Pages

Tuesday, April 26, 2011

kucing boleh menyebabkan pembelanya mandul?

salam korang
today nak buka topik pasal kucing
ekceli guys
suami hani n family memang penggemar kucing
bayangkan kucing kat rumah tu (umah mentua) dekat 16++ekor dan akan ada ++ lagi..InsyAllah...

dan kalini hani cuma quiry sikit
ni hani dapat pon dari kawan-kawan yang banyak bagi info pasal kucing dan kehamilan
ekceli for da 1st time, hani tak percaya
ye lah....rezeki tu datang dari  Allah
dan kita ni hanya berusaha sebaik mungkin, kalau dah ditakdirkan tade tu,....berserah je la

before....hani ada bela dua ekor kucing
2months afta da marriage
hani yang request kat suami nak bela kucing
then muncullah TECHIK in our life
honest...jaga kucing macam jaga baby
i love her....
then my asben bawak lagi seko kucing hitam
named..CHIKO
so cute!!

others said dat kucing ni boleh penyebab hani tak mungkin dapat baby
tersentap!
honest...feels like want to cry...but then i think it's depends on Allah....he's da only one who gives us what should he give....
dan  hani bertawakal.....sebab kan keguguran hani last 2 months....hani tak pernah terfikir pasal kucing ni

and one day....last sunday ekceli
hani suarakan pendapat hani to en asben about adopt kucing ni
hani cakap nak biarkan kucing ni kat mentua hani
let her take care bout our cats for awhile
sebab kami dalam proses merancang
for a minutes.....kami diam dan berfikir
is it true??!

en asben kemudian setuju dengan cadangan hani.....
masa nak balik tuh, kami suarakan pendapat kami to parents then my mother in law setuju cuma hani tak bagitaw sebab kenapa hani nak tinggalkan kucing tuh
then, masa nak balik tuh......i dont know why.....kucing tu pun makhluk Allah...punya hati dan perasaan.. TECHIK n CHIKO tetiba jadi manja sangat ngan kami
owhhhh.......sebak jap
masa nak balik tuh.....bayangkan TECHIK n CHIKO pandang kami macam muka sedihhhh
sayunya nak tinggalkan mereka
then kami pon bertolak balik ke KL...(PIL stay kat Bukit Mahkota)
belum pon sampai kat tol
me dah menangis kaw kaw punya
huhuhuhuhuhuuhuhu
i feel so sad just becoz of others rumours about the cat
so we need to separate for awhile n i'm on my way...trying to conceive


all night long....me still crying then my asben also join venture
hahahahaha.....dunno why...
dulu..before kawen...hani penah cakap kat asben, takmau bela kucing sebab kami berdua bekerja
at last.....hani sendiri rela hati nak membela kucing sebab hani memang sayang ngan kucing.....not too fanatic sangat cuma suka dengan kucing....

then bila dah bela since die kecik hani amik til now a bit besar sikit......segala gelagat tu hani dah faham......looks like a baby....membesar depan mata kata orang..eekek

then hani n asben berserah....kuat semangat...
n now kucing kat rumah dah takde, cuma tinggal kucing jalanan yang kami bagi makan hari-hari.....tu je la peneman sementara menunggu kami dapat baby

hani tak mengharap....cuma hani berusaha...orang kata kalau bela kucing ni susah nak dapat baby dan contohnya terlalu banyak yang hani dapat....

cuma a bit kecewa sebab berpisah ngan my kitties...they're so cute n notty !!!
even selalu kene cakar cakar but they make my day happy..n happy....

untuk melegakan hati supaya dapat terima kenyataan...hani cari punca dan penyebab "ISTILAH BELA KUCING NI TAK BOLEH DAPAT ANAK"

mungkin betul....hani setuju sebab contoh depan mata dah banyak yang berlaku....hani terima dengan redha.............

korang baca lah....hani dapat kat sini


***************************************************************

Toxoplasmosis

Ialah penyakit yang dibawa oleh sejenis parasit yang dibawa oleh kucing yang dijangkiti dari haiwan mangsa dari jenis rodent seperti tikus dan tupai. Kebiasaannya rodent akan “mendapat” Toxoplasma daripada daging mentah. Ia sangat mudah melekat pada bulu kucing dan seterusnya menjangkitinya. Kucing yang telah dijangkiti akan “membawa” parasit ini bersama-samanya sehinggakan di dalam najisnya. Kucing juga mungkin mendapat jangkitan daripada burung yang dimakan, dimana burung pula mendapatnya daripada daun atau rumput yang tercemar dengan Toxoplasma. Berikut ialah kitaran hidup parasit Toxoplasma:


