribu-ribu bakteria ini. Justeru, pastikan anda membungkus roti anda dengan kemas.



http://ruanghati.com/wp-content/uploads/2010/08/kutu4.jpg



Imej di atas adalah imej larva lalat hijau yang diperbesar sehingga 100 kali ( 100x zoom). Nampak macam makhluk asing yang sangat tak kiut kan?



http://ruanghati.com/wp-content/uploads/2010/08/kutu3.jpg



Gambar ini pula hanyalah gambar lalat hitam yang selalu berterbangan dalam rumah anda. Bengiskan wajah dia ni?

Wednesday, April 6, 2011

saya order ni

morning
harini nak update sikit pasal kasut lagi
ingat tak entry pasal kasut ni lagi
banyak link hani bagi
so mase hari sabtu lepas
en suami bekerja so tinggallah hani sesorang kat rumah
hani bukak la lappy hani konon saje bosan nak tengok youtube or etc
then hani tergatal tangan nak tengok lagi kasut kasut punye blog
at last hani terjumpa satu blog ni
banyak banyak blog hani survey
blog ni la hani rasa yang paling murah sebab hani dah aim satu kasut tu
harga dalam rm70-80++ dan ada la satu blog tu jual sampai rm150++
then hani rasa macam tak berbaloi la pulak kan sebab tak dapat nak test sendiri
just order depends on shoe size die

hani teringin nak pakai heels balik 
tapi takut nanti sakit kaki balik
yela..badan dah berat kan
tak elok jugak pakai heels selalu ni
so now hani prefer pakai wedges sajoo

cume rasa jeles tengok orang pakai kasut kasut macam gambar ni

cantek kan...???
akibat dari itu
hani menggatal tangan mengisi form ini
dan...yeahhh..........segala sudah diberesiiii
dan menunggu sahaja kasut itu tiba
pilihan hani??
simple je sebab hani ni jenis susah taw pakai kasut tade backup
backup maksud hani yang xde tali punye
nanti kalau pakai kasut macam ni


mesti bile jalan tu tertanggal tanggal
nasib baik la time kawen ritu
hani jalan baik punye slow nak cover kasut supaya tak  tanggal
ehehehehhe



macam ni la lebih kurang kasut kawen hani..beli sendiri jek... kat NOSE
below than RM80.00

akhirnye berjayaaaaaaaaaa juga hani pakai tanpa terbukak bukak
and now hani order kasut macam ni


dua pasang kasut di atas ni hani dah order
sebab kenapa hani order ialah
kasut putih tu sebab die tutup penuh kan...sesuai pakai ngan legging or jeans
and kasut kedua nih ley pakai g umah orang kawen or opis (kalo tetibe rase nak menggediks..hahahahah)

dan now hani dah aim lagi kasut die nih




leapord theme
heehhehe....macam garang jekkkk
nak cuba pakai la nanti
harga?? murah la...kira bole la...tahap mampu beli lagi
korang tengok-tengok la blog die ek

hani nak pattern lain but almaklumlah dah  badan besar kan, so kaki pon besar sekali la
kasut kasut kat atas ni sume ada extra size taw
hani pakai size 39 - 40
but kalau online ni hani takot nanti tak bole pakai langsung lak kalau beli ngam-ngam saiz
so hani prefer kasut yang ada size 40
kalau kaki korang kecik kecik kan
lagi banyak choiceeee
beli laaa..beli laaaa.......kite share minat..hahhahahaha

memang da addict gile kot ngan kasut kasut nih......nasib baik en suami tade pape masalah
cuma katanya
PAKAI!!!!!!.....hihihii...dah beli jangan dok buat hiasan je......PAKAIIIIIIIIIIIIIIIII







P/S : dun weri...ni sume bukan pig skin taw
hani da cek n baca baca sket info die
kalau ada  yang pig skin die akan bagitaw

♥kawan-kawan, tinggalkan link anda supaya saya mudah menjenguk page anda semula♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© Hanidatul's Blog | Templates by : Nurulchumel's Design | All Rights Reserved™