
Wednesday, April 20, 2011
M dah menyerang balek

Saturday, April 16, 2011
Rumah tangga...suka dan duka
Selamat petang...hani sekarang ni menuju ke rumah mak hani di jalan klang lama. Agak lama tak balek rumah since parents balek kampung from perak then jamukan my hubby durian. O00ppss....sori la yek....hani tak makan durian. Ramai cakap durian tu sodap but for me...tak bley blah la kata orang.
Ok kita berbalek pada tajuk entry harini, berkisar tentang rumah tangga. Untuk makluman semua harini hani sudah 3 bulan dan 29 hari berkahwin. Seronok??? Haruslah seronok kan.....kawennn..perkara yang rasanya semua orang inginkan. Hidup bersama orang tersayang. Setelah meniti beberapa tempoh masa dari berkawan, bercinta, merisik, bertunang, dan finally diijabkabulkan. Perasaan sehidup semati (ada orang cakap, sehidup tapi mati lain-lain) bersama pasangan adalah sesuatu yang paling manis dalam hidup semua. Begitu jugak hani. Alhamdulillah, berkat kesabaran akhirnya tercapaila apa yang kami usahakan selama ni. Nak story lebih lebih pun, hani masih baru dalam dunia rumah tangga. namun, percayala.....hidup berumah tangga ni berbeza dengan hidup bujang taw. FYI, masa kami berkawan, kami tak pernah bergaduh pun, kemudian bertunang, ada gaduh sikit sikit dan finally berkahwin, bergaduh suda...hihihihi...tapi jangan cuak yek bagi yang belum kahwin sebab ini adalah sesi pengenalan bersama pasangan dengan lebih baik dan dekat. Jangan mudah mengalah. Banyak banyaklah beristigfar sebab syaitan ni memang suka merobohkan sesuatu yang baik. Berkongsilah segalanya bersama pasangan dan hormatilah pasangan. Hani nak story banyak banyak pun tak berape nak boleh sangat sebab kata orang mula mula kawen ni...semuanya indah2 belaka...tapikan..kepada semua B2B, bersedialah dari segala segi sebab pada hani perkahwinan mengajar kita untuk lebih matang,berdikari dan lebih bijak dalam menguruskan urusan dunia. Bertindaklah secara adil dan saksama sebab bila salah seorang mula mengungkit, pada hani itu sudah mencacatkan keharmonian rumah tangga yang dah dibina. Hehehehhe...pandai je nak nasihat orang kununn...
But ekceli korang, hani bukan da best. Cuma nak share sikit sikit sebab banyak benda yang tak terjadi kat hani sebelum kawen, dah terjadi sekarang.
Berfikirlah sebelum berkata sesuatu, dan membuat keputusan. Semoga korang happy happy dan ceria ( eh, bukan same ke maksud? ) Hihihihihih
Selamat pengantin baru pada yang nak kawen tuh. Semoga dipermudahkan segala urusan. Aminnnnn
P/s : ekceli hani dalam kete ni....jalan jem. Teringat lak ley create blog by phone. So........inilah hasilnya. Maaf kalau ada yang salah yek...saya budak baru belajar :)
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
resepi buat begedil, cara saya
maaf en suami...lagi sepasang kasut ku order ;p
Wednesday, April 13, 2011
petua untuk bakal pengantin
Untuk menaikkan seri muka, bakal pengantin boleh mengamalkan petua memakan kelopak bunga mawar selama 44 hari sebelum tarikh perkahwinan. Dahulukan dengan bacaan selawat ke atas nabi, Fatihah dan ayat Nabi Yusof sebelum memakannya.
Lekapkan mata dengan hirisan timun selama setengah (1/2) jam. Petua ini juga dapat menghilangkan lebam pada bawah mata serta menghilangkan rasa lesu dan letih. Ia juga berguna untuk menegangkan otot mata.
Lobak merah yang kaya dengan serabut dan vitamin E berfaedah bagi menghilangkan parut dan menaikkan seri muka. Ia turut sesuai untuk meningkatkan kelembapan pada kulit kering. Parutkan lobak dan ratakan pada wajah seperti mask. Biarkan untuk setengah jam.