Simptom Toxoplasmosis
  • Demam, keletihan, sakit badan
  • Ujian mengandung yang didapati positif pada minggu pertama bertukar negatif di minggu berikutnya (Parasit ini memakan janin!!!)
  • Sering berlaku bleeding di awal kandungan
  • Sering mengalami keguguran pada usia kandungan antara 1-3 bulan
Jika mengalami simptom-simptom di atas anda dinasihatkan untuk berjumpa gynae dan menjalankan ujian darah. Hasil ujian darah akan mengesahkan samada anda dijangikiti atau tidak. Doktor juga akan memberi nasihat tentang jumlah atau Toxoplasma count di dalam darah anda kerana jika bilangannya tidak banyak ia mungkin tidak akan mengganggu kandungan.
Cara mencegah jangkitan
  • Jauhi kucing samada peliharaan sendiri atau kepunyaan orang lain
  • Setelah disahkan positif  Toxoplasmosis seeloknya berhentilah dari membela kucing
  • Bersihkan kesan najis dan kencing kucing di kawasan rumah anda. Bahagian carpet amat mudah memerangkap bulu-bulu kucing jadi ia harus dibersihkan dengan sempurna
Toxoplasmosis boleh diubati dengan mengambil ubat pada sukatan dan dalam tempoh yang dinasihatkan. Berkemungkinan ubat pertama tidak memberi kesan kepada bilangan Toxoplasma dan dalam kes seperti ini, doktor akan prescribe ubat yang lain. Tempoh mengubat berbeza-beza mengikut tahap dan kekuatan antibody seseorang pesakit itu. Ujian darah akan dibuat sekali lagi selepas tempoh pengambilan ubat tamat.  Doktor akan menasihatkan samada anda boleh mula bersama untuk mencuba dan berharap kandungan anda selamat sehingga waktu bersalin.


***************************************************************

~kucing jejas kehamilan~


Membela kucing boleh memberikan kesan negatif kepada kandungan. Ia berkait dengan sejenis parasit iaitu protozoa Toxoplasma gondii yang membiak di dalam usus kucing dan didapati di dalam najisnya dan tanah.

Parasit ini menyebabkan sejenis jangkitan yang sering ditemui – toksoplasmosis yang tidak membahayakan orang dewasa tetapi boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius kepada bayi di alam kandungan.
Ibu yang mengandung boleh mendapat jangkitan apabila menyentuh najis kucing. Jangkitan ini boleh juga timbul akibat memakan masakan yang tidak dimasak dengan sempurna.
Wanita yang mula-mula mendapat jangkitan toksoplasmosis semasa mengandung mempunyai lebih kurang 40 peratus peluang memindahkan jangkitan tersebut kepada bayi di dalam kandungannya.
Apabila ibu dijangkiti dalam trimester (kehamilan berusia tiga bulan) pertama, sebanyak 15 peratus daripada bayi mereka turut dijangkiti berbanding 30 peratus semasa trimester kedua dan 60 peratus trimester ketiga.
Kesan akibat jangkitan adalah lebih teruk jika ia berlaku di peringkat awal mengandung. Adalah dianggarkan, satu dalam 10 daripada bayi yang dijangkiti mengalami toksoplasmosis yang teruk.
Mereka mendapat jangkitan mata yang boleh menyebabkan buta, pembengkakan hati dan limpa, penyakit kuning dan jangkitan paru- paru. Sebahagian mereka mengalami kehilangan deria pendengaran.
Janin yang mengalami jangkitan toksoplasmosis yang terlalu teruk boleh meninggal dunia semasa dalam kandungan atau ibu mengalami keguguran. Jika dilahirkan hidup, mereka akan menderita kecacatan otak seperti palsi serebral dan sawan.
Jika doktor mengesyaki yang ibu mempunyai jangkitan toksoplasmosis aktif, ujian darah boleh dilakukan untuk mengesan kehadiran antibodi yang mengesahkan jangkitan ini.
Jika ibu disahkan mendapat jangkitan, ujian lanjutan seperti amniosentesis dan ultrasound dilakukan untuk memastikan sama ada bayi dalam kandungan juga telah dijangkiti.
Ibu akan diberi ubat khusus jika bayi disyaki telah dijangkiti, agar gejala-gejala yang akan dialami oleh bayi apabila lahir dapat dikurangkan. Rawatan ini diteruskan ke atas bayi selepas dilahirkan.
Sebaliknya, jika bayi dalam kandungan belum dijangkiti, ibu akan diberi ubat antibiotik khusus supaya risiko jangkitan kepada bayi dapat dikurangkan sehingga 50 peratus.
Bayi-bayi yang baru dilahirkan oleh ibu-ibu yang mendapat jangkitan toksoplasmosis haruslah diuji agar bayi-bayi yang tidak mempunyai sebarang gejala semasa dilahirkan tidak akan tercicir daripada menerima rawatan khusus, jika mereka sebenarnya juga telah dijangkiti.
Ini kerana mereka mungkin dianggap sihat sehinggalah mereka mendapat jangkitan mata dan sebagainya setelah berusia beberapa bulan mahu pun beberapa tahun selepas dilahirkan.
Oleh kerana toksoplasmosis merupakan penyakit jangkitan yang boleh menjejaskan kesihatan bayi dengan serius, langkah-langkah pencegahan seperti berikut dapat mengurangkan insiden ia berlaku. Antaranya:
* Membasuh tangan sebelum mengendalikan makanan
* Mengelakkan pemakanan daging mentah atau tidak sempurna dimasak
* Membasuh dengan teliti buah-buahan dan sayur-sayuran yang tidak perlu dimasak sebelum dimakan
* Menggunakan sarung tangan semasa berkebun atau semasa mengendalikan tanah dan akhir sekali elakkan daripada menyentuh najis kucing.
Sebaik-baiknya, elakkanlah daripada membela kucing semasa mengandung, tetapi jika ini amat sukar untuk dilakukan, hendaklah berhati-hati dan mempraktikkan langkahlangkah pencegahan seperti di atas agar risiko jangkitan berada pada tahap minimum.
Soalan dijawab oleh Pakar Perunding Perbidanan dan Sakit Puan, Dr. Kamsuraini Ibrahim.



p/s : just messege my asben..tell him dat i'm missss my kitties too much!!

 CHIKO......

 TECHIK....

penunggu istana


hai korang
harini pepagi ade mood sikit nak update entry
korang dah tengok ke movie kat atas nih??
"PENUNGGU ISTANA"
ekceli a week before cerita ni ditayangkan 
en asben da suggest nak belanje tengok cerita ni, n puan wife nye setuju aja asalkan tengok movie kan
almaklumlah......agak lama tak tengok movie.....(lama tak lama la jugak..adela dalam sebulan...hihiih)
hari jumaat petang selepas balik kerja
en suami menyuarakan pendapatnya untuk menonton di One Utama
but then puan wife nya nak tengok kat Wangsa Walk Mall pulak sebab rasanya dekat dengan rumah kan...lagipun malamnya nanti ada appointment dengan mr. photographer 
ok....en suami setuju......yeay!

sampai je kat WWM tu...kami terus naik ke atas dan beli tiket.....waktu tayangan jam 6.30 petang.
before tu, kami makan makan dulu...kasi penuh isi perut dan terus tengok movie

ekceli saya sangat takot tengok cerita horror nih
tambahan pulak paranormal kan....memang scary ok!!
jarang la kat rumah tengok cerita macam ni unless dengan wayang je
sebab....."wayang"...hahahahaha
tu je la alasan buat saya tengok cerita horror nih

dan untuk pengetahuan....saya hanya banyak tutup mata dan selalu tanya en asben....
hahahaha....nape bang...die wat pe lakk...antu da kuar ke....blablabla...
hahahah..en asben bengang je selaluu kalau tengok horror movie ngan saya...
at last...saya ade la sikit sikit intaii movie tuh
wheeeeeeeeee
sooo scary!!!!!!!!!


honest!
saya kategori penakot jugak la
badan je besoo...hihiihih

sebab sampai teringat ingat story tu
but then ade terfikir pulakk kann
betul ke story ni????
sebab siap ada salam takziah, kes polis and so on......