Bagi masalah kulit berminyak dan kandungan zat lemak berlebihan pada pipi serta wajah, anda boleh mencuba buah Avocado yang ditempek isinya pada seluruh wajah. Rawatan ini mampu menghalangnya.
Bagi menghitamkan rambut dan menghilangkan kelemumur, sapukan hirisan limau purut pada rambut di kepala. Limau purut juga juga dapat mencantikkan kuku dengan menyapukan jusnya pada kuku.
Bagi masalah kulit kurang bermaya, gunakan tomato yang telah diasingkan bahagian dalamnya. Sapukan lendir dan biji di dalamnya pada seluruh wajah, lalu dibiarkan sehingga kering sebelum dibilas.
Untuk mengelakkan muka sembap dan menjadikan wajah berseri, kelapa muda boleh digunakan. Air kelapa muda 1/2 gelas kacau dengan sebiji telur ayam kampung dan minum pada waktu tengahari. Amalkan 3 hingga 5 kali seminggu.
* Kisar beberapa jambul nanas dan rebus dengan air selama setengah jam. Anggarkan air rebusan tinggal satu cawan. Setelah sejuk barulah diminum. Amalkan meminumnya seminggu sekali. Wanita hamil dilarang mengamalkan cara ini.
* Amalkan makan sayuran jenis daun dan ulam-ulam untuk awet muda.
* Ambil daun lidah buaya. Sapukan lendirnya pada bulu mata sebelum tidur. Lakukannya berterusan.
ARANG KAYU - Melebatkan Rambut
2. Ambil arang dari pokok getah, keringkan beberapa hari dan tumbuk hingga lumat. Lumurkan ramuan ini pada rambut dan dicuci. Lakukan setiap hari.
2. Selepas bersalin, sesetengah wanita mengalami masalah perut buncit. Cara untuk memulihkannya kembali ialah :
* Campurkan sedikit kapur makan, lima helai daun sirih, beberapa titik minyak kayu putih dan satu sudu besar air limau nipis.
* Sapukan ramuan ini pada perut dan pakailah bengkung. Lakukan sehingga nampak perubahannya.
3. Tanak kelapa hingga menjadi minyak. Setelah sejuk, sapukan pada perut. Biarkan selama 10 minit. Lakukan setiap hari sehingga menampakkan hasilnya.
4. Didihkan jadam dengan sedikit air asam jawa sehingga pekat. Apabila suam, lumurkan pada perut sebelum memakai bengkung.
5. Bancuh sedikit asam jawa, segelas air panas dan garam. Embunkannya semalaman. Keesokkan paginya minum air tersebut sebelum membasuh muka.
2. Campurkan segenggam hampas kelapa dengan sedikit asam jawa. Gosok berulang kali di bahagian kaki yang bersisik. Amalkan selalu.
3. Setiap hari sapukan sedikit minyak kelapa yang belum digunakan pada kaki yang bersisik.
1. Rendamkan kaki dalam air suam beberapa minit. Kemudian gosokkan batu asah pisau pada tumit yang pecah tadi. Lakukan sehingga berlaku perubahan.
2. Ambil getah betik yang masih muda. Sapukan pada tumit yang pecah dan biarkan kering. Selain getah betik, ubat gigi juga boleh digunakan.
3. Campurkan sedikit air perahan limau nipis dengan bawang putih yang telah dihancurkan. Sapukan pada tumit kaki yang pecah. Lakukan secara berterusan sehingga sembuh.
4. Geselkan kaki anda di rumput yang masih berembun pada waktu pagi. Lakukan tiap-tiap hari sehingga anda merasakan perubahannya.
5. Bawang merah dibelah dua. Sapukan pada tumit kaki yang pecah sehingga kering. Ulangi setiap hari sehingga sembuh.
6. Hancurkan gambir dan campurkan dengan air. Sapukan campuran ini pada tumit yang pecah.
7. Sapukan minyak lebihan mengoreng ikan pada tumit yang pecah.






