so saya pon tak puas hati.....mencari dan mencari adakah benar cerita ni??
dan last sekali saya dapat jawapannya

saya paste kan kat sini yek..untuk renungan bersama
saya copy from diz board


Salam... Aku baru call abang aku tadi. Aku tanyala apa citer sebenarnya. Abang aku bgtau dia tgh angin sbb derang tak mintak izin abang n family aku utk shooting dlm istana tu. Rupa2nya makcik saadiah yg dok umah tu dulu yg izinkan tanpa bgtau kitaorg. Sedara aku dah ada yg gi terjah makcik tu. Abg aku pun dah gi risik2. Setakat pengetahuan abang aku, mmg ada org buat shooting filem kat situ. Derang dok sana 7 hari (bukannya 15 hari seperti yg dilaporkan). Mmg ada uncle seekers n ada jugak dibagitau derang bwk pawang/bomoh.

Pasal kejadian budak2 tu meninggal tu abang aku dah risik2 dan setakat harini yg abang aku tau benda tu hanya lakonan saja sbb kalau dah jadi kes polis bagai mesti sekurang2nya makcik saadiah diberitau n kami sekeluarga jugak akan diinform. Mak bapak bdk2 tu pun mesti akan buat sesuatu kan. Takkan diam2 jer tak kecoh2 pun. Yg ni abang aku masih risik2 lg n dia kata 99% lakonan ajer. Abang aku bgtau lg mmg masa shooting tu derang berdepan ngan menda2 pelik kat rumah tu tp disbbkan derang bwk pawang/bomoh yg konon nak panggil penunggu tu kuar besar kemungkinan jin/syaitan lain yg datang.

Abang aku bgtau mmg dulu 'wo' (salah sorang sedara aku yg dok kat istana tu lama) ada bgtau Raja Bilah ada menjadikan jin islam sebagai kuli yg menjaga istana tu. Perjanjiannya selagi tiang seri istana tu tak hanyut ke laut selagi tu jin tu kena jaga rumah/istana tu, org yg dok kat dalamnya n anak cucu keturunan Raja Bilah. Tp setakat ni takde la pulak sampai merasuk2 dan bunuh2 pulak.

Abang aku tgh angin sgt sbb cerita penunggu istana yg diwar2kan cerita benar tu memaparkan citer yg tak benar pasal istana ni. Mcm istana ni ada penunggu jahat syaitan ganas bagai. Abg aku tgh berkira2 nak amik tindakan undang2 sbb mcm mencemarkan maruah keturunan katanya. Abang aku kata tak salah kalau sekadar nak jadikan istana tu tpt shooting filem tp jgnla tunjuk benda bukan2 n claim benda tu kisah benar mcm selama2 ni istana tu mcm tu keadaanya.

Sekian laporan utk hari ini.

ok...korang dah baca??
maknanya story ni tipu la yek.....lakonan semata semata dan hanya menggunakan pelakon underground je la nak jadikan ianya real???
huhuhuhu.....saya dah kene tipu........

mati mati lah kami ingat story ni betul sebab siap ada bunuh bunuh lagi kan....
rupenya hanya lakonan...
syabas!

anda berjaya menipu kami..........

Wednesday, April 20, 2011

out of stock!

ingat tak entry kedua hani story pasal hani order another kasut from this blog
tadi die mesej hani cakap out of stock la pulak
haihhh, tengok email kat bawah ni
frust pulaks.....sebab memang tak sabar nak pakai kasut tuh


at last...selepas menggodeks semula blog beliau



hani pilih yang ini............^

hope so yang ni pun jangan out of stock la sebab pre-order kan
hurmm............

untuk back up.....kalau yang atas ni pun xde gak
hani nak pilih  yang macam gambar bawah nih
lawa gak kan???


 atau


oklahhh...yang penting mesti ada tambahan lagi satu kasut!!!!!


p/s : kasut yang order ritu dah sampai semalam....

M dah menyerang balek

selamat pagi
sambil mendengar lagu heartbreaker di henfon sambil tu jugak la tangan ni menaip
dan mulut ni 'menyumbang'kan lagu dengan penuh sumbangsih
haahhaahaha..........
adoiiiii
kenapa la kau datang disaat kerja ku banyak ditimbunkan 
kerja kerja rumah dan kerja kerja pejabat
owhhh M........
kehadiranmu amat ku tidak sukai
kenapaaaaaa.........kenapaaaaaaaaaaa
ahahahaha


maafla...entry lemau dipagi hari
hakikatnya hari hari lemau pun tapi harini lagi lemau dari hari sebelumnya
kalau la ada anugerah bagi M nih
sememangnya sayalah antara orang yang tercalon dan silap haribulan boleh memenanginya punnnnnnnnnnnnnnnnnnn




dan kalau diikutkan ye tuan puan.....
harini dan hari sebelumnya
banyak story mory yang saya nak ceritakan disini tapi kemalasan mahu membukak blog sendiri dari memblogwalking page orang
sebab saya ni suka melihat suka duka dan cerita cerita terkini, sensasi lagi mantop dari blog orang lain
hehehehehe....macam minah keypoh!!!!!!!!!

tapi itulah saya......(ecehh..konon mao jujur la neh)
saya suka blogwalking
itu hobi saya hari hari
so korang rajin rajin la buat entry best best yek...nanti saya singgaah
tapi persinggahan saya ni tak dikepohkan
saya prefer menjadi silent reader :)
wheeeeeeeeeeeeeeee



owhhh...R
berjangkitlah segera dekat dengan kuuu....
marilahhh...............marilahhhhhhhhhh

http://www.emocutez.com


Saturday, April 16, 2011

Rumah tangga...suka dan duka

Assalamualaikum
Selamat petang...hani sekarang ni menuju ke rumah mak hani di jalan klang lama. Agak lama tak balek rumah since parents balek kampung from perak then jamukan my hubby durian. O00ppss....sori la yek....hani tak makan durian. Ramai cakap durian tu sodap but for me...tak bley blah la kata orang.

Ok kita berbalek pada tajuk entry harini, berkisar tentang rumah tangga. Untuk makluman semua harini hani sudah 3 bulan dan 29 hari berkahwin. Seronok??? Haruslah seronok kan.....kawennn..perkara yang rasanya semua orang inginkan. Hidup bersama orang tersayang. Setelah meniti beberapa tempoh masa dari berkawan, bercinta, merisik, bertunang, dan finally diijabkabulkan. Perasaan sehidup semati (ada orang cakap, sehidup tapi mati lain-lain) bersama pasangan adalah sesuatu yang paling manis dalam hidup semua. Begitu jugak hani. Alhamdulillah, berkat kesabaran akhirnya tercapaila apa yang kami usahakan selama ni. Nak story lebih lebih pun, hani masih baru dalam dunia rumah tangga. namun, percayala.....hidup berumah tangga ni berbeza dengan hidup bujang taw. FYI, masa kami berkawan, kami tak pernah bergaduh pun, kemudian bertunang, ada gaduh sikit sikit dan finally berkahwin, bergaduh suda...hihihihi...tapi jangan cuak yek bagi yang belum kahwin sebab ini adalah sesi pengenalan bersama pasangan dengan lebih baik dan dekat. Jangan mudah mengalah. Banyak banyaklah beristigfar sebab syaitan ni memang suka merobohkan sesuatu yang baik. Berkongsilah segalanya bersama pasangan dan hormatilah pasangan. Hani nak story banyak banyak pun tak berape nak boleh sangat sebab kata orang mula mula kawen ni...semuanya indah2 belaka...tapikan..kepada semua B2B, bersedialah dari segala segi sebab pada hani perkahwinan mengajar kita untuk lebih matang,berdikari dan lebih bijak dalam menguruskan urusan dunia. Bertindaklah secara adil dan saksama sebab bila salah seorang mula mengungkit, pada hani itu sudah mencacatkan keharmonian rumah tangga yang dah dibina. Hehehehhe...pandai je nak nasihat orang kununn...

But ekceli korang, hani bukan da best. Cuma nak share sikit sikit sebab banyak benda yang tak terjadi kat hani sebelum kawen, dah terjadi sekarang.

Berfikirlah sebelum berkata sesuatu, dan membuat keputusan. Semoga korang happy happy dan ceria ( eh, bukan same ke maksud? ) Hihihihihih

Selamat pengantin baru pada yang nak kawen tuh. Semoga dipermudahkan segala urusan. Aminnnnn

P/s : ekceli hani dalam kete ni....jalan jem. Teringat lak ley create blog by phone. So........inilah hasilnya. Maaf kalau ada yang salah yek...saya budak baru belajar :)


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

♥kawan-kawan, tinggalkan link anda supaya saya mudah menjenguk page anda semula♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© Hanidatul's Blog | Templates by : Nurulchumel's Design | All Rights Reserved™